logo
01
Mar

Symbian^4 – Konsep Antaramuka Photo Gallery dan Homescreen

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Sudah banyak yang diperkatakan mengenai Symbian menjadi sistem operasi terbuka. Ada yang memuji, dan tidak kurang yang mencemuh.

2. Itulah manusia, tidak lari daripada membandingkan antara satu sama lain. Sudah menjadi lumrah manusia agaknya. Apabila ada sesuatu perkara baru, kebiasaannya manusia akan memerhatikan yang buruk dahulu.

3. Maaf kerana membebel sedikit. Disini ada 2 video terbaru yang telah diposkan ke laman Youtube oleh Yayasan Symbian. Video-video ini memberi sedikit gambaran sekali lalu mengenai konsep antaramuka serba baru yang akan diperkenalkan pada Symbian^4 dipenghujung tahun 2010 nanti.

4. Video yang pertama menunjukkan Homescreen. Disini kita dapat perhatikan bahawa Symbian^4 akan menyokong pelbagai Homescreen. Konsep ini bukanlah baru. Kepada pengguna desktop Linux, homescreen ataupun desktop yang banyak, sudah menjadi biasa. Dan dalam arena peranti mudah alih pun, sistem operasi lain seperti Maemo 5, juga menggunakan homescreen yang pelbagai.

5. Video yang kedua menunjukkan konsep antaramuka untuk perisian galeri foto. Agak menarik juga kerana kelihatan Symbian^4 bakal menggunakan perisian foto yang serba baru. Dengan “kinetic scrolling” yang laju dan kesan khas yang tidak nampak janggal.

6. Barang harus diingat, ini bukanlah antaramuka Symbian^4 yang sebenar kerana ini hanyalah konsep sahaja. Mereka masih lagi memperbaiki dan meneruskan usaha untuk mencipta sesuatu yang bukan sahaja baru dan segar, tetapi juga sesuatu yang mudah digunakan dan memiliki ciri-ciri sebuah antaramuka peranti mudah alih moden.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • zul_cool

    wah prototaip punya GUI best2 arap2 nnt yg kuar lagi gnas…

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site