Tema Pilihan Symbianku – HTC Hero Untuk Nokia

1. Ini adalah posting kali pertama untuk satu segmen yang baru ditubuhkan di Symbianku.com iaitu ” TEMA PILIHAN SYMBIANKU .
2. Kami akan menulis mengenai tema (themes) yang menarik untuk anda pasangkan pada telefon pintar Symbian S60 anda.
3. Kebanyakan tema adalah percuma ada banyak pembuat tema yang mengeluarkan tema yang cantik dan berkualiti.
4. Membuat dan merekabentuk tema adalah satu kerja seni yang memerlukan kepakaran dan kesabaran.
5. Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai satu tema yang baru saja dikeluarkan minggu lepas.

6. Tema ini diberi nama ” HTC Hero ”, ia mengambil inspirasi dari tema asal HTC Hero.
7. Ia direka oleh Jon atau Tehkseven , seorang pereka tema yang popular dalam arena pembikinan tema untuk Symbian S60.
8. Tema HTC Hero didatangkan dengan latarbelakang yang cantik serta paduan warna yang sepadan dengan rekabentuknya.
9. Secara peribadi, saya telah mengikuti perkembangan Tehkseven semenjak dari beliau mula-mula menceburkan diri dalam arena rekaan tema dan kebanyakan tema rekaan beliau berkualiti tinggi.
10. Sekiranya anda sudah bosan melihat telefon anda yang kelihatan sama setiap hari, apa kata anda cuba tukar tema telefon anda supaya kelihatan segar dan menarik.
11. Dapatkan tema HTC Hero dari http://www.tehkseven.net . PERCUMA!!!
- Asri al-Baker
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: E52, G810, Idou, InnoV8, KT610, LG, Nokia, S60-3rd, S60-5th, Samsung, Satio, Sony Ericsson, Symbian, Symbianku, Theme
-
Lan
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Lan
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Shinpeng
-
http://www.facebook.com/freestyler.cairo Rahmat Razak

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!