Symbian Antara Fiksyen dan Sains: Teknologi DLNA Pada Masa Hadapan.
Seorang sahabat telah menulis komentar di blog ini tentang kebolehan Sony Ericsson P990i meletupkan bom dan menghidupkan kipas angin dan semua itu berlaku dalam sebuah filem.
Saya juga pernah menonton filem bertajuk ‘Die Hard’ yang mana filem ini juga menggunakan telefon Symbian, yang dikendalikan oleh seorang penggodam (maksudnya ‘hacker’. Saya perlu memasukkan perkataan sebenar dalam Bahasa Inggeris dan juga ‘menyengetkan’nya. Jika tidak, seorang ‘remaja genius’ akan menghentam saya dalam blog beliau) secara efisyen dan cekap. Penggodam ini mampu mengawal hampir keseluruhan sistem keselamatan dengan hanya menggunakan telefon Symbian.
Begitu juga apabila saya menyaksikan sebuah telefon Symbian beraksi dalam filem ‘District 9′, saya merasa teruja dan bangga. Namun, disebabkan filem-filem ini bersifat ‘fiksyen’, maka kebanyakkan kita akan melabelkan ianya ‘tidak masuk akal’, ‘plastik’ atau ‘temberang’.
Kata saudara Asri, “Kita selaku ‘kipas-susah-mati’ (die-hard-fan) Symbian, segala yang berkaitan Symbian akan menyebabkan kita sensitif”. Namun, perasankah kita yang kebanyakkan fiksyen telahpun berlaku dewasa ini sehingga menyebabkan kita terpukau dan menyayangi teknologi?
Sebelum itu, mari kita lihat senario ini:
1. Rakan saya, Encik Suzalimaru telah membeli kereta baru Perodua Myvi. Dia mengawal audio keretanya dengan Sony Ericsson P1i dengan bantuan teknologi Bluetooth. Beliau tidak perlu mengharapkan kepada CD atau kaset untuk menikmati lagu-lagu kegemarannya. Semuanya telahpun di simpan dalam SE P1i dan hanya menunggu untuk diaktifkan!
2. Sepupu saya sangat terkejut bila saya mendemonstrasikan haluan perjalanan mengunakan perisian Garmin pada Samsung Innov8 saya. Beliau tidak henti bertanya tentang bagaimana logiknya telefon saya mampu mengesan kelajuan kereta dan meramalkan masa ketibaan ke destinasi. Lebih memeranjatkan beliau, Garmin turut mengesan perangkap had laju disepanjang perjalanan!
3. Sewaktu saya menggunakan Nokia 3230 dahulu, seorang rakan melahirkan kekaguman beliau tentang cara saya menyambung ke talian internet dengan membuatkan telefon tersebut menjadi modem dan menyesuaikannya dengan ‘bluetooth’ pada laptop saya.
4. Seorang pelancong dari Copenhagen telah terpukau dengan fakta-fakta tentang negaranya dari seorang rakyat Malaysia yang berada disebelahnya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah. Ini kerana ‘orang Malaysia’ tersebut telah menunjukkan semua fakta penting Denmark pada telefon Nokia N70 yang dikendalikan dalam mod penerbangan tanpa bantuan penyambungan internet. Perisian yang digunakan ialah ‘FactBook’ dan sayalah orang yang bertanggungjawab memasukkan perisian tersebut ke telefon N70nya itu.
5. Seorang pelancong telah sesat mencari perhentian bas utama di Bandar Semporna, Sabah. Lantas beliau bertanyakan arah kepada kawan saya, Encik TurboRun. Tanpa banyak cakap, TurboRun mengaktifkan ‘Google Maps’ pada telefon Nokia 6120 Classic dan menunjukkan arah yang betul. Pelancong tersebut tersenyum dan menuturkan kata-kata Sepanyol mengetawakan diri sendiri. Jika ianya telenovela, maka ‘subtitle’nya akan ditulis begini: “Ya, sepatutnya saya tahu dan tidak perlu bertanyakan kepada anda”. TurboRun dengan pantas menjawab: “Si. Muchas Grasias Duktur”.
