logo
11
Oct

WordMobi – memudahkan kerja-kerja blogging saya

Written by asri. Posted in Berita Symbianku


wordmobi000030.jpg

1. Salah satu aplikasi wajib yang saya perlukan untuk melengkapkan dunia blogging saya ialah WordMobi .

2. Ia adalah sebuah aplikasi percuma dan yang menariknya, ia dibangunkan menggunakan Python. Dan anda perlu memasang Python S60 Runtime untuk menikmati WordMobi.

3. Sebagai contoh, post ini saya tulis menggunakan WordMobi yang saya pasang dalam E52 saya.

wordmobi000031.jpg

4. Kepada sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang baru dalam dunia blogging bergerak, cubalah WordMobi.

5. Pergi ke http://wordmobi.wordpress.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Posted by Wordmobi

Related posts:

Tags: , ,

  • HISHAM

    Encik Asri,

    Mohon bantuan tuan utk menerangkan lebih lanjut mengenai Pyhton.sy perhatikan ia amat popular dan commonly use in Symbian.malah bnyk software2 yg menarik,tp memerlukan Phyton di install terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

    Thanks in advance..

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Hisham,

    1. Orang yang paling layak nak jawab soalan ini ialah Adli. Sebab dia memang minat dengan Python ni.

    2. Anyway, secara ringkas, Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan untuk membangunkan aplikasi. Ia bukan sahaja terdapat untuk Symbian bahkan ia sudah lama digunakan dalam OS lain seperti desktop OS (Linux, Mac OS & Windows).

    3. Kelebihan Python ialah ia mudah untuk dipelajari dan tidak memerlukan syntax yang pelik-pelik seperti C atau C++.

    4. Selebihnya, biarlah Adli yang menerangkan 8-)

    Asri

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Hisham,

    Saya akan terangkan pasal programming PYTHON dan lain-lain bahasa pengaturcaraan apabila artikel terbaru saya siap. Ia adalah kesinambungan dari siri ‘Symbian 101′ (yang boleh tuan baca pada pautan TUTORIAL si sebelah kanan blog ini) dimana kesemua artikel dalam siri-siri ini disasarkan untuk mengembangkan minat mencipta kandungan mudah-alih Malaysia untuk masa depan.

    Secara ringkas, python ialah sejenis ‘cross platform high level programming language’ dalam ertikata lain, anda boleh membangunkan SKRIP pada Unix, Linux, Windows atau lain-lain OS termasuklah Symbian-OS. Untuk pembangunan PYS60 (khusus atas platform S60), terdapat 4 perkara penting untuk memulakannya iaitu:

    1) Python Interpreter
    2) Python Standard Libraries
    3) Script Shell (untuk menjalankan skrip *.py pada peranti S60-3rd Edition)
    4) Python Console (untuk pembangunan interaktif)

    Senang cerita, semuanya ini boleh anda dapatkan dari sourceforge atau dalam satu pakej yang dikenali sebagai SDK (Software Development Kit).

    Macamana? tak faham? .. hehehe. Begini – bahasa pengaturcaraan Python memudahkan sesebuah perisian direkabentuk (untuk tujuan prototaip) dengan hanya menggunakan NOTEPAD pada sebuah komputer Windows! Seterusnya, skrip yang terhasil (dikenali sebagai python script) akan di’save’ atas format *.py dimana fail ini boleh terus dicuba pada telefon S60 tanpa ditukar atau diubah kepada PAKEJ SIS/SISX. Hebat kan?

    Berbanding dengan cara penciptaan perisian yang biasa (dengan C++), ia menawarkan arahan-arahan yang mudah difahami, logik dan tidak berserabut. Ianya ringan dan berasimilasi terus dengan kebanyakkan API (Application programming interface) yang dikhususkan untuk peranti Symbian S60. Maka ‘output’ yang dijanakan adalah sebaik ‘native-application’ yang dibangunkan dengan Symbian C++ tanpa masa yang panjang untuk ujikaji, pembikinan dan eksperimentasi.

    Ianya sangat mudah kerana saya hanya menggunakan perisian NOTES atau DEdit Text Editor dalam telefon Samsung Innov8 saya – terus menulis arahan pengaturcaraan – dan ‘save-as *.py’ pada satu folder khas yang saya ciptakan pada memory-card telefon ini. Kemudian jika saya ingin mencuba skrip terbaru itu – saya terus jalankan SCRIPT-SHELL dan ‘run’ fail PY tadi.

    Ia memang dicipta untuk ‘prototyping’. Seterusnya, jika sebarang penemuan telah berjaya anda hasilkan – anda boleh terus mengubah kod sumber kepada ‘native’ Symbian C++ (dengan bantuan Symbian C++ SDK) hanya dengan arahan ‘makesis X.pkg’ dimana X adalah skrip asal python anda.

    Dengan itu, ia berubah dari PY kepada PAKEJ SIS (atau SISX) dan menunggu untuk di ‘symbian-signed’kan sahaja!

    Mengapa ‘python perlu diinstall dahulu kepada telefon’ sebelum anda boleh mencuba PY atau SIS yang berasaskan python?

    Balik kepada 4 perkara penting tadi, perkara 1 & 2 menjawab persoalan ini. Sebelum anda mencuba mana-mana perisian berasaskan python, maka INTERPRETER dan STANDARD LIBRARIES perlu dipasangkan terlebih dahulu kepada telefon anda! Ini kerana ‘native’ bahasa Symbian ialah C++, bukannya python.

    Diharapkan dengan sedikit penjelasan diatas memberikan kefahaman KONSEP pengaturcaraan python kepada anda 8)

  • HISHAM

    @En.Adli

    Wahh..terkesima sebentar sy dibwtnya.Sy mengucapkan jutaan terima kasih atas penjelasan lengkap tuan mengenai Phyton dlm bahasa Melayu.Klu la dlm bahasa Inggeris,sy x pasti sy mampu habiskan info td.

    Wlupun kebnykan bahasa programming mmg sngt asing bg sy,secara fundamental,sy telah memahami Phyton sbgi asas dlm pembangunan sesuatu software (prototaip) utk Symbian.Tidak hairan Symbian sbgi “open-source” telah bnyk melahirkan software2 yg menarik dan berkuasa.

    Terima kasih En Adli.bertambah lg ilmu sy hari ini.Sy tau bkn mudah hendak membuat penerangan dlm bahasa Melayu khususnya,tp budi baik En Adli sy bwk mati.

  • mookies11

    adekah wordmobi boleh digunakan untuk blogging dalam Blogger.com? sebab sy melihat bhw WordMobi hanye boleh support WordPress blog shj.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @mookies11

    1. Jawapannya, TIDAK BOLEH.

    2. WordMobi hanya menyokong blog yang menggunakan enjin blog WordPress sahaja samada melalui wordpress.com atau ”self-hosted” wordpress.

    3. Walaubagaimanapun, mengikut kata si pengaturcara WordMobi, ada perancangan di masa depan untuk menyokong blogger.com serta enjin blog yang lain.

    Harap Maklum

    -Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site