logo
10
Apr

Tutorial – GPS

Written by adliayob. Posted in Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian


gps-symbian

Oleh Asri Al-Baker

1. GPS tu apa sebenarnya?
Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS) mempunyai nama rasmi iaitu Navstar GPS. Ia adalah satu nama kepada satu jenis teknologi yang pada mulanya digunakan dalam industri ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat.

gps-navstar

Secara umumnya, teknologi GPS ialah satu pecahan daripada teknologi Sistem Navigasi Satelit Sejagat GNSS (Global Navigation Satellite System) iaitu teknologi utama dalam penggunaan navigasi satelit. GPS adalah satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi pada waktu ini dan ia boleh digunakan secara percuma untuk menentukan kedudukan dan boleh digunakan oleh orang awam

Dibawah GNSS, selain dari Navstar GPS, ada juga IRNSS yang dibangunkan oleh India, China juga membangunkan teknologinya sendiri yang dipanggil COMPASS dan negara negara di Eropah sedang giat membuat penyelidikan untuk mewujudkan GALILEO. Disamping itu, Russia juga mempunyai sistemnya yang tersendiri dipanggil GLONASS.

2. Oooo… Dia sama dengan GPRS laaa…

Ishk… Tak sama langsung.

GPRS tu ialah General Packet Radio Service yang juga dikenali sebagai teknologi pemangkin telefon mudah alih 2.5G. GPRS membolehkan rangkaian mudah alih berhubung kepada internet dengan lebih laju berbanding teknologi CSD (Circuit Switched Data). Dengan GPRS, capaian internet sentiasa tersedia dan tidak perlu mendail dan data hanya dimuat turun jika ada aktiviti internet.

Kan lain kan? Betul tak?

3. Macam mana nak pakai GPS dalam fon?

Ada beberapa cara. Disebabkan blog ini memang blog Symbian, maka saya akan menulis mengenai GPS dalam telefon pintar Symbian. Untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi selain Symbian, anda perlu menggunakan sahabat karib anda, encik Google ;-)

Pertama : Menggunakan alat GPS luaran.
Cara ini memerlukan anda memiliki sebuah telefon pintar Symbian dan juga sebuah alat GPSr (GPS receiver) Bluetooth.
Ini boleh digunakan untuk telefon pintar Symbian yang tidak memiliki GPS chip bina dalam seperti model Nokia E61 dan juga Sony Ericsson P1i.
Dalam pasaran, anda boleh mendapatkan alat GPSr ini seperti Garmin 10x. Harganya sekitar RM500 hingga RM700.

gps-garminAnda juga perlu memasang aplikasi GPS didalam telefon pintar anda serta meletakkan data peta GPS untuk digunakan sebagai peta asas “basemap”. Antara aplikasi yang popular untuk telefon pintar Symbian ialah Garmin Mobile XT, TomTom Navigator dan juga Sygic Mapdrive.

gps-garmin2

Kedua :
Menggunakan telefon pintar Symbian yang mempunyai GPS chip bina dalam seperti Nokia E90, Nokia N95 dan Samsung Innov8 i8510.

Kebanyakan telefon pintar Symbian yang baru dilancarkan sudah sememangnya memiliki chip GPS bina dalam.

Disamping itu, Nokia juga memasukkan aplikasi peta serta data untuk digunakan secara terus oleh pengguna telefon pintar S60. Aplikasi yang diberi adalah percuma. Tetapi anda perlu membayar untuk menggunakan navigasi suara. Namanya senang sahaja, Maps.

gps-mapsWalaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut, kerana mungkin data peta yang anda inginkan tidak anda temui, anda juga boleh memasang aplikasi GPS lain seperti Garmin Mobile XT yang juga boleh mengesan chip GPS bina dalam. Tetapi cara ini agak rumit untuk dilakukan.

Kegunaan GPS dalam telefon adalah sangat memudahkan. Ini kerana sekiranya kita ingin pergi ke tempat yang kita langsung tak pernah pergi, ia sangat membantu.

