logo
16
Aug

Symbian Retro – Siemens SX1

Written by asri. Posted in Symbian Retro


1. Jikalau ada anugerah rekabentuk telefon pintar Symbian paling pelik, saya akan memilih telefon ini iaitu model SX1 oleh Siemens.

2. Ia satu-satunya telefon pintar Symbian yang dijual oleh Siemens kepada orang ramai.

3. Terdapat beberapa versi Siemens SX1 yang dipasarkan, antaranya :

- Versi biasa berwarna kelabu
- Versi F1 McLaren berwarna hitam
- Versi lain berwarna merah (Ferrari)

4. Sungguhpun rekabentuknya pelik dengan butang nombor ditepi skrin dan menyusahkan penggunaan terutamanya untuk menaip sms dan mendail nombor, SX1 tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan telefon pintar Symbian yang lain pada masa itu.

5. Ia memiliki kuasa sistem operasi Symbian v6.1 dengan UI Series 60 versi 1.2. Siemens telah mengubahsuai beberapa elemen standard Series 60 pada ketika itu dan meletakkan elemen yang berbeza seperti ikon status rangkaian (network) dan status bateri yang berada di bahagian atas skrin. Siemens meletakkan sesuatu yang berbeza daripada Series 60 biasa dengan menambah sedikit ruang dan meletakkan ikon rangkaian dan networknya sendiri yang tidak kelihatan seperti Series 60 biasa.

6. Kedudukan butangnya yang agak pelik itu sebenarnya turut berfungsi sebagai jalan pintas untuk mengakses fungsi yang tertera di atas skrin. Dengan menekan butang agak lama sedikit, ia akan mengaktifkan jalan pintas yang akan melancarkan perisian yang sepatutnya.

7. SX1 juga memiliki fungsi yang tidak terdapat pada telefon pintar Symbian yang sezaman dengannya iaitu bunyi stereo melalui fon telinga. Ini adalah satu keistimewaan SX1 yang unik sebelum Nokia, melalui N-Gage yang asli, barulah memperkenalkan bunyi stereo fon telinga.

8. SX1 juga antara telefon pintar Symbian Series 60 yang masih memiliki fungsi modem untuk menerima fax. Percaya atau tidak, dengan memasang perisian pihak ketiga yang dinamakan Mobile Fax yang dibangunkan oleh Bitween, SX1 boleh menerima dan menghantar fax dengan syarat melanggan nombor fax bergerak dari telco anda.

9. Disamping itu, ia juga memiliki radio FM, fungsi rakaman video dan menyokong kad memori MMC.

10. Pendekata, kehebatan Siemens SX1 pada ketika itu jauh meninggalkan mana-mana telefon pintar Symbian Series 60 yang dikeluarkan oleh syarikat telefon lain terutamanya Nokia.

11. Nikmatilah serba sedikit gambar kenang-kenangan Siemens SX1 yang memiliki peminatnya yang tersendiri kerana keunikannya, umpama burung merpati yang seakan-akan jinak tetapi tidak mudah untuk didekati.

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site