logo
03
May

Visual Multitasking Dalam N8

Written by asri. Posted in Cakap-Cakap Symbian


http://www.youtube.com/watch?v=uXsS8NLhmDQ

1. Sekiranya anda bosan, menyampah dan yang sewaktu dengannya apabila membaca berita dan cerita mengenai Nokia N8 semenjak kebelakangan ini di Symbianku, sila hentikan bacaan anda.

2. Di Menara Symbianku, cawangan Semenanjung, N8 telah menjadi keutamaan nombor wahid pada ketika ini.

3. Ini kerana sudah agak lama dunia Symbian dianaktirikan dan sunyi sepi kerana ketiadaan peranti Symbian yang hebat dan menarik perhatian dari mana-mana pengeluar telefon pintar Symbian, sebagaimana N8.

5. Hari ini, saya akan kongsikan maklumat mengenai satu ciri Nokia N8 yang merupakan sebahagian dari penambahbaikan yang dimasukkan dalam Symbian^3.

6. Ia dinamakan “Visual Multitasking” iaitu satu panel yang diakses dengan menekan (dan tahan) butang Menu untuk melihat perisian yang sedang berjalan di belakang tabir. Pengguna boleh bertukar kepada mana-mana perisian yang dipaparkan dalam skrin dengan mudah.

7. Sistem operasi Symbian sememangnya menyokong “multitasking” semenjak dari dahulu lagi. Lama sebelum dunia ICT digegarkan oleh sebuah syarikat “buah” yang baru sahaja pada tahun ini (2010) memperkenalkan sokongan “multitasking” untuk generasi masa hadapan sistem operasi mudah alih pintarnya.

8. Mengikut maklumat dari perbincangan saya di Twitter dengan beberapa orang pakar dari Yayasan Symbian, sistem operasi Symbian^3 adalah sistem operasi yang paling kompleks dan mencabar berbanding versi Symbian sebelum ini tetapi paling maju dan effisien.

9. Tambah mereka, dengan arkitektur Symbian^3 yang amat komprehensif serta satu teknologi yang digelar “writeable demand paging”, Symbian^3 memiliki “multitasking” yang paling canggih dan tidak memerlukan memori rawak (RAM) yang besar sebagaimana Android mahupun iPhone untuk berfungsi dengan sangat efisien.

10. Sejujurnya, Symbian^3 yang menguasakan N8 adalah satu manifestasi Nokia dan Yayasan Symbian untuk membuktikan kepada dunia bahawa dengan aduan perkakasan dan perisian yang betul dan terkini, Symbian mampu terus bersaing secara sihat.

11. Amacam? Teruja tak? Ada berani?

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Hasan-Bashri/1439350013 Muhammad Hasan Bashri

    Bila ada dalam pasaran Malaysia?

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site