Satu lagi, dengan GPS dalam telefon, anda boleh menghantar koordinat anda kepada orang lain.

Dan semestinya, anda akan membawa gajet yang kurang sedikit berbanding membawa telefon dan alat GPS.

4. Selain dari fon, bende apa lagi yang kita boleh pakai untuk GPS?

gps-oregon1
Banyak… Ada juga alat GPSr yang memiliki skrin sendiri seperti Garmin Oregon. Alat-alat GPS seperti ini boleh diletakkan didalam kereta, atau sekiranya anda seorang yang suka aktiviti lasak seperti “jungle trekking”, ia juga bleh digunakan.

Anda juga boleh menggunakan GPS dalam laptop.

gps-laptop

Ada juga sistem GPS yang digunakan di dalam jam tangan berjenama mahal. Ia digunakan sewaktu kecemasan. Ini membolehkan pasukan penyelamat mengesan kedudukan anda dengan tepat sekiranya berlaku kecelakaan.

5. Tak kena bayar mahal ke nak pakai GPS?

Untuk kegunaan orang awam seperti kita, menggunakan GPS dalam telefon adalah sangat ekonomi dan paling efektif kerana harganya tidak begitu mahal. Malah, ia hampir-hampir percuma.

Kita perlu bayar untuk peralatan GPS seperti telefon pintar yang memiliki chip GPS, atau GPSr luaran dan juka aplikasi untuk membaca peta dan menanda kedudukan. Tapi untuk menggunakan GPS itu sendiri adalah percuma. Tak perlu bayar.

Tetapi sekiranya anda ingin menggunakan GPS di dalam kereta dengan alat GPS yang lebih canggih, harganya juga agak tinggi.

6. Tapi saya rasa GPS ni tak penting bagi saya. Semua jalan yang saya lalu saya dah hafal sangat…

Kegunaan GPS bukan untuk menunjuk arah jalan sahaja. Ada banyak kegunaan lain.

Antaranya ialah geotagging. Untuk menggunakan geotagging, anda memerlukan kamera atau telefon pintar yang mempunyai fungsi GPS bina dalam. Apabila anda menangkap/mengambil gambar, kedudukan latitud dan longitud gambar itu akan direkodkan serta dimasukkan dalam info file berkenaan.

Satu lagi fungsi GPS ialah untuk geocaching. Sebuah permainan ala treasure hunt tapi menggunakan koordinat latitud dan longitude untuk mencari lokasi dengan tepat.

Jika kita lihat, industri perkapalan dan penerbangan, mereka adalah antara pengguna GPS yang paling besar kerana ketepatan perjalanan mereka sememangnya diukur melalui GPS.

Industri GPS sangat luas. Google pun ada Google Maps. Nokia juga telah membeli syarikat GPS iaitu Navteq dan gate5. Dan tidak lama lagi, kereta-kereta yang dijual dipasaran pun akan dilengkapi dengan sistem GPS.

Kegunaan GPS sebenarnya sangat luas. Cuma kita sendiri yang menyempitkannya dan menganggap ia tidak penting. Sekiranya anda merasakan anda perlu untuk menggunakan GPS, pelajarilah dari orang-orang yang menggunakannya.

7. Kat mana lagi saya boleh dapatkan maklumat mengenai GPS, terutamanya untuk Malaysia?

Banyak. Anda boleh lawati forum Malsingmaps (http://www.malsingmaps.com). Yang memiliki banyak maklumat penting mengenai GPS untuk Malaysia dan Singapore serta kawasan lain.

____________________________________________________________

Begitulah sedikit-sebanyak tentang teknologi GPS yang selalunya diabaikan penggunaannya dalam smartphone Symbian. Jika anda ada sebarang komen dan cadangan – janganlah malu-malu untuk menaipnya disini supaya Encik Asri Al-Baker dapat membantu anda.

Related posts:

Tags:

Trackback from your site.

  • mohd hashril

    salam bang asri.saya nak tahu lah bang.apa beza GPS dan AGPS bang.

