logo
15
Feb

Symbian^3 diumumkan dengan rasminya

Written by asri. Posted in Berita Symbian


Symbian^3 dijangkakan akan lengkap sepenuhnya pada penghujung suku pertama tahun 2010. Telefon pintar Symbian^3 yang pertama dirancangkan akan mula berada dipasaran bermula pada awal suku ketiga tahun ini.

Symbian^3 memiliki ciri-ciri seperti :

- Menyokong HDMI – Pengguna boleh menonton video berkualiti tinggi tanpa menggunakan pemain Blu-Ray, hanya perlu menghubungkan telefon pintar Symbian^3 ke television

- Kedai muzik yang diintegrasikan dengan radio, membolehkan pengguna mengenalpasti sesebuah lagu, dan juga terus membeli lagu tersebut. Memudahkan pembelian lagu terus dari telefon pintar.

- Pengurusan memori yang lebih efisien dan cekap melalui teknologi Writeable Data Paging. Membolehkan lebih banyak perisian berjalan pada masa yang sama serta “multi-tasking” yang lebih cekap.

- Arkitektur grafik 2D dan 3D terbaru untuk pengalaman pengguna yang lebih pantas dan lebih bertindakbalas. Juga pengintegrasian standard industri OpenGL ES yang akan memberikan pengalaman baru dan pergerakan yang lebih menonjol, contohnya, permainan yang lebih mencabar tanpa memperlahankan sistem.

- Sistem arkitektur rangkaian yang jauh kehadapan dan bersedia untuk menerima 4G.

- Satu klik untuk berhubung ke internet dan sentiasa mengekalkan perhubungan dengan rangkaian sosial.

- Antaramuka yang lebih menawan dan dipertingkatkan seperti satu klik, tiada lagi klik dua kali. Juga menyokong “multi-touch” serta peningkatan antaramuka yang lebih fleksibel seperti “visual multitasking”.

- “Homescreen” dipertingkatkan. Kini menyokong lebih banyak homescreen. Kandungan homescreen juga dipertingkatkan.

- Sekiranya anda adalah pengaturcara dan pembangun perisian, kini anda boleh mula membina perisian anda menggunakan Qt yang diintegrasikan dalam Symbian^3. Pada masa yang sama, Symbian^3 juga menyokong perisian lama sehingga S60 3rd Edition FP1.

http://www.youtube.com/v/rdGyZYrix9g

Sumber :

http://www.symbian.org/news-and-media/2010/02/15/symbian-announces-symbian3-and-immediately-gives-it-away

http://blog.symbian.org/2010/02/15/introducing-symbian3-simpler-faster-better/

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site