Symbianku.Com berwajah baru
1. Sekiranya anda peminat dan pembaca setia Blog Symbian Malaysia, anda tentu dapat melihat perubahan yang berlaku semenjak seminggu yang lepas.
2. Sempena tahun baru 2010, dan bagi menampung kapasiti pengunjung Symbianku yang semakin meningkat, kami baru sahaja selesai menjalankan proses penaiktarafan Symbianku, bukan sahaja dari segi luaran dan rekabentuknya tetapi sistemnya juga telah dikemaskinikan.
3. Identiti dan jatidiri adalah amat penting. Walaupun Symbianku berbahasa Melayu dan dikendalikan oleh anak Melayu, namun, pengunjung datang melawat dari pelbagai negara.
Antara perkara-perkara yang telah dinaikkan taraf dan ditambah ialah :
a. Enjin WordPress terbaru iaitu versi 2.90
b. Tema WordPress yang lebih menawan dan meruntun jiwa serta lebih mesra pengguna (dengan logo yang lebih “segar” dan tampak anggun)
c. Favicon
d. Sistem komen DISQUS
e. WordPress Mobile Pack (anda akan dapat melayari Symbianku.com sepenuhnya menggunakan telefon pintar atau peranti mudah alih lain, dengan versi mobile yang optimum dan menarik)
f. Dan beberapa perkara lagi di belakang tabir
4. Sehubungan dengan itu, kami memohon kepada para pembaca yang budiman sekalian supaya terus menyokong kami dan meneruskan perbincangan dalam ruang komentar.
5. Sebagai sebuah blog bebas dan tidak disokong oleh mana-mana pihak, kami ingin menyatakan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan peminat yang tidak henti-henti meneruskan sokongan semenjak Blog ini mula ditubuhkan secara rasminya hampir setahun yang lalu.
6. Kami akan teruskan usaha kami membawakan liputan Symbian yang terbaik dan telus serta jujur khusus untuk anda.
7. Sekiranya anda mempunyai cadangan atau komen untuk menambahbaik Blog ini, maka silalah kemukakan kepada kami untuk dipertimbangkan.
8. Nikmatilah beberapa gambar evolusi Symbianku.com untuk tatapan anda :
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Symbianku
Trackback from your site.
-
amier
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker






November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!