Tutorial – Email (Nokia Messaging) Bina Dalam – Bahagian 2
*** Dalam Bahagian 1, saya sudah kongsikan bagaimana untuk mendaftar di laman sesawang Nokia Messaging untuk menguruskan penghantaran email anda. Bahagian 2 ini adalah untuk menetapkan perisian Nokia Messaging di dalam telefon pintar Symbian.
1. Lancarkan Email, anda akan diberitahu yang anda belum lagi memiliki petisurat dan anda disarankan untuk membuatnya.

2. Setelah anda memilih “Yes”, anda akan diberi sedikit maklumat mengenai bagaimana perisian itu akan berfungsi. Teruskan.

3. Anda perlu memilih “Access Point”, Setelah anda menetapkan “Access Point”, ia akan mengesan kekuatan rangkaian dan capaian ke Internet.

4. Apabila ia berjaya mengesan rangkaian Internet, ia akan mempelawa anda untuk memasukkan alamat email anda. Pastikan alamat email ini adalah sama dengan alamat email yang anda daftarkan dalam laman rasmi Nokia Messaging tadi (Sila Rujuk Bahagian 1).

5. Seterusnya, ia akan menghubungi pelayan (server) bagi mendapatkan maklumat yang diinginkan. Tidak lama selepas itu, ia akan bertanyakan password email tersebut. Masukkan password seperti yang dikehendaki.

6. Setelah anda memasukkan password, tekan “OK”, Sekali lagi, ia akan menghubungi pelayan (server) bagi membuat pengesahan.

7. Selesai dengan proses pengesahan, ia akan mengesan bahawa alamat email yang anda masukkan itu, dihubungkan dengan satu akaun dalam sistem Nokia Messaging. Teruskan dengan menekan “Next”.

8. Anda akan dipelawa sekali lagi untuk memasukkan password bagi akaun Nokia Messaging (ingat, password ini hendaklah sama dengan password yang anda gunakan untuk memasuki laman sesawang rasmi Nokia Messaging – Sila rujuk Bahagian 1).

9. Pengesahan akan dibuat setelah anda memasukkan password yang betul. Jika segala-galanya berjalan lancar, anda akan diberitahu bahawa anda telah berjaya melengkapkan proses penetapan Email anda dengan jayanya! Sila berikan tepukan perlahan-lahan dibelakang bahu anda sendiri kerana anda sudah berjaya melaksanakan sesuatu yang agak komplikated dan mencabar

10. Sistem akan melengkapkan proses penetapan ini dan anda akan dipersembahkan dengan akaun email yang sama yang anda masukkan di dalam laman sesawang Nokia Messaging. Sekiranya anda telah menetapkan 5 akaun email, maka anda akan melihat 5 akaun di sini. Saya cuma tetapkan 2 akaun sahaja, jadi, hanya ada 2 akaun email untuk saya

11. Bagaimana? Mudah bukan? Tidak perlu pening kepala? Sebenarnya proses ini lebih mudah untuk dibuat berbanding di atas kertas.

12. Di masa hadapan, sekiranya anda menukar telefon kepada mana-mana telefon Symbian dari Nokia yang lebih berkuasa dan ia mempunyai Nokia Messaging juga, anda hanya perlu mengulangi proses ini untuk menguruskan email anda.
13. Dengan Nokia Messaging, anda boleh menikmati pengalaman Email Tolak, atau “Push Email” yang akan menghantar email kepada telefon anda dengan kadar segera sebaik sahaja ia memasuki server anda.
14. Untuk menikmati Email Tolak sepenuhnya, anda disarankan untuk melanggan pelan internet tanpa had dari syarikat pembekal telekomunikasi anda.
15. Bagaimana pengalaman anda menggunakan Nokia Messaging ini? Boleh anda kongsikan dengan pembaca lain disini?
- Asri al- Baker, Untuk Symbianku.com, 19 Oktober 2009
Related posts:
Tags: Nokia, S60-3rd, S60-5th, tutorial
Trackback from your site.
-
http://izzuddin-shah.blogspot.com/ dxplay
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
dxplay
-
Khairul
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!