Symbianku.Com kini memiliki Edisi Mobile!
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian!,
1. Sebelum ini, saya merasa agak menyampah nak membaca SymbianKu : Blog Symbian Malaysia (BSM) apabila tidak mengadap PC kerana nak baca isi kesana kemari agak payah dan lembab.
2. Ini kerana, laman sesawang BSM tidak memiliki edisi mobile yang boleh mengesan pelayar web mobile secara automatik.
3. Maka, dengan semangat yang berkobar-kobar, saya pun menghubungi Adli untuk memaklumkan bahawa BSM mestilah memiliki edisi Mobile untuk memudahkan kami berdua khususnya dan pembaca-pembaca umumnya untuk menikmati kandungan BSM walau di mana jua.
4. Adli cakap “Apa lagi bang… Kasi enjutlah….!!!”
5. Maka inilah hasilnya :-

5. Selepas ini, sekiranya anda menggunakan smartphone dan ingin menikmati kandungan BSM sepuas-puasnya, silalah gunakan internet browser dalam smartphone anda untuk melawati http://www.symbianku.com
6. Secara automatik, anda akan dibawa mengunjungi lamansewawang BSM dalam bentuk yang lebih ringan, padat dan lebih mesra pengguna mobile.
7. Sekiranya anda menggunakan Opera Mini, ia juga akan dikesan secara automatik

8. Anda boleh membaca posting, disamping membaca dan menulis komen serta melakukan carian untuk informasi yang spesifik.
9. Selamat mencuba BSM – Edisi Mobile!
- UPDATE oleh AdliAyob -
Sebaik sahaja Asri mengumumkan yang BSM sudah boleh di baca dengan ‘browser’ telefon, saya sangat teruja dan gembira. Di bawah ini dikepilkan gambar screenshot dari 2 peranti Symbian yang berbeza iaitu UIQ3 dan S60-3rd. Saya telah mencubanya dengan Sony Ericsson w960 dan Samsung i8510 Innov8. Memang terdapat ‘problem’ penyesuaian gambar pada ‘default browser’ S60-3rd. Namun seperti kata Asri, kami akan menyelenggarakan masalah ini sebaik mungkin.
Related posts:
Tags: Symbianku
Trackback from your site.
-
jusri
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Mohd Shahrul



November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!