  • Khairul

    Pandangan saya. Pengunaan GPS di kalangan masyarakat kita mungkin agak ketinggalan berbanding negara lain tetapi ada peningkatan kerana pengunaannya amat mudah difahami dan digunakan di samping peta negara kita yang lengkap kerana ramai di kalangan kita secara sukarela meng-update laluan-laluan baru.

  • http://www.uiqblog.com asri al-baker

    @hashril

    AGPS atau Assisted GPS (GPS yang dibantu oleh network) adalah satu teknologi yang melengkapkan GPS. Dengan menggunakan AGPS, capaian satelit dapat dipercepatkan kerana sistem akan menghubungi server melalui internet, yang akan memberitahu kedudukan anda. Seterusnya, server akan membantu untuk menetapkan kedudukan anda. Setelah kedudukan koordinat dikenalpasti, chip GPS akan mengambil alih tugas dari network.

    Dengan GPS biasa, capaian kepada satelit adalah manual dimana GPSr akan mencari dan menghubungi satelit secara manual. Tidak melalui network.

    @Khairul
    Setuju. Memang benar, dah ramai yang pakai GPS sekarang sbb dah ada dalam handphone. Tapi belum banyak sangat sbb masih ramai yang tak tau.

  • mohd hashril

    oooo.macam tu.thanks abg asri.

  • HISHAM

    Salam encik Asri.

    Saya telah install sistem GPS Nokia Maps ke N73 sy.ape yg sy musykil,perisian ini hanya bleh wat mode simulation sahaja.Apabila sy cube mode Navigation,ia cube mengesan signal Bluetooth.Jd sy x bleh gunakan GPS ini dlm mase sebenar “real-time”.Contoh klu sy perlu ke satu2 tempat,sy perlu rujuk pd GPS dlm mode simulasi dulu,bukan nyer sy bergerak berpandukan GPS seperti gunakan Garmin.Harap dpt membantu.

  • http://www.uiqblog.com asri al-baker

    @Hisham

    1. Nokia N73 _TIDAK MEMILIKI_ microchip GPS bina dalam. Sila baca artikel saya betul-betul ;-)

    2. Anda memerlukan Bluetooth GPSr untuk menggunakan navigasi GPS dalam N73. Sebab itulah ia cuba mengesan signal Bluetooth kerana dia mencari Bluetooth GPSr.

    Peace!
    :-)

  • anuar

    Saya baru mengunakan gps N96.Garmin XT 5.00.40.En Asri mengatakn caj penggunaan adalah percuma.Pihak celcom mengenakan bayaran sehingga 91.60 utk 3g data usage.Saya keliru tentang hal ini.Saya hubungi celcom,mereka mengatakan penggunaan GPS akan di caj setiap 10kb data = 10 sen.Adakah ini benar??

  • http://www.uiqblog.com asri

    @anuar

    1. Cuba check betul-betul dengan Celcom. GPS ke _GPRS_?

    2. GPS memang free. Takde kena bayar.

    3. Celcom memang charge RM0.10 untuk 10kb apabila menggunakan data (GPRS, EDGE, 3G, W-CDMA, 3.5 G, HSDPA etc)

    4. Saya pakai GPS dah bertahun-tahun tapi akde bayar bil utk GPS. Kalau _GPRS_ tu memanglah kena bayar.

    5. Semua orang yang angkat panggilan telefon di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Celcom tu tak berapa reti pasal teknologi. So dia akan cakap ikut suka hati dia. Bila orang tanya pasal GPS, dia kasi info pasal GPRS.

    6. Bayaran 3G RM91.60 tu takde kena mengena langsung dengan GPS. Ia mesti ada kena mengena dengan data seperti MMS atau video call, atau surf internet dan sebagainya.

    Wassalam…

  • http://www.globaleverywhere.com/gps_software.htm GPS Tracking Device

    GPS Tracking Device…

    GPS satellites broadcast signals from space that are picked up and identified by GPS receivers….

