logo
20
Oct

Symbian Antara Fiksyen dan Sains: Teknologi DLNA Pada Masa Hadapan.

Written by adliayob. Posted in Tutorial Symbian


saab-p1i-05

Seorang sahabat telah menulis komentar di blog ini tentang kebolehan Sony Ericsson P990i meletupkan bom dan menghidupkan kipas angin dan semua itu berlaku dalam sebuah filem.

Saya juga pernah menonton filem bertajuk ‘Die Hard’ yang mana filem ini juga menggunakan telefon Symbian, yang dikendalikan oleh seorang penggodam (maksudnya ‘hacker’. Saya perlu memasukkan perkataan sebenar dalam Bahasa Inggeris dan juga ‘menyengetkan’nya. Jika tidak, seorang ‘remaja genius’ akan menghentam saya dalam blog beliau) secara efisyen dan cekap. Penggodam ini mampu mengawal hampir keseluruhan sistem keselamatan dengan hanya menggunakan telefon Symbian.

Begitu juga apabila saya menyaksikan sebuah telefon Symbian beraksi dalam filem ‘District 9′, saya merasa teruja dan bangga. Namun, disebabkan filem-filem ini bersifat ‘fiksyen’, maka kebanyakkan kita akan melabelkan ianya ‘tidak masuk akal’, ‘plastik’ atau ‘temberang’.

Kata saudara Asri, “Kita selaku ‘kipas-susah-mati’ (die-hard-fan) Symbian, segala yang berkaitan Symbian akan menyebabkan kita sensitif”. Namun, perasankah kita yang kebanyakkan fiksyen telahpun berlaku dewasa ini sehingga menyebabkan kita terpukau dan menyayangi teknologi?

Sebelum itu, mari kita lihat senario ini:

1. Rakan saya, Encik Suzalimaru telah membeli kereta baru Perodua Myvi. Dia mengawal audio keretanya dengan Sony Ericsson P1i dengan bantuan teknologi Bluetooth. Beliau tidak perlu mengharapkan kepada CD atau kaset untuk menikmati lagu-lagu kegemarannya. Semuanya telahpun di simpan dalam SE P1i dan hanya menunggu untuk diaktifkan!

2. Sepupu saya sangat terkejut bila saya mendemonstrasikan haluan perjalanan mengunakan perisian Garmin pada Samsung Innov8 saya. Beliau tidak henti bertanya tentang bagaimana logiknya telefon saya mampu mengesan kelajuan kereta dan meramalkan masa ketibaan ke destinasi. Lebih memeranjatkan beliau, Garmin turut mengesan perangkap had laju disepanjang perjalanan!

3. Sewaktu saya menggunakan Nokia 3230 dahulu, seorang rakan melahirkan kekaguman beliau tentang cara saya menyambung ke talian internet dengan membuatkan telefon tersebut menjadi modem dan menyesuaikannya dengan ‘bluetooth’ pada laptop saya.

4. Seorang pelancong dari Copenhagen telah terpukau dengan fakta-fakta tentang negaranya dari seorang rakyat Malaysia yang berada disebelahnya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah. Ini kerana ‘orang Malaysia’ tersebut telah menunjukkan semua fakta penting Denmark pada telefon Nokia N70 yang dikendalikan dalam mod penerbangan tanpa bantuan penyambungan internet. Perisian yang digunakan ialah ‘FactBook’ dan sayalah orang yang bertanggungjawab memasukkan perisian tersebut ke telefon N70nya itu.

5. Seorang pelancong telah sesat mencari perhentian bas utama di Bandar Semporna, Sabah. Lantas beliau bertanyakan arah kepada kawan saya, Encik TurboRun. Tanpa banyak cakap, TurboRun mengaktifkan ‘Google Maps’ pada telefon Nokia 6120 Classic dan menunjukkan arah yang betul. Pelancong tersebut tersenyum dan menuturkan kata-kata Sepanyol mengetawakan diri sendiri. Jika ianya telenovela, maka ‘subtitle’nya akan ditulis begini: “Ya, sepatutnya saya tahu dan tidak perlu bertanyakan kepada anda”. TurboRun dengan pantas menjawab: “Si. Muchas Grasias Duktur”.

