Symbian Retro – Sony Ericsson BeiBei
1. Tahukah anda, sebelum Sony Ericsson membungkuskan UIQ dan mengharua-hurukan portfolio telefon pintarnya, mereka telah membangunkan beberapa buah prototaip telefon pintar Symbian UIQ 3.1?
2. Tahukah anda, prototaip salah satu telefon-telefon tersebut diberi nama kod BeiBei atau nama hampir rasmiya Sony Ericsson G702?
3. Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik UIQ3 dalam bentuk yang kecil, padat serta menawan.
4. Paduan skrin sentuh dan papan kekunci nombor yang agak selesa dipakai, membuatkan ia kelihatan seperti telefon biasa tetapi berfungsi sebagai sebuah telefon pintar.
5. Dengan prosessor 208 MHz, sama seperti P1i, ia tidaklah memakan bateri sangat. Dan ia juga memiliki memori rawak (RAM) sebanyak 128 MB. Satu jumlah yang amat mencukupi pada masa itu. Tetapi dengan penambahan kapasiti perisian dan fungsi seperti GPS, ditakuti gabungan prosessor 208 MHZ dan RAM 128 MB itu tidak dapat berfungsi dengan baik dalam senario kehidupan sebenar.
6. Ketika ia dibangunkan, khabarnya, pelayar internet Opera Mobile versi 9.5 akan dimasukkan. Ia adalah satu projek yang menetapkan standard internet mudah alih untuk menapak lebih jauh dan lebih mudah digunakan. Dengan pengintegrasian Opera Widget, ia membawa kandungan mudah alih online ke dalam BeiBei dalam bentuk yang menarik. Disamping itu, papan kekunci BeiBei juga digunakan sebagai jalan pintas (dengan ikon tertentu) untuk mengendalikan Opera Mobile 9.5 dengan lebih mudah.
7. BeiBei juga antara telefon pintar Symbian dari Sony Ericsson yang paling awal dirancangkan yang memiliki chip GPS bina dalam.
8. Ia juga didatangkan dengan sebuah stylus yang tidak kelihatan seperti stylus kerana rekabentuknya terlalu comel dan disimpan dalam tempatnya dibawah papan kekunci.
9. Khabarnya juga, ia memiliki antaramuka UIQ3.1 yang dipertingkatkan dan sama dengan UIQ3.1 yang menguasakan G700 dan G900.
10. Walaubagaimanapun, kekecewaan dan kelukaan para pendukung dan kipas-susah-mati UIQ bertambah parah apabila Sony Ericsson memutuskan untuk tidak memasarkan BeiBei atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui.
11. Sony Ericsson juga mengambil langkah drastik dengan membatalkan segala pembangunan peranti UIQ3 yang lain.
12. Malahan, Sony Ericsson turut bersekongkol dengan Motorola untuk membunuh anak syarikatnya sendiri, UIQ Technology, yang membangunkan sistem UIQ semenjak sekian lama.
13. Episod kegagalan UIQ tidak lengkap untuk disebut sekiranya tidak menceritakan mengenai kemungkinan dan konsep-konsep menarik dalam BeiBei.
14. Terimalah… Sony Ericsson BeiBei / G702. Umpama guruh membelah langit, guruh hilang, langit masih disitu…
Rujukan :
- Mobile Review
- SEMC-Blog
- Asri al-Baker, Untuk Symbianku.Com, 6 May 2010
Related posts:
Tags: Sony Ericsson, Symbian, UIQ3
Trackback from your site.
-
amie21
-
Mustapha
-
Anonymous
-
Anonymous






November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!