logo
24
Jul

The Symbian Podcatcher – Perisian Untuk Menikmati Podcast

Written by asri. Posted in Review: Software


Symbian Podcatcher

Logo Symbian Podcatcher pada ketika artikel ini ditulis (Julai 2010)

1. Telefon pintar pada hari ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan, sms, berhubung melalui perkhidmatan pesanan ringkas serta rangkaian sosial, menikati multimedia, melayari internet, malahan banyak lagi perkara yang mampu dilakukan.

2. Salah satu daripadanya ialah menikmati podcast, ataupun rakaman audio dan juga video yang diterbitkan oleh para blogger. Podcast bukanlah sesuatu yang asing pada waktu ini.

3. Dengan mendengar podcast audio, anda dapat menikmati maklumat secara santai kerana deria pendengaran (telinga) anda sahaja yang menumpukan perhatian terhadap maklumat yang didengar. Anda masih boleh melaksanakan kerja-kerja lain seperti menaip, membaca buku, memandu, dan sebagainya.

4. Podcast audio adalah “radio” generasi baru. Ada berpuluh-puluh, malah beratus-ratus ribu podcast, mungkin berjuta-juta, yang telah diterbitkan diseluruh dunia.

5. Symbianku.Com juga kini memiliki Podcast audionya yang tersendiri yang diberi nama “Suara Symbianku“.

Menikmati Podcast tanpa perlu menggunakan desktop

6. Secara asasnya, telefon pintar Symbian, ada yang memiliki perisian Podcast seperti telefon Nokia E71 dan Nokia X6-00. Malangnya tidak semua telefon pintar Symbian terkini, memiliki perisian ini secara bina dalam.

7. Dengan mudah, pengguna boleh memindahturun podcast kegemaran dari “direktori” podcast yang disediakan. Ia adalah satu cara yang memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu memasukkan alamat URL yang panjang. Hanya perlu menaip kata kunci seperti “Symbian” dan podcast yang mengandungi perkataan tersebut akan dipaparkan.

8. Pada pendapat saya, menikmati podcast menggunakan telefon pintar adalah satu kemudahan dan kemestian, tidak perlu menggunakan pc desktop untuk memindahturun siaran podcast kegemaran saya.

9. Ciri podcast ini juga adalah salah satu kelebihan peranti yang menggunakan sistem operasi Symbian kerana jika anda menggunakan iPhone contohnya, anda tidak dapat memindahturun podcast menggunakan iPhone. Sebaliknya anda perlu menggunakan iTunes (di dalam PC Windows atau Mac) bagi menguruskan dan memindahturun podcast.

10. Malangnya, tidak ramai yang tahu menggunakan podcast dan lebih ramai lagi yang tidak ingin mengambil tahu serta buat-buat tak tahu mengenai podcast. Padahal, jika digunakan dengan betul, ia boleh dijadikan satu sumber untuk mengakses maklumat.

Serba sedikit mengenai The Symbian Podcatcher

11. Muncullah “The Symbian Podcatcher“, sebuah perisian yang dibangunkan oleh sekumpulan pengaturcara berbakat yang menggelarkan diri mereka Embeddev.

Logo asal Escarpod sebelum menjadi Symbian Podcatcher

12. Pada peringkat pembangunan asalnya, perisian ini diberi nama Escarpod dan pasukan pengaturcara berbakat ini menggelar projek tersebut sebagai “The Bergamot Project“. Pembangun Escarpod beserta beberapa perisian lain bermula semenjak beberapa tahun yang lepas, dimulakan dari versi untuk UIQ3 dan juga versi untuk S60 3rd Edition.

13. Apabila Yayasan Symbian ditubuhkan, dan Symbian dijadikan sistem operasi pintar sumber terbuka, 2 orang ahli pasukan Embeddev, Lars Kurth dan Sebastian Brannstrom menyertai Yayasan Symbian dan bekerja di sana.

14. Menyedari kepentingan podcast dimasa hadapan, mereka telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Escarpod dengan lebih jauh lagi serta menjenamakannya semula sebagai “The Symbian Podcatcher”.

