Tutorial – Email (Nokia Messaging) Bina Dalam – Bahagian 1
1. Beberapa buah telefon pintar Symbian S60 3rd Edition Feature Pack 2 dari Nokia yang baru berada di pasaran, didatangkan khas dengan Nokia Messaging versi 2.05. Ia terbina didalam ROM telefon pintar tersebut dan anda tidak boleh membuangnya.
2. Bermula dengan Nokia E75, diikuti dengan N86, E52, E55, dan 6710 Navigator. Tidak lama lagi, E72 pula bakal menyusul. Dan sudah pasti Nokia akan menambah Nokia Messaging ke dalam telefon pintar dan telefon biasanya.
3. Jika anda memiliki salah satu daripada telefon pintar yang disebutkan tadi, anda sebenarnya memegang peranti pintar yang membolehkan anda menguruskan Email dengan mudah melalui perisian Nokia Messaging.
4. Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah pergi ke laman sesawang http://email.nokia.com dan daftar secara percuma.


5. Sewaktu mendaftar, gunakanlah alamat email utama yang anda selalu gunakan. Ini akan dijadikan sebagai “Username” anda untuk masuk ke dalam laman Nokia Messaging ini bagi menguruskan penghantaran email anda.


6. Setelah selesai proses pendaftaran, anda bolehlah login masuk dan menguruskan email untuk anda terima terus di dalam telefon pintar Symbian anda.

7. Anda dibolehkan untuk menetapkan sehingga 10 akaun email untuk diuruskan oleh satu akaun Nokia Messaging.
8. Anda boleh masukkan email seperti GMail, Yahoo Mail, MSN Hotmail, Ovi Mail, dan pelbagai lagi termasuklah akaun email biasa yang menggunakan POP dan juga IMAP.
9. Seterusnya, sekiranya anda sudah berpuas hati dengan konfigurasi di laman web tersebut, anda perlu memasukkan maklumat yang betul di dalam telefon pintar Symbian anda supaya segala maklumat berkenaan email anda dapat dipindahturunkan ke dalam perisian Nokia Messaging versi 2.05.
10. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang saya sediakan di dalam Bahagian 2, dan dalam masa beberapa minit sahaja, anda akan membaca email anda melalui telefon pintar Symbian S60 Nokia anda.
11. Untuk telefon pintar Symbian S60 dari Nokia yang tidak memiliki Nokia Messaging bina dalam, anda boleh memindahturun file SIS untuk dipasang ke dalam telefon pintar Symbian S60 anda. Hanya ikut arahan yang disediakan di dalam laman sesawang Nokia Messaging dan anda boleh juga menikmati Email dimana sahaja.

12. Sila ikuti sambungan tutorial ini dalam Bahagian 2 untuk menetapkan perisian Nokia Messaging.
- Asri al-Baker, Untuk Symbianku.com, 19 Oktober 2009
—
Related posts:
Tags: Nokia, S60-3rd, S60-5th, tutorial
Trackback from your site.

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!