Ulasan: Firmware Baru (v20.0.19) Untuk N97.
1. Selayang Pandang Nokia N97.
Saya masih ingat lagi masa itu. Ketika itu, saya sedang menonton ‘Buletin Utama’ bersama keluarga, kemudian keluar satu iklan tentang ‘sebuah komputer multimedia’ di kaca TV dan membuatkan saya benar-benar teruja! Produk itu ialah Nokia N95 yang dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 5.0Mpixels! Tidak cukup dengan itu, ia juga disertakan dengan WiFi, GPS, skrin 2.6 inci dan dikuasakan dengan S60-3rd yang terbaru! Ia jelas mengangkat peranti Symbian ke satu aras yang lebih tinggi dan disegani.
Biarlah saya berterus-terang di sini. Pada waktu itu, saya tidak hairan dan teruja tentang ‘touchscreen’, peranti Windows Mobile (WinMo), iPhone, Android atau yang setaraf dengannya. Bagi saya, kalaulah setakat ‘touchscreen’, UIQ sudah cukup untuk saya. Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Tetapi, Nokia N95 menjadi penanda-aras untuk semua produk ‘smartphone’ yang ada! Saiznya, kebolehannya, perisian luar yang boleh saya pasangkan kepadanya, namun HARGA yang mahal menyebabkan saya takut untuk memilikinya. Seminggu kemudian, seorang rakan menayangkan N95 yang baru dibelinya. Saya terus mencuba telefon ini bagaikan pertama kali memegang S60. Ya, saya tidak akan melupakan pengalaman itu.
Beberapa tahun kemudian, N96 menggantikan N95. Hasilnya? Anda pun sudah tahu dan kalau anda masih tidak tahu, sila ambil tahu di SINI. Dan saya berani menyatakan, selepas N95, Samsung Innov8 menjadi penanda-aras terbaru S60 untuk saya. Bukannya N96.
Dan pada tahun lepas, Nokia mempamerkan produk terbaru dan sangat dinantikan oleh segenap peminat Symbian di seluruh dunia. Produk itu ialah Nokia N97 yang dikuasakan oleh S60-5th Edition. Pertama kali dalam keluarga N-Series, kini anda sudah boleh menyentuh skrin telefon ini.
Cuba lihat apa yang ditawarkan oleh Nokia N97:
- Skrin sentuh sebesar 3.5 inci.
- Memori dalaman berkapasiti besar – 32 Gigabyte.
- Keyboard QWERTY gelongsor, sehinggakan rakan anda tidak sedar tentang kewujudannya. Dan sesiapa pun akan berkata “Fuhhh! ada keyboard!” apabila keyboard ini dikeluarkan.
- Kamera 5 Megapixels dengan lensa Carl Zeiss.
- Skrin yang akan condong 30 darjah sebaik anda mengaktifkan keyboard. Ramai pakar industri mengagumi idea ‘innovative hinge’ ini.
- Bersaiz besar, dengan Bluetooth, WiFi, Accelerometer, GPS, CPU 434Mhz dan RAM 128Mb.
Dalam satu ayat – Saya ingin memilikinya!
Tetapi, setelah 3 bulan ia memasuki pasaran, adakah saya masih berfikir begitu? Jika saya ada duit, adakah saya akan membelinya?
Saya minta maaf, tetapi buat masa ini, saya tidak akan membelinya. Saya sangat kecewa dan menyampah dengan N97. Mengapa? kerana fakta-fakta dibawah ini:
- RAM 128Mb, tetapi sebaik anda menghidupkannya – cuma tinggal 46Mb sahaja. Samsung Innov8 memberikan saya 77.9mb RAM untuk telefon beroperasi dengan lancar.
