Symbian^4 – Nokia Mencadangkan Konsep Antaramuka Baru!
AMARAN KERAS : SEBAHAGIAN ARTIKEL INI MENGGUNAKAN ISTILAH-ISTILAH TEKNIKAL. SEKIRANYA ANDA SEORANG YANG TIDAK CINTAKAN ILMU, SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI ARTIKEL INI!!! Harap Maklum
1. Minggu lepas, hari Jumaat 15 Januari 2009, Yayasan Symbian mengumumkan bahawa Nokia telah menyerahkan cadangan untuk antaramuka (UI) baru yang akan digunakan dalam Symbian^4 (dibaca Symbian Four).
2. Antaramuka baru ini akan menghentikan kompatibiliti semua perisian Symbian yang ada sekarang. Maksudnya, semua perisian perlu dibangunkan semula untuk digunakan dalam Symbian^4.
3. Ini kerana Symbian^4 bakal menyaksikan satu perubahan yang amat besar iaitu keseluruhan antaramuka Symbian akan menggunakan Direct UI sebagai orang tengah antara manusia dengan perkakasan (hardware) telefon pintar.
Manusia -> Direct UI -> Orbit (berasaskan Qt) -> Symbian OS
4. Direct UI akan menggantikan keseluruhan “Avkon UI Framework” yang digunakan oleh Symbian pada masa ini.
5. Ini menjanjikan satu pengalaman baru dalam dunia telefon pintar dan satu anjakan dalam antaramuka telefon pintar khususnya.
Faedah Direct UI
1. Tujuan utama pembaharuan antaramuka untuk Symbian^4 (dan Symbian versi seterusnya) ialah untuk mempermudahkan antaramuka Symbian dan memberikan sentuhan elegan kepadanya.
2. Disamping itu, ia juga meningkatkan dayasaing Symbian dengan menghalakan fokus kepada penstrukturan semula serta memperkenalkan kekuatan serta kelebihan Symbian sebagai sebuah platform.
3. Segala “layout” akan lebih diringkaskan dan dipermudahkan supaya fungsi-fungsi penting yang selalu digunakan dapat dicapai terus tanpa melalui menu yang banyak seperti sekarang (Menu “Options” akan dibuang”).
Sila teliti gambar dan rajah di bawah ini :
- Keseluruhan “layout” diperbaharui
- “Titlebar” di bahagian atas akan menjadi lokasi untuk menu
- “Toolbar” di bahagian bawah akan menempatkan akses terus kepada fungsi-fungsi perisian yang biasa digunakan
- “Context Menu” iaitu tekan lama sedikit akan menampilkan lebih menu (macam “right click” kalau kat komputer)
- “Back button” di sebelah kanan atas, akan menjadi akses kepada “Task Switcher” dan juga “Home”.
- Menu lebih ringkas
- “Toolbar” boleh menempatkan maksimum 4 “shortcuts” kepada fungsi.
- “Dialogs” akan dimunculkan apabila diperlukan di tengah-tengah skrin dengan “background” dikaburkan.
Komen dari saya, Asri al-Baker
1. Rekabentuk UI yang amat menarik sekali. Saya amat teruja melihatnya dan tak sabar nak merasa UI yang sebenar nanti
2. Ringkas dan padat. Mudah untuk mengakses fungsi penting tanpa menu yang berlapis-lapis.
3. Nampak modern dan klasik pada masa yang sama.
4. Sesuai untuk semua golongan kerana navigasinya amat logik.
5. Tiada rupa macam Symbian langsung
. Macam satu UI & OS yang betul-betul baru!
Kesimpulan dan Harapan
1. Kepada pengguna-pengguna Symbian sekalian, paling cepat anda boleh merasa UI baru Symbian^4 ni ialah pada awal tahun 2011 (maaf, bukan 2010 seperti yang saya tuliskan sebelum ini. terima kasih kepada Hisham yang telah menegur typo ini) . Setahun dari sekarang.
2. Oleh itu, jangan peningkan kepala anda kerana ia masih di peringkat terlalu awal. Akan ada banyak perubahan dalam masa setahun.
3. Apa yang dipaparkan disini adalah konsep, dan akan berubah. Jadi sekiranya anda ingin memberi pendapat, silalah beri pendapat yang membina dan mencabar minda.
4. Jika anda ingin turut serta dalam perbincangan bagi menentukan halatuju Symbian^4, anda boleh menyertai “Symbian Developer Forum “.
5. Mari kita sama-sama menunggu dan berharap agar mereka yang terlibat dapat memberikan satu pengalaman baru kepada pencinta Symbian.
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Pengaturcaraan, Symbian, Symbian-Foundation
Trackback from your site.
-
http://ariyon.blogspot.com yonz
-
kerazee_hisham
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
aril






November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!