  • http://www.nesloais.com nesloais

    semasa menggunakan gps dgn mode A-GPS (assisted GPS) pada masa itu lah handpon akan diconnect kepada network menggunakan 3G internet. Setiap kali nak navigate dalam 4 – 5 kb data digunakan. Boleh juga kalau disablekan mode A-GPS tu (just guna integrated GPS shj) tapi satelit gps susah nak jumpa & garmin lambat nak buat route calculation.

  • Mohd Shahrul

    Heh! Aku nye hp laju je garmin buat route calculation pki intergrated gps. Tgk kawasan gak kot…

  • Azlan

    Saya nak tanya, telefon Nokia 6730 classic menggunakan a-gps. Bila saya gunakan aplikasi Map, pihak Celcom akan mengenakan bayaran. Bolehkah saya install Garmin Mobile XT ? Adakah telefon ini support GPS?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Azlan,

    1. AGPS atau Assisted GPS (GPS yang dibantu oleh network) adalah satu teknologi yang melengkapkan GPS. Dengan menggunakan AGPS, capaian satelit dapat dipercepatkan kerana sistem akan menghubungi server melalui internet, yang akan memberitahu kedudukan anda. Seterusnya, server akan membantu untuk menetapkan kedudukan anda. Setelah kedudukan koordinat dikenalpasti, chip GPS akan mengambil alih tugas dari network.

    Dengan GPS biasa, capaian kepada satelit adalah manual dimana GPSr akan mencari dan menghubungi satelit secara manual. Tidak melalui network.

    2. Celcom mengenakan bayaran internet sebab Maps akan menggunakan fungsi AGPS untuk connect ke server bagi mendapatkan kedudukan tempat dan juga untuk memuat-turun data untuk peta. Fungsi AGPS ini boleh dinyahaktifkan (dimatikan) jika anda tidak memerlukannya

    3. Nokia 6730 Classic menggunakan Symbian S60 3rd Edition FP2, jadi, Garmin Mobile XT memang boleh dilengkapkan kedalam telefon anda

    4. Nokia 6730 Classic memang support GPS. Sila rujuk http://www.forum.nokia.com/devices/6730_classic untuk spesifikasi penuh.

    5. Sila baca komen-komen sebelum ini di dalam tajuk ini

    Terima kasih

  • Azlan

    Terima kasih di atas respon anda. Bolehkah Saudara terangkan bagaimana caranya hendak mamasangkan Garmin mobile xt ke phone tersebut?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Azlan

    1. Garmin Mobile XT adalah sebuah perisian komersial. Harganya sekitar RM400 (USD99).

    2. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi Garmin http://www8.garmin.com/mobile/garminmobile/

    3. Symbianku.Com adalah sebuah blog independent dan kami tidak menyokong penggunaan perisian yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak rasmi.

  • Azlan

    Terima kasih kerana membantu saya. Saya bercadang hendak memasang Garmin Mobile XT ke Nokia 6730. Masalahnya jika saya pasang perisian tersebut adalah ianya akan menggunakan a-gps (menggunakan Celcom dan berbayar) atau GPS biasa tanpa bayaran? Harap dapat membantu.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Azlan

    1. Seperti yang saya katakan, fungsi AGPS boleh dimatikan sekiranya anda tidak memerlukannya.

    2. Garmin Mobile XT boleh beroperasi tanpa AGPS. Kerana apabila anda tahu caranya, anda boleh meletakkan data untuk peta Malaysia didalam memory card telefon anda.

    3. Dengan adanya data peta ini, algorithm GPS yang digunakan dalam Garmin Mobile XT tidak akan mengakses AGPS dan tidak akan memuatturun fail untuk peta Malaysia.