15. Ini kerana, mereka telah berbesar hati untuk mendermakan sumber kod (source code) Escarpod untuk dijadikan sebagai perisian lalai (default) podcast dalam sistem operasi Symbian bermula dengan Symbian^3.

Penggunaan Symbian Podcatcher

16. Menggunakan perisian ini adalah begitu mudah sekali, anda hanya perlu memindahturun fail SIS dari laman rasmi pembangun Yayasan Symbian dan pasang fail SIS tersebut di dalam telefon pintar Symbian anda.

Pindahturun Symbian Podcatcher versi Symbian^1

Pindahturun Symbian Podcatcher versi S60 3rd Edition

17. Setelah dipasang, ia telah memiliki beberapa langganan podcast bina-dalam seperti podcast All About Symbian, dan beberapa lagi.

18. Anda boleh memasukkan langganan podcast baru secara otomatik dengan menggunakan fungsi carian yang disediakan dan anda juga boleh melanggan podcast secara manual dengan memasukkan URL langganan podcast yang anda ingini. Contohnya : http://www.symbianku.com/?feed=podcast

19. Perisian ini telah dibangunkan dengan teliti dan telah mengambilkira falsafah “simpler is better” – lebih ringkas adalah lebih bagus. Ini kerana jika dilihat dengan teliti, antaramuka perisian ini amat ringkas. Dengan fungsi-fungsi penting yang selalu diakses (seperti Update, Settings), diletakkan di bahagian bawah.

20. Fungsi-fungsi lain yang jarang digunakan, diletakkan di dalam “softkey” Options seperti Import dan Export senarai langganan podcast. Fungsi import dan export ini sangat berguna sebenarnya. Kerana jika anda memiliki senarai langganan podcast yang banyak dan menggunakan banyak peranti seperti komputer meja, laptop, telefon pintar dan ingin menikmati langganan podcast yang sama, inilah jawapannya.

21. Selain itu, ia juga memiliki fungsi “contextual menu” iaitu pelbagai menu penting yang berkenaan, dapat diakses melalui tekan dan tahan (press and hold) pada sesuatu item yang dipaparkan. Contohnya, anda boleh melihat ringkasan sesuatu episod (dalam bentuk teks) sebelum memindahturun keseluruhan podcast yang biasanya dalam bentuk audio dan video.

22. Podcast yang telah siap dipindahturun, akan boleh dimainkan menggunakan perisian media binadalam. Jika podcast audio, ia akan dimainkan oleh Music Player dan sekiranya video, ia akan dimainkan oleh Real Player.

23. Barang harus diingat. Menikmati langganan podcast memerlukan data yang besar kerana biasanya, saiz satu podcast adalah dalam lingkungan 30MB hingga 100MB. Mengambilkira tempoh masa podcast tersebut. Makin lama & panjang tempohnya, makin besarlah saiz failnya yang perlu dipindahturun.

24. Oleh itu, pastikan anda melanggan plan data tanpa had atau menggunakan WiFi untuk memindahturun podcast kegemaran anda.

25. Perisian ini juga boleh memindahturun podcast secara automatik iaitu apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan memindahturun episod-episod terbaru langganan anda tanpa anda perlu berbuat apa-apa.

26. Ia masih giat dibangunkan dan maklumat terbaru yang saya terima, logo Symbian Podcatcher juga akan ditukar apabila dimasukkan dalam Symbian^3 kelak.

Cadangan logo baru Symbian Podcatcher untuk versi Symbian^3

27. Sudahkah anda menggunakan The Symbian Podcatcher? Apa pendapat anda?

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • Norazlina Jusoh

    Boleh bagi link podcast ceramah agama.? Apa lagi podcast yang ada kat Malaysia especially berkaitan dengan teknologi maklumat..