6. Minggu lepas, sekumpulan ahli korporat dari Kuala Lumpur dan Hong Kong telah mengikuti saya ke Pulau Sipadan, Sabah. Dalam perjalanan, seorang dari mereka telah bertanyakan tentang nama-nama ikan di perairan Semporna kepada saya. Lalu saya demonstrasikan persembahan slaid pada telefon SE w960 saya. Beliau membalas: “Cool. You load everything inside your phone. How convenient!”.

7. Setiap kali saya mengendalikan ‘PowerPoint’ pada mana-mana majlis, semua orang akan bertanyakan tentang telefon Panasonic X800 saya kerana telefon tersebut berada ditangan disepanjang taklimat dan mereka kagum bagaimana saya mengawal slaid dengan hanya sebuah telefon yang agak uzur tanpa perlu pembantu atau berjalan menuju ke laptop untuk proses tersebut.

Berikut merupakan 3 perkara ajaib yang berkait terus dengan Symbian dan ianya bukanlah fiksyen! Salah satu daripadanya ialah teknologi DLNA yang terdapat pada model-model telefon Symbian terkini. Mungkin juga setelah anda membacanya, anda akan berfikir dua kali sebelum menuduh sesebuah filem ““Ahh, pembohong betul cerita ni. Boleh pula dia tembak guna handphone sahaja. Mustahil!”.

Sony Ericsson P1i Mampu Mengawal Kereta SAAB.

saab-p1i-02
Demonstrasi ini berlaku pada British International Motor Show, 23 Julai hingga 3 Ogos 2008 tahun lepas. Blog terhebat Symbian UIQ (milik Encik Asri Al-Baker) telahpun menyiarkan berita ini dahulu siap dengan pautan video temuramah sessi demonstrasi tersebut.

Ia mengisahkan bagaimana Sony Ericsson bersama syarikat pengeluar kereta SAAB telah bergabung kepakaran dan menciptakan pengalaman baru dalam pengendalian kereta penumpang komersil.

Dengan hanya menggunakan P1i, anda boleh mengawal lampu hadapan, isyarat kiri-kanan, mengubah kedudukan kerusi, mengunci kenderaan dan banyak lagi. Menariknya, ‘User-Interface’ UIQ3 juga dilakarkan pada salah satu panel kereta ini bertujuan memudahkan anda mengendalikan aktiviti komunikasi! Lihat sendiri gambar di bawah ini:

saab-p1i-01
Perkara ini benar-benar menunjukkan yang ‘teknologi James Bond’ sudah sampai ke era ini. Bagaimana? anda sudah bersedia mengawal kereta Proton anda dengan Symbian? Bagi saya ia akan lebih menyusahkan kerana TELEFON YANG ANDA PEGANG akan di’cam’ oleh pencuri kereta! Pada waktu itu, kunci kereta tidak akan berguna lagi. :)

Kereta Permainan Dikawal Dengan Bluetooth.

Saya memang meminati kereta (permainan) kawalan jauh. Tapi saya sangat menyukai kereta Sony Ericsson Car100 kerana ia boleh dikawal dengan mana-mana telefon Symbian saya! Kadang-kadang saya terfikir, mengapa pembuat permainan seperti Tamiya, Auldey, Mattel dan Matchbox tidak mengeluarkan kereta seperti ini sedangkan hampir semua orang memiliki telefon dengan teknologi Bluetooth sekarang ini?

saab-p1i-06

DLNA – Digital Living Network Alliance.