    4. Garmin Mobile XT pada pendapat peribadi saya, adalah perisian GPS yang paling lengkap untuk digunakan di Malaysia. Ini kerana anda boleh mendapatkan peta Malaysia dengan mudah dan percuma seperti dari http://www.malsingmaps.com dan juga http://www.malfreemaps.com

    Asri al-Baker

  • greatexplorer

    Untuk pengetahuan semua, Nokia punye built in GPS memang hampeh, tak boleh detect langsung. kalau tak caye cuba la google internet “nokia GPS useless”. sekiranya anda membeli hp nokia dengan built in gps semata-mata untuk gps baik tak yah beli.

    kenapa? sebab ia memerlukan a-gps untuk detect satellite. Bayangkan sekiranya anda berada di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai 3g. Sampai esok pun tak dapat. percayalah. Bagi yang telah membeli hp gps nokia macam saya anda boleh mencuba dengan men’disable’kan a-gps dan network based dalam positioning method. tengok dapat tak dapat.

    Berapa lama untuk gps dedicated device (contoh- garmin nuvi 205) untuk lock satellite untuk pertama kali? 10 minit? 20 minit? kire ok lagi la tu. ini sampai 3 jam pun tak dapat.. ape cer? tak tau la kalau cuma saya yang tak bernasib baik. tapi kalau tengok dari pengguna lain kebanyakkannye menerima nasib macam saya.

    Sehingga hari ini saya berasa rugi. saya tidak nafikan a-gps dapat membantu untuk lock satellite dengan lebih cepat tapi kalau anda berada di kawasan pedalaman yang tiada network.. ape anda nak buat dengan hp anda? campak je dalam sungai!!

  • Azlan

    Saya menggunakan jenama Gophers. Gps tersebut amat bagus. Purata untuk lock satelite lebih kurang 4 minit sahaja.

  • greatexplorer

    Sama je Gophers atau Garmin. as long jenama nokia, memang susah nak lock. pernah saya terkena sekali aritu. Line 3G celcom buat hal. sampai ke sudah tak dapat lock. Dah macam orang gile berdiri kat tengah laman, tangan terangkat-angkat pegang handphone.

  • ZAMRI ADAM

    Nokia bagus jugak GPSnya… bagus lagi kalau install Garmin Mobile XT.. banyak yang pirate.. google je… kalau google maps, kena bayar GPRS, network untuk download maps.. jika anda pasang Garmin, update maps di web MALSINGMAP… free je.. jalan dalam kampong pun dah update.. kawan saya pakai E71.. laju je lock satelite, tapi pakai Garmin Mobile XT version 5 ke atas laaa… saya pakai PDA Samsung SGH i900… laju dan senang… skrin besar… memang best giler.

  • Lan

    @greatexplorer – aku xpnh plak bdepan masalah cam2. Aku xguna ags. Mmg aku deactivate benda 2. Aku guna N82 n secara average blh lock bwh 1minit. Tp ada jgk bc phone2 yg ada masalah sket dgn gps. Mcm N95 sbb katanya antena gps 2 trletak dibwh keypad dia. Kemudian batch awal N97 pun ada masalah gps. Kalo yg zitron @ avaxx blh le htr servis. Kalo AP then ngango jelah, xdenya diorg nk repair, byk songeh nt.

  • greatexplorer

    Lan – mungkin ko antara orang yang bernasib baik. memang. masalah ni berlaku dalam 50% orang yang menggunakannya. kalau tak caye cuba la google internet “nokia GPS useless”. macam aku nampaknya malang sikit. korang bayang2kan la macam menggunakan garmin nuvi (stand-alone gps unit) yang rosak. tak ke macam siut… imagine korang balik kampung atau pergi rumah sedara yang takde line. then by the time korang nak balik rumah korang nak pakai gps. korang masuk dalam kereta dan on gps untuk menunggu satelite lock. dah babai2 dah tadi. pastu korang duduk dalam kereta tak gerak2 dalam 10 minit. ape kene budak ni orang kampung kata… last2 jalan terus tanpa menggunakan gps (ikut jalan biasa la maknanye). (aku pakai avaxx set)

  • greatexplorer

    tapi walau macamanepun aku dah jumpe jalan penyelesaiannya. iaitu dengan menggunakan “universal repair method” atau bahasa melayu die – cara pembaikan universal = *#7370# = hardformat.

    sekarang dah ok dah. boleh lock dalam 3 minit average. terima kasihlah kepada diri sendiri. tepuk untuk diri sendiri.