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Norazlina

    1. Anda boleh menikmati podcast ceramah dari laman web seperti :
    - http://www.wirid.com/
    - http://podcast.kuliyah.net/v1 (http://podcast.kuliyah.net/v1/feed.xml)

    2. Untuk mengikuti podcast yang berkaitan dengan teknologi maklumat, boleh cuba laman-laman seperti berikut :
    - http://iradio.oum.edu.my/icast/fel/audio_book/
    - http://www.symbianku.com/ :-)

    3. Itu adalah antara podcast yang berbahasa melayu yang dapat ditemui setelah melakukan carian di Google.

    4. Jika ada podcast lain yang berunsurkan teknologi maklumat, dan ceramah agama yang lain, harap para pembaca dapat berkongsi di disini

    - Asri al-Baker

  • Norazlina Jusoh

    Terima kasih kerana menyediakan maklumat dan panduan berguna di laman ini.

    Saya sangat baru dengan podcast ni..Saya menggunakan application built in podcasting dalam n79.

    1) Http://www.symbianku.com/ , http://www.wirid.com/. Macam mana nak bezakan alamat tu adalah podcast url atau webpage yang biasa kita tengok. Bila saya taip kedua2 page ini, saya akan di transfer ke laman web?

    2) Tidak seperti alamat ke http://podcast.kuliyah.net/v1/feed.xml. Saya akan terus di beri listing file2 yang boleh di download.

    3) N79.. Macam mana nak taip aksara seperti =, +, _. Beberapa tandaan tidak dapat di taip pada podcast url. Saya tidak dapat taip underscore pada http://iradio.oum.edu.my/icast/fel/audio_book/. Betulkan jika saya tersilap.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Norazlina,

    1. Tahniah kerana anda telah menggunakan teknologi podcasting dalam kehidupan seharian anda. Perisian Podasting dalam Nokia N79 juga boleh digunakan untuk menikmati podcast.

    2. Biasanya, jika kita ingin melanggan podcast dari laman web atau blog, pemilik blog tersebut akan menerbitkan sekali URL yang terus merujuk kepada podcast. URL ini berbeza-beza mengikut sistem yang digunakan oleh pemilik blog itu. Ia tidak sama. Berikut adalah antara senarai podcast yang saya langgani :

    Website All About Symbian (AAS) : http://www.allaboutsymbian.com
    Podcast All About Symbian yang diberi nama AAS Insight : http://rss.allaboutsymbian.com/media/podcastfee…

    Website This Week in Google : http://twit.tv/
    Podcast TWiG : http://leoville.tv/podcasts/twig.xml

    Sama juga dengan blog ini, kami menggunakan URL khas yang terus memberi senarai podcast kepada para pendengar iaitu :

    Blog Symbian Malaysia : http://www.symbianku.com
    Podcast Blog Symbian Malaysia yang diberi nama Suara Symbianku : http://www.symbianku.com/?feed=podcast

    Jadi, sebelum anda melanggan podcat, pastikan anda mencari URL yang betul yang merujuk kepada podcast, bukan alamat URL biasa yang merujuk kepada laman web.

    3. Cuba gunakan URL ini untuk melanggan podcast dari laman Wirid.com : http://www.wirid.com/?feed=podcast

    4. Untuk menaip aksara tambahan (seperti *, _, +, ^, %, #, @) dan sebagainya, ketika sedang menaip menggunakan N79, anda perlu menekan butang asterisk (*) ataupun lebih mesra dengan gelaran “bintang”. Ia akan memaparkan senarai aksara tambahan untuk anda pilih.

    5. Sebenarnya, agak payah untuk mencari podcast yang berbahasa Melayu. Kalau ada pun, sudah lama tidak dikemaskini. Oleh sebab itulah, Symbianku.com mengambil inisiatif untuk mewujudkan Suara Symbianku untuk berkongsi pendapat dan maklumat dengan peminat Symbian dan dunia IT diluar sana.

    6. Jika anda ingin menjelajah dunia podcat dengan lebih jauh lagi dan tidak kisah dengan bahasa Inggeris, anda boleh melawat http://gpodder.net/directory/ dan memilih banyak podcast yang sesuai untuk anda :-)

    SYMBIAN, Sungguh Mudah, Saya Mesti Pilih :-P

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site