Ini merupakan perkara besar yang akan popular dalam 2 tahun lagi. Mengapa 2 tahun lagi? kerana perkataan ‘DLNA‘ ini sendiri pun masih lagi asing bagi kita. Secara teorinya, dengan DLNA, anda boleh mengawal mesin basuh, televisyen, set radio mini kompo, kipas angin, pendingin hawa dan banyak lagi peralatan rumah dengan hanya menggunakan sebuah telefon Symbian!

Kepada pemilik telefon Symbian Samsung Innov8, i7110 dan i8910 (Omnia HD) mungkin perasan tentang perkataan ‘DLNA’ pada bahagian belakang telefon anda. Berbeza dengan pengawalan ‘Bluetooth’, DLNA menggunakan teknologi WiFi (WLAN) untuk menyambung dengan pelbagai peralatan yang disebutkan. Kemudahan DLNA pada telefon Symbian hanya anda boleh nikmati (sekarang ini) jika memiliki set ‘Televisyen DLNA’ terkini buatan Samsung, Pioneer, Philips atau Sony.

Begitu juga dengan konsol permainan Playstation 3 atau Xbox 360. Anda boleh mengawal ‘game’ dengan telefon anda tanpa bantuan ‘joystick’. Hebat kan DLNA ni?

Telefon Symbian dari model Samsung bukanlah yang pertama mendapat pengiktirafan selaku peranti yang menyokong DLNA. Model pertama Symbian ‘DLNA Certified’ ialah N95-8Gb. Anda boleh membaca artikel tentang N95-8Gb di SINI (http://www.symbian-freak.com/news/008/01/nokia_n95_8gb_first_dlna_mobile.htm) atau di SINI (http://www.nokia.com/press/press-releases/showpressrelease?newsid=1183496).

Selain ianya canggih, ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Symbian merupakan peneraju utama dalam teknologi komunikasi dunia!

saab-p1i-04

Logik Di Sebalik Teknologi Ini.

Semuanya berkaitan dengan imiginasi dan pengaturcaraan. Seperti teknologi bluetooth yang telah disebutkan diatas, ia boleh dicapai dengan menulis pengaturcaraan menggunakan bahasa Symbian C++.

Sebagai alternatif, J2ME juga mampu menghasilkan pelbagai teknologi ‘kawalan jauh’ jika sokongan ‘framework’ dan ‘API’ berjaya anda kendalikan pada peringkat awal penulisan perisian. Misalnya perisian ‘Bluetooth Remote Control’ yang saya gunakan pada Panasonic X800 tadi ditulis dalam Java J2mE.

Ada juga pengaturcara pernah membuktikan aplikasi ‘accelerometer’ untuk mengawal kereta permainan berasaskan bahasa pengaturcaraan PyS60 (Python).

saab-p1i-03
Teknologi GPS/AGPS sebenarnya baru wujud pada peringkat ‘bayi’ lagi pada telefon Symbian. Suatu hari nanti jika ia benar-benar telah matang (dan dieksploitasi sepenuhnya), jangan katakan anda boleh mengawal satelit mengikut kehendak anda (macam cerita wayang), lebih dari itu, anda mungkin boleh ‘mendaratkan’ stesen angkasa ISS di padang sekolah anda! Hehehe.

Segala kemungkinan bakal terjadi akibat imiginasi manusia yang tidak terbatas. Sekarang ini pun anda boleh menjejaki lokasi rakan anda hanya melalui sebuah telefon yang tersimpan rapi di dalam poketnya.

Akhir sekali, percayakan anda jika saya katakan yang telefon Symbian boleh mengaktifkan bom pada jarak 30 – 100 meter? Hehehe, jika saya buktikan kepada anda, maka mulai esok, saya tidak akan mampu lagi mengendalikan Blog Symbian Malaysia. Fiksyen? entahlah. Kerja saya menulis di blog dan bukannya seorang pengganas 8)

saab-p1i-07

Demonstrasi pengawalan kereta dengan peranti Symbian. Klik untuk gambar yang lebih besar.

Related posts:

Tags: , , , , , ,

Trackback from your site.