6. Minggu lepas, sekumpulan ahli korporat dari Kuala Lumpur dan Hong Kong telah mengikuti saya ke Pulau Sipadan, Sabah. Dalam perjalanan, seorang dari mereka telah bertanyakan tentang nama-nama ikan di perairan Semporna kepada saya. Lalu saya demonstrasikan persembahan slaid pada telefon SE w960 saya. Beliau membalas: “Cool. You load everything inside your phone. How convenient!”.
7. Setiap kali saya mengendalikan ‘PowerPoint’ pada mana-mana majlis, semua orang akan bertanyakan tentang telefon Panasonic X800 saya kerana telefon tersebut berada ditangan disepanjang taklimat dan mereka kagum bagaimana saya mengawal slaid dengan hanya sebuah telefon yang agak uzur tanpa perlu pembantu atau berjalan menuju ke laptop untuk proses tersebut.
Berikut merupakan 3 perkara ajaib yang berkait terus dengan Symbian dan ianya bukanlah fiksyen! Salah satu daripadanya ialah teknologi DLNA yang terdapat pada model-model telefon Symbian terkini. Mungkin juga setelah anda membacanya, anda akan berfikir dua kali sebelum menuduh sesebuah filem ““Ahh, pembohong betul cerita ni. Boleh pula dia tembak guna handphone sahaja. Mustahil!”.
Sony Ericsson P1i Mampu Mengawal Kereta SAAB.

Demonstrasi ini berlaku pada British International Motor Show, 23 Julai hingga 3 Ogos 2008 tahun lepas. Blog terhebat Symbian UIQ (milik Encik Asri Al-Baker) telahpun menyiarkan berita ini dahulu siap dengan pautan video temuramah sessi demonstrasi tersebut.
Ia mengisahkan bagaimana Sony Ericsson bersama syarikat pengeluar kereta SAAB telah bergabung kepakaran dan menciptakan pengalaman baru dalam pengendalian kereta penumpang komersil.
Dengan hanya menggunakan P1i, anda boleh mengawal lampu hadapan, isyarat kiri-kanan, mengubah kedudukan kerusi, mengunci kenderaan dan banyak lagi. Menariknya, ‘User-Interface’ UIQ3 juga dilakarkan pada salah satu panel kereta ini bertujuan memudahkan anda mengendalikan aktiviti komunikasi! Lihat sendiri gambar di bawah ini:

Perkara ini benar-benar menunjukkan yang ‘teknologi James Bond’ sudah sampai ke era ini. Bagaimana? anda sudah bersedia mengawal kereta Proton anda dengan Symbian? Bagi saya ia akan lebih menyusahkan kerana TELEFON YANG ANDA PEGANG akan di’cam’ oleh pencuri kereta! Pada waktu itu, kunci kereta tidak akan berguna lagi.
Kereta Permainan Dikawal Dengan Bluetooth.
Saya memang meminati kereta (permainan) kawalan jauh. Tapi saya sangat menyukai kereta Sony Ericsson Car100 kerana ia boleh dikawal dengan mana-mana telefon Symbian saya! Kadang-kadang saya terfikir, mengapa pembuat permainan seperti Tamiya, Auldey, Mattel dan Matchbox tidak mengeluarkan kereta seperti ini sedangkan hampir semua orang memiliki telefon dengan teknologi Bluetooth sekarang ini?
DLNA – Digital Living Network Alliance.
Ini merupakan perkara besar yang akan popular dalam 2 tahun lagi. Mengapa 2 tahun lagi? kerana perkataan ‘DLNA‘ ini sendiri pun masih lagi asing bagi kita. Secara teorinya, dengan DLNA, anda boleh mengawal mesin basuh, televisyen, set radio mini kompo, kipas angin, pendingin hawa dan banyak lagi peralatan rumah dengan hanya menggunakan sebuah telefon Symbian!
Kepada pemilik telefon Symbian Samsung Innov8, i7110 dan i8910 (Omnia HD) mungkin perasan tentang perkataan ‘DLNA’ pada bahagian belakang telefon anda. Berbeza dengan pengawalan ‘Bluetooth’, DLNA menggunakan teknologi WiFi (WLAN) untuk menyambung dengan pelbagai peralatan yang disebutkan. Kemudahan DLNA pada telefon Symbian hanya anda boleh nikmati (sekarang ini) jika memiliki set ‘Televisyen DLNA’ terkini buatan Samsung, Pioneer, Philips atau Sony.
