Symbian Retro – Prototaip Siemens Runster SX2
1. Korang pernah dengar nama telefon pintar Symbian dari Siemens ni? Nama dia memang pelik. Rupa dia lagilah pelik.
2. Telefon pintar Siemens Runster ni juga dikenali sebagai Siemens SX2, mengambil sempena dengan nama abangnya yang telah dikeluarkan iaitu SX1.
3. Walaubagaimanapun, Siemens SX2 Runster ini tidak memasuki pasaran kerana ia hanya dimunculkan untuk beberapa ketika di dalam pameran CeBIT tahun 2005.
4. Sebagaimana dengan Siemens SX1, yang menggunapakai rekabentuk yang pelik dan extreme, prototaip Siemens SX2 ini juga kelihatan seperti datang dari planet Zargus.
5. Dengan nombor kekunci keypadnya yang berpusing dari atas kiri ke tepi kanan, saya dapat bayangkan betapa sukarnya ia untuk digunakan. Tambahan lagi untuk mendail nombor talipon ataupun menaip teks untuk SMS.
6. Ia juga menggunakan sistem operasi yang sama seperti abangnya iaitu Symbian OS v6.1 dengan Series 60 1.2.
7. Dalam sejarah telefon pintar Symbian, Siemens hanya mengeluarkan dan memasarkan satu model sahaja iaitu SX1.
8. Tidak diketahui apakah sebenarnya yang terjadi kepada Runster SX2 kerana ia tidak pernah ditemui di mana-mana selain di ekspo CeBIT 2005.
9. Rekabentuk yang ekstrim seolah-oleh menjadi satu jenama atau “pengenalan” kepada SIemens untuk bersaing dengan pengeluar telefon pintar Symbian yang lain pada masa itu seperti Nokia, Panasonic dan juga Sendo.
10. Walaubagaimanapun, ia sudah menjadi lipatan sejarah dan yang tinggal adalah kenangan untuk generasi akan datang. Sama-samalah nikmati beberapa keping foto Siemens Runster SX2! – Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.
Related posts:
Tags: Prototype, Retro, S60, Siemens, Symbian
Trackback from your site.












November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!