  • AZUL

    tanye skit. bleh x install garmin mobile xt kat nokia s40? aku nak try gak gune tp hp xde gps! saje nak testing dier punye map. ok x?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @azul,

    1. Nak tanya sikit. S40 tu adalah sistem operasi telefon pintar ke bukan? Anda pakai phone S40 apa?

    2. Satu lagi nak tanya, kalau takde GPS dalam phone, camna nak test navigasi peta Garmin?

    3. Saya harap anda dapat menerangkan kepada kami dengan panjang lebar mengenai persoalan-persoalan diatas tadi kerana ilmu didada saya tidak cukup untuk memahaminya.

    4. ”Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan”…

    - Asri al-Baker

  • AZUL

    Slm. camne nak update map utk garmin mobile xt?

  • http://www.facebook.com/people/Haji-Zackaria-Simokonda/1149186197 Haji Zackaria Simokonda

    Salam.

    1) Mana lagi better, GPS dekat hand phone yg dah sedia ada ke atau GPS yg seketul harga rm500 tu?

    2) Nokia guna application bernama a-GPS…adakah a-gps ini sama mcm Garmin, papago dan sebagainya?

    tq

  • adliayob

    @Haji Zackaria,

    1. Telefon SYMBIAN yang disertakan dengan chip GPS memang mahal gara-gara kemudahan GPS yang disediakan. Malangnya, ramai pengguna Symbian tidak menyedari kelebihan ini.

    2. Berkenaan dengan soalan tuan, sudah semestinya GPS yang seketul RM500 tu lebih baik. Tetapi, blog ini ialah blog Symbian dan ia membicarakan tentang pelbagai pengetahuan tentang 'mendidik' masyarakat menyayangi telefon pintar (smartphone) yang sedang mereka pegang supaya tidaklah terus-menerus 'buta teknologi' sehinggakan perkataan 'Symbian' pun mereka tidak pernah dengar sedangkan memegangnya setiap hari. Oleh itu, kami memberikan pengetahuan tentang 'tidak perlu membeli seketul GPS sedangkan ia telahpun berada di tangan anda'.

    3. Tentang a-GPS, saya pernah menulis tentang 'Assisted GPS' pada blog ini. Sila gunakan ruangan 'search' dan taipkan 'a-GPS' pada ruangan tersebut. Untuk kemudahan tuan, disini saya lampirkan pautan ke tulisan saya yang terdahulu http://www.symbianku.com/samsung-symbian-g810-a…

    Terima kasih.

  • Mychelsea2000(Haji zackaria)

    terima kasih tuan….selangkah ke alam symbian…

  • Waie

    assallammualaikum tuan, dapat tak kiranya tuan buat tutorial untuk install GPS Garmin mobile untuk symbian ^1,boleh gak saya try install dan gunakannya untuk traveler,(N5800 XM).Terima kasih.

  • Anonymous

    @Waie,

    Kalau untuk mendapatkan Garmin Mobile XT yang original, ada di jual di Plaza Low Yat dengan harga RM358 sahaja. Jika tuan minta orang lain ‘install’ mungkin taklah semahal yang disebutkan.

    Kami, Symbianku.com tidak dapat membantu tuan dalam ‘mengajar’ tentang cara-cara install Garmin ini.

    Maaf ya tuan.

  • ramalafafa

    salam tuan, saya nak tanya tentang kalau pakai google maps kat phone, dgn data usage rate dalam 10 sen / 10kb.. agak-agaknya brpe banyak dia charge kalau saya on google map tu buat 1 jam? sebab saya nak tahu paling mahal dia akan charge, tolong balas secepat mungkin eh tuan? terima kasih.

  • Anonymous

    Sekarang paling mahal pun (untuk DiGi dan Maxis) RM8 sehari (prepaid internet data plan). Maxis mengehadkan data sehingga 500Mb manakala DiGi pula 100Mb (kalau tak silap laa).

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site