Begitu juga dengan konsol permainan Playstation 3 atau Xbox 360. Anda boleh mengawal ‘game’ dengan telefon anda tanpa bantuan ‘joystick’. Hebat kan DLNA ni?
Telefon Symbian dari model Samsung bukanlah yang pertama mendapat pengiktirafan selaku peranti yang menyokong DLNA. Model pertama Symbian ‘DLNA Certified’ ialah N95-8Gb. Anda boleh membaca artikel tentang N95-8Gb di SINI (http://www.symbian-freak.com/news/008/01/nokia_n95_8gb_first_dlna_mobile.htm) atau di SINI (http://www.nokia.com/press/press-releases/showpressrelease?newsid=1183496).
Selain ianya canggih, ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Symbian merupakan peneraju utama dalam teknologi komunikasi dunia!
Logik Di Sebalik Teknologi Ini.
Semuanya berkaitan dengan imiginasi dan pengaturcaraan. Seperti teknologi bluetooth yang telah disebutkan diatas, ia boleh dicapai dengan menulis pengaturcaraan menggunakan bahasa Symbian C++.
Sebagai alternatif, J2ME juga mampu menghasilkan pelbagai teknologi ‘kawalan jauh’ jika sokongan ‘framework’ dan ‘API’ berjaya anda kendalikan pada peringkat awal penulisan perisian. Misalnya perisian ‘Bluetooth Remote Control’ yang saya gunakan pada Panasonic X800 tadi ditulis dalam Java J2mE.
Ada juga pengaturcara pernah membuktikan aplikasi ‘accelerometer’ untuk mengawal kereta permainan berasaskan bahasa pengaturcaraan PyS60 (Python).

Teknologi GPS/AGPS sebenarnya baru wujud pada peringkat ‘bayi’ lagi pada telefon Symbian. Suatu hari nanti jika ia benar-benar telah matang (dan dieksploitasi sepenuhnya), jangan katakan anda boleh mengawal satelit mengikut kehendak anda (macam cerita wayang), lebih dari itu, anda mungkin boleh ‘mendaratkan’ stesen angkasa ISS di padang sekolah anda! Hehehe.
Segala kemungkinan bakal terjadi akibat imiginasi manusia yang tidak terbatas. Sekarang ini pun anda boleh menjejaki lokasi rakan anda hanya melalui sebuah telefon yang tersimpan rapi di dalam poketnya.
Akhir sekali, percayakan anda jika saya katakan yang telefon Symbian boleh mengaktifkan bom pada jarak 30 – 100 meter? Hehehe, jika saya buktikan kepada anda, maka mulai esok, saya tidak akan mampu lagi mengendalikan Blog Symbian Malaysia. Fiksyen? entahlah. Kerja saya menulis di blog dan bukannya seorang pengganas
Related Posts :
-
Pengumuman! Senarai Model-Model Telefon Symbian pada blog ini telah dikemaskini sebentar tadi. Sila lawatinya dan ia sangat sesuai untuk rujuk …
-
Artikel ini adalah BAHAGIAN 2 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian yang lain, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini:
1. Symbian 101: Bag …
-
1. Ini ada satu lagi video yang menunjukkan kebarangkalian rupabentuk antaramuka Symbian di masa akan datang.
2. Untuk pengetahuan anda, vi …
-
1. Antara telefon pintar Symbian yang ditunggu-tunggu oleh kipas-susah-mati Symbian ialah Satio dari Sony Ericsson.
2. Ia menggunakan S60 5 …
-
1. Tak tau nak tulis apa untuk N97 Mini ni.
2. Korang tengok je lah video ni. Boleh? ;-)
3. Ada 1 lagi video N97 mini yang aku ambik, t …
-
ohmerah
-
suzalimaru
-
Lan
-
adliayob
-
HISHAM
-
HISHAM
-
adliayob