- Mass-Memory sebesar 32Gigabyte, TETAPI hanya 40Mb sahaja disediakan untuk C ? Bukankah dalam masa 2 minggu sahaja 40Mb ini akan penuh oleh macam-macam perisian dan ‘cache’ internet? Saya menggunakan OVI Store, Nokia Messaging, menyimpan ‘contacts’, SMS dan MMS, Notes, Calendar, N-Gage dan Garmin. Anda tahu berapa yang tinggal pada C ? SEPULUH Megabyte. Ya, cuma 10Mb untuk saya bertahan selama 2 tahun. Bolehkah saya tahan? Atau tahankah telefon ini jika saya lemparkan ke dinding? Telefon N82 sepupu saya pun masih kosong sebesar 78Mb setelah menggunakannya setahun.
- Keyboard QWERTY tiga baris (dan ‘space-bar’ berada di sebelah kanan). Juga tidak responsif dan ‘nampak macam kalkulator murah’ – kata Asri. Anda pernah menggunakan butang ‘shift-biru’ pada N97? cubalah dan anda akan kecewa.
- D-Pad yang berada disebelah kiri. Saya tahu anda sukakannya. Tetapi jika anda pernah menggunakan E90 dan laptop, bukankah ‘arrow-keys’ berada disebelah kanan?
- Tidak menggunakan skrin ‘capacitive’. Soalannya, mengapa Samsung i8910 HD menggunakannya? Sedangkan kedua-dua telefon berkongsi Sistem Operasi yang sama?
- Platform S60-5th yang menyebabkan kedua-dua lutut saya menjadi lemah. Lebih-lebih lagi pada model N97 ini. Ia tidak selancar S60-3rd dan tidak sebaik UIQ3. Kepada anda yang baru berjinak-jinak dengan ‘touchscreen’, saya tidak menyalahkan anda. Tetapi jika anda pernah menggunakan UIQ2, UIQ3 dan S60-3rd, saya rasa anda faham maksud saya.
- Kualiti kamera yang tidak setanding dengan N82. Kalau Samsung pernah mengeluarkan G810 dengan Xenon dan model N82 pun xenon juga, mengapa Nokia tidak memasang Xenon pada N97? Adakah jika meletakkan Xenon akan mengakibatkan harga telefon ini melonjak ke RM4,000 ?
- ‘Sliding Protector’ yang sepatutnya menjaga lensa telefon ini, sebaliknya merosakkan dan menyebabkan foto yang dirakam menjadi kabur. Cuba lakukan ‘sliding’ sebanyak 10 kali dan perhatikan lensa kamera betul-betul… calar kan?
- Aplikasi ‘web’ yang akan ‘terpadam sendiri’ (exit) apabila saya melayari laman web yang ‘berat’. Contohnya FaceBook desktop edition. Mengapa ya?
Sebenarnya saya ingin membuat prapandang eksklusif terhadap N97 pada 23 Julai yang lalu. Tetapi saya tidak berani untuk menaip artikel tersebut kerana ditangan saya ketika itu ialah N97 dengan ‘firmware’ versi 10.x yang sangat bermasalah. Jika saya menaikkan juga prapandang N97, tentu markah ‘Belimeter’ menjadi 5/10 atau 6/10 sahaja. Dan saya pasti anda tidak akan membelinya!
Nokia.. TOLONG jangan keluarkan telefon yang mahal tapi tak berguna seperti ini!
2. Firmware Versi 20.x Untuk Nokia N97 Sudah Tiba!
Jadi, jika anda benar-benar ingin membeli atau telahpun memiliki N97, tidakkah ada harapan langsung untuk meningkatkan kestabilan telefon ini? Dan berbaloikah jika anda membayar lebih rm2,000 kepada taukeh kedai esok demi mendapatkannya?
Ya! Berita baik untuk anda. Firmware versi 20.0.19 untuk N97 sudah tiba dan boleh anda dapatkan melalui NSU. Ia merupakan versi peningkatan yang ditunggu-tunggu oleh pengguna N97 seluruh dunia. Suka diingatkan, sebelum anda melakukan proses ini, sila ‘backup’ data anda dahulu di simkad, atau di kad-memori atau di komputer. Setelah itu, format telefon anda (dengan arahan *#7370#) dan barulah anda boleh memulakan langkah menaiktaraf ‘firmware’ N97.
