logo
18
Aug

Trill – Percuma untuk pengguna Twitter

Written by asri. Posted in Review: Software


1. Jika diikutkan, sudah ada beberapa perisian yang telah dibangunkan untuk menikmati Twitter dalam telefon pintar Symbian seperti Gravity, Twittix, TweetS60 dan pelbagai lagi.

2. Namun, hal ini tidak mematahkan semangat sekumpulan pengaturcara yang menggelar diri mereka Spice Labs. Kerana mereka telah melepaskan perisian yang dipanggil Trill.

3. Mereka malah menawarkan Trill secara percuma di Ovi Store. Satu langkah yang bijak untuk mengumpul peminat yang tersendiri dimasa akan datang kerana Ovi Store merupakan sebuah platform yang boleh membantu memperkenalkan satu-satu produk baru kepada berjuta-juta pelanggan dengan mudah.

4. Kembali kepada Trill. Jika diimbas sekali lalu, pengguna Twitter dalam telefon pintar Symbian pasti akan perasan beberapa rekabentuk antaramuka Trill yang seakan-akan serupa dengan Gravity, iaitu perisian Twitter paling hebat dalam dunia Symbian.

5. Ini menunjukkan bahawa para pembangun perisian Symbian boleh menggunakan kreativiti mereka untuk mereka rupa bentuk antaramuka yang selesa digunakan dan mesra pengguna.

6. Antaramuka Trill amat ringkas dan senang difahami. Ia tidak memiliki menu yang berlapis-lapis.

7. Navigasinya juga mudah. Hanya perlu menggunakan D-pad untuk bergerak dari satu tab ke tab yang lain iatu Home, Replies, Direct Messages, dan Public Timeline.

8. Untuk menghantar Tweet, pengguna perlu memasukkan teks di dalam kotak yang disediakan di bahagian atas dalam tab Home.

9. Fungsi-fungsi Trill amat terhad sebenarnya. Dan ia agak lembab untuk memaparkan Tweet dengan banyak.

10. Ia juga tidak memiliki fungsi-fungsi tambahan sebagaimana yang terdapat dalam perisian Twitter yang lain. Contohnya, fungsi memindahnaik foto ke Twitpic dan perkhidmatan lain seumpamanya.

11. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Trill hanyalah sebuah perisian Twitter yang terlalu asas dan berfungsi seperti menggunakan laman Twitter mudah alih di http://m.twitter.com.

12. Walaupun begitu, ia percuma dan tidak ada salahnya jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru.

13. Dapatkan Trill dari Ovi Store! Hanya untuk pengguna Symbian S60 3rd Edition, S60 3rd Edition FP1 dan S60 3rd Edition FP2 sahaja!

Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site