logo
14
Jul

Tema Pilihan Symbianku – Tema Rasmi Nokia C6

Written by asri. Posted in Tema Pilihan Symbianku


1. Sudah agak lama saya tidak berkongsi tema pilihan dengan para pembaca Symbianku.

2. Banyak tema yang telah saya cuba namun pada pendapat saya, tiada yang menepati citarasa saya. Banyak tema yang saya cuba, dipenuhi dengan elemen-elemen yang merimaskan dan membuatkan telefon pintar Symbian saya menjadi serabut.

3. Secara peribadi, saya sukakan tema yang ringkas dan menampakkan keanggunan elemen-elemen yang dipaparkan. Saya kurang berkenan dengan tema yang memiliki ‘wallpaper’ yang tidak ada kena mengena dengan tema tersebut.

Tema “Nokia Theme White”

4. Untuk Telefon pintar Symbian^1, dengan rekabentuk skrin yang besar dan skrin sentuh, kejelasan paparan adalah penting. Jika warna yang dipaparkan bertindih dan mengganggu penggunaan, pada saya, tema itu tidak perlu digunakan

5. Disini saya kongsikan tema rasmi yang didatangkan dalam Nokia C6 yang baru sahaja dijual di dalam pasaran Malaysia.

6. Sejujurnya, saya suka melihat tema yang bersebati dengan persekitarannya, dengan ikon-ikon yang tidak nampak janggal.

Tema “Dark”

7. Set tema Nokia C6 ini mengandungi 3 tema iaitu Dark, Light dan Nokia Theme White.

8. Kesemua tema tersebut berfungsi dengan baik dalam Nokia X6-00 saya dan menampakkan lagi keanggunan telefon pintar ini.

9. Paduan warna yang tidak keterlaluan, memudahkan mata dan jari saya melaksanakan operasi yang dikehendaki.

Tema “Light”

10. Saya yakin, tema-tema in juga kompatibel dengan kebanyakan telefon pintar Symbian^1 diluar sana.

Dapatkannya dari Laman Pereka Tema Terkemuka Dhanusad di SINI.

*** Entri ini ditulis sepenuhnya menggunakan Nokia X6-00 yang dilengkapi dengan perisian WordPress.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site