Tips – Menyusun Folder S60 Launcher Untuk Cepat Dicapai

1. Antara perkara pertama yang saya pasti lakukan apabila memegang telefon baru Symbian atau selepas mem”format” telefon Symbian, tak kiralah S60 ke, UIQ ke, Series 80 ke… Ialah menyusun folder didalam pelancar aplikasi (untuk S60, ia dikenali dengan nama S60 Menu).
2. Ini adalah untuk memudahkan saya mencapai aplikasi-aplikasi kegemaran saya dengan cepat dan mudah.
3. Saya paling menyampah dan benci melihat folder yang berterabur. Ia sangat menyemakkan mata saya. 4. Ini juga salah satu kelebihan Symbian iaitu kebolehannya untuk ditala (tuning) sesuka hati. Membuatkan penggunanya berasa selesa dan santai menggunakannya.
5. Susunan kegemaran saya adalah seperti berikut :
- 6 folder utama yang disusun dalam 2 barisan (termasuk sebuah folder yang diberi nama “Crap”).
- Barisan pertama mengikut turutan dari kiri ke kanan ialah folder Internet , diikuti dengan folder Control Panel , dan yang paling kanan ialah folder Media .
- Barisan kedua pula, mengikut turutan dari kiri ke kanan ialah folder Office , kemudian folder Apps ditengah, dan folder Crap ditepi sekali.
- Barisan ketiga tidak mengandungi folder tetapi saya letakkan 3 aplikasi yang paling saya gemari pada satu-satu masa.
- Sekarang ni saya tengah gila pakai WordMobi, Kinoma Play dan RoadSync.


7. Kenapa saya susun folder dalam S60 Launcher sebegitu rupa? Kenapa tidak biarkan sahaja macam yang asal (default)?
8. Jawapan “sarcastic” saya berbunyi begini, “Suka hati akula… Phone aku, bukan aku mintak duit kau nak beli phone ni!!!”.
9. Tapi jawapan bertamadun saya berbunyi begini, ia mempercepatkan proses melancarkan aplikasi kegemaran saya kerana saya boleh menekan keypad untuk membuka folder atau aplikasi yang saya perlukan. Contohnya, saya tekan nombor “1″, folder Internet akan dibuka. Kemudian saya tekan pulak nombor “4″ untuk membuka aplikasi Share Online.
10. Dengan cara ini, saya telah menjimatkan banyak klik. Dan tidak bergantung kepada D-Pad untuk bergerak kesana kemari didalam S60 Launcher.
11. Jika anda tidak biasa menggunakan cara ini, inilah masa yang paling baik untuk mula menggunakannya. Anda hanya perlu bayangkan seolah-olah anda menyentuh folder-folder itu, bukan dengan jari anda, tapi dengan nombor di keypad
12. Oleh sebab itulah, perlunya folder disusun kerana anda hanya boleh menggunakan 12 shortcuts mengikut nombor dam simbol di atas keypad.
13. Mana-mana perisian, aplikasi, setting, atau apa saja yang anda rasakan tidak perlu, campakkanlah mereka ke dalam neraka yang dipanggil “Crap” itu. Ada 34 items yang saya dah lontarkan ke dalam folder itu. Dan saya jarang sangat membuka folder “Crap” sebab tiada apa yang menarik didalamnya. Asalnya folder “Crap” dalam E52 saya ni bernama “Help” tapi saya dah tukar nama dia. Sebab itulah ada logo “tanda soal”

14. Dalam folder-folder utama pula, pastikan ia tidak diisi dengan banyak untuk mengelakkan keserabutan. Contohnya, letakkan Web, Share Online, Youtube, dan Messaging didalam folder Internet. Susunlah mengikut citarasa kegemaran anda

15. Saya harap, satu hari nanti, akan ada orang yang membangunkan perisian / aplikasi untuk membuat “backup” setting folder dalam S60 Launcher dan juga boleh membuat “restore” setting yang saya gemari.
16. Macam mana dengan anda? Adakah anda juga mempunyai setting kegemaran anda sendiri untuk S60 Launcher?
- Asri al-Baker
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: Nokia, S60, S60-3rd, S60-5th, Samsung, tutorial
Trackback from your site.
-
http://realurl.org/twitted.php?id=4886808009 Twitted by asrialbaker
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Shinpeng
-
http://www.uiqblog.com asri
-
HISHAM
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
HISHAM
-
HISHAM
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Shinpeng
-
http://www.uiqblog.com asri
-
lan
-
lan
-
manar77
-
HISHAM
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!