UCWeb – Pelayar internet alternatif dari China
1. Semua telefon pintar Symbian memiliki pelayar internet sendiri secara bina dalam. Pelayar Web lalai (default) dalam telefon pintar Symbian sekarang ini ialah S60 Web yang menggunakan enjin Webkit.
2.Ada juga pelayar internet yang dibangunkan oleh pihak ketiga (pengaturcara) seperti Opera Mobile 10, Ozone, Skyfire (sucks!) dan jB5 browsers.Dan tidak ketinggalan juga yang menggunakan J2ME seperti Opera Mini and Bolt.
3. Memperkenalkan, UC Browser, yang dibangunkan oleh UC Mobile Limited, yang juga dikenali sebagai Guangzhou Ucfly Company.
4. UC Browser, versi 7.0 sekarang ialah sebuah perisian untuk melayari internet melalui peranti mudah alih dan sebagai pengguna Symbian, kita bernasib baik kerana mereka telah membangunkan versi Symbian (native) untuk kita nikmati.
5. Sebagaimana Skyfire dan Opera Mini, UC Browser menggunakan proses “server rendering” untuk mengecilkan jumlah data internet yang perlu dilihat dalam telefon pintar.
6. Sebagai sebuah pelayar internet, UC Browser memiliki banyak fungsi menarik seperti download manager, sokongan pelbagai tab, dan banyak lagi.
7. Ia adalah percuma untuk dimiliki. Tetapi anda perlu membayar internet anda.
8. Saya sudah menggunakannya selama beberapa minggu dan pada pendapat saya, ia tidak sebagus Opera Mobile dalam memaparkan laman sesawang yang berat. Walaubagaimanapun, ia memang pantas!!!
9. Sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memindahtutun secara percuma dari Laman sesawang rasmi UC Browser.
10. Sudahkah anda mencubanya, Kalau sudah, adakah ia sebagus Opera Mobile 10?
11. Sebelum saya akhiri posting saya kali ini, terimalah beberapa rangkap pantun dari saya :
Memang banyak jenis smartphone,
Yang besar, yang nipis, juga cinonet,
Apa guna memiliki smartphone?
Jika tidak melayar internet.
Smartphone Symbian memang berkuasa,
S60 Web antara terbaik,
Enjin Webkit memberi kuasa,
Memberi pengalaman yang amat menarik.
Tapi S60 Web amatlah berat,
Memakan RAM begitu banyak,
Sampaikan saya menjadi penat,
Menunggu website yang lambat dibukak.
Untuk yang ingin bertukar rasa,
Ada pilihan janganlah hairan,
Opera Mobile, Ozone pun ada,
UCWeb pula baru dilepaskan.
Pembangun UCWeb dari China,
Ada versi J2ME dan juga native,
Setelah lama saya mengguna,
Pengalaman UCWeb amatlah positive.
Versi Symbian native boleh dipasang,
Dan dipindahturun secara percuma,
Tiada siapa boleh melarang,
Melayari internet sepanjang masa.
Bila disebut tentang percuma,
Salah faham janganlah dibiar,
Perisian Ucweb 100 peratus percuma
Tapi melayar internet kenalah bayar.
UCWeb memiliki pelbagai fungsi,
Tabs, download manager dan skrin kecil,
Fungsi-fungsinya hebat dan stabil sekali,
Dalam pakej sebegini kecil.
Adios!!!
- Asri al-Baker
Related posts:
Trackback from your site.
-
L4N
-
daktaipan181











November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!