Anda dinasihatkan agar menggunakan talian ‘broadband sebenar’ untuk proses ini. Streamyx, P1 Wimax, dan DiGi Hsdpa/Hsupa menjadi keutamaan. Jika anda melanggan Celcom ‘broadband’, lupakan ia buat sementara waktu kerana data ROM yang akan anda pindah-turun adalah sebesar 140mb (dan kabel usb terpasang pada telefon. Kalau sambungan internet terputus di tengah jalan, maka carilah jalan utk ke Nokia Centre yang berhampiran). Anda faham kan maksud saya?
Dan setelah semuanya selesai, telefon N97 anda akan mengalami perubahan seperti ini:
- Sokongan ‘kinetic scrolling’.
- RAM bebas yang lebih tinggi.
- Memori pada C yang lebih besar.
- Fungsi keyboard (shift-biru) telah dipertingkatkan. Tekan lama-lama sesuatu huruf untuk mendapatkan huruf alternatif!
- Tidak perlu ‘double-tap’ untuk melancarkan aplikasi pada menu.
- UI lebih lancar dan responsif.
- Mutu sentuhan skrin yang lebih tepat, jitu dan konsisten.
- Perubahan drastik terhadap pengendalian memori dan ram walaupun anda penuhkan sehingga lebih 20gb ruang pada mass-memory.
- GPS akan lebih cepat mengesan satelit.
- Widget akan bertambah.
- Kualiti penggambaran foto lebih cemerlang.
Dan akan menyebabkan siapapun mahu memiliki Nokia N97 sekarang! Jadi, jika anda telah membeli N97 pada hari ini, pastikan anda menaiktaraf firmware sebelum anda menggunakannya.
Bagaimana? Sudahkah anda menaiktaraf firmware N97 anda? Kongsikan pengalaman baru anda dengan kami. Baca kupasan tentang ‘Firmware N97′ yang ditulis oleh Asri al-Baker di SINI.
Nota Kaki.
Bukanlah niat saya untuk membenci Nokia atau memberitahu anda yang saya tidak suka dengan S60-5th secara total sewaktu saya menaikkan artikel ini. Cuma mungkin saya seorang yang sederhana, yang sentiasa berfikir tentang ‘nilai berbaloi’ setiap pembelian saya. Lebih-lebih lagi terhadap peranti mudah-alih kerana kita semua maklum yang dalam masa 2-3 bulan, harga sesuatu model telefon akan jatuh ditimpa tangga dan berguling-guling macam tenggiling.
Saya sayang Symbian! Sama-samalah kita berharap agar perubahan drastik terhadap pengendalian UI (dan pengurusan memori) terhadap Symbian^2 pada tahun hadapan akan dibangunkan dan ditangani dengan jayanya. Kalau ia tidak jauh beza dengan Symbian^1 (S60-5th Edition) ini, saya akan terus merasa sedih dan terkebelakang.
Mengapa saya berkata begini? Kerana saya telah melihat ‘preview’ UIQ4 dan saya sangat yakin Symbian boleh melakukan yang lebih hebat berbanding UIQ4! Lebih-lebih lagi pengumuman Symbian Foundation mengenai Syarikat FUJITSU telahpun dilantik menjadi ‘Pengarah’ dalam Symbian baru-baru ini. Kalau dah sampai tahap Fujitsu masuk campur, saya lihat Symbian akan kembali gemilang dalam pasaran ‘smartphone’ dunia dalam masa 2 tahun lagi.
Dan sentiasa ingat, jangan menyesal memiliki Symbian kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian bayarlah cukai pendapatan
Anda boleh membaca soal-jawab berkaitan dengan firmware 20.0.19 di SINI.
Related posts:
Tags: N97, RAM, S60-5th, tutorial
Trackback from your site.
-
http://ariyon.blogspot.com yonz
-
http://ariyon.blogspot.com yonz
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Shinpeng
-
Lan
-
Helmi
-
Khairul
-
AAHamzah
-
http://www.uiqblog.com asri
-
aril
-
mohd hashril
-
Besau



November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!