  • HISHAM

    @En Adli

    Kembang kempis hidung Jawa sy ni menahan perasaan bangga apabila komentar sy yg sekecil dan seringkas itu menjadi perhatian En Adli sehingga disebut dlm artikel ini.

    Berdasarkan info dan artikel dr Symbianku.com,sy melihat potensi Symbian mmg tiada batas.Sentiasa berevolusi.Hampir tiada apa yg mustahil.Kebanyakan filem Hollywood terkini telah menggantikan “laptop” dgn peranti Symbian sbgi ikon teknologi.Kagum juga sewaktu menonton filem Die Hard 4.0 apabila si hacker hanya guna Nokia 9300 utk capaian ke satelit dan bwt mainframe hacking.Si terrorist pula guna Nokia N90 dlm operasinya.Kekaguman sy bertambah lg setelah membace info dan artikel di Symbianku yg mengesahkan itu semua tidak mustahil.

    Kini sy akan lebih yakin utk mematahkan ayat klise sahabat sy ““Ahh, pembohong betul cerita ni. Boleh pula dia tembak guna handphone sahaja. Mustahil!” dgn ayat “Kau percaye x En Adli pengasas Symbianku tu bleh letupkan bom gune hphone Symbian die dlm jarak 30-100 meter?”

    Utk pengetahuan En Adli,sy baru sahaja selesai gune perisian Mobile Banking-utk transfer wang dgn cara akses dan mengawal “mesin ATM” menggunakan E71 sebaik adik tersayang di kolej call sy utk mohon bantuan kemanusiaan kpd beliau,he3!

    Terima kasih bnyk atas info Symbian dlm bahasa Melayu yg jelas dan mudah difahami oleh seorang lulusan SPM dan tiada latarbelakang IT mahupun bahasa pengaturcaraan seperti sy.Keep it up!

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Hisham,

    Ayat “Kau percaye x En Adli pengasas Symbianku tu bleh letupkan bom gune hphone Symbian die dlm jarak 30-100 meter?” menunjukkan yang musuh telah menghampiri saya!

    Fuhh… hati-hati bang tulis statement. Nanti saya tak pasal-pasal jadi ‘Enemy Of The State’ karang. Atau pun pihak FBI akan melabelkan Symbianku ni blog terrorist pulak. Adoiii.. sapa laaa nak jaga anak-anak aku nanti :(

  • HISHAM

    @En Adli

    Hehehe! Maaf dipinta En Adli,sy tarik blk statement sy tu.tiba-tiba teringat filem “Eagle Eye” lakonan Shia LeBeouf
    Semoga En Adli dan keluarga diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup,Amin.

  • Lan

    Tp skrg dlm cite wyg diorg byk guna iphone lah plak..

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Lan

    Memang betul ko cakap sebab US kan diaorang ni. Terpaksalah menaikkan jenama US jugak seperti Blackberry dan iPhone. Kalau dalam filem, semua efek multimedia diaorang boleh buat. Termasuk jugaklah sebagaimana saya menciptakan ‘perisian khas’ berdasarkan Flash dan memainkannya dengan telefon Symbian demi memenangi hati client dan menampakkan yang company saya ni canggih.

    Bab iPhone, terus-terang saya tak berani kutuk sebab ia membawa perubahan. Bayangkanlah sebuah syarikat berpaksikan KOMPUTER selama ini tiba-tiba dapat menciptakan sebuah telefon yang menyokong multitouch, tanpa stylus dan berintegrasi terus dengan ‘server’ (Apple Store). Kadang-kadang saya terfikir jugak, apa yang Motorola, Nokia dan Sony Ericsson buat selama ini? takkan diaorang tak terfikir langsung nak buat macam yang Apple buat?

    Tapi, itulah, saya dan Asri masih bersedih atas ‘kematian’ UIQ. Kalau diikutkan, UIQ4 power beb!!!

  • suzalimaru

    …………..sedih,P1 bole kawal SAAB.aku ‘konpaku’ sekali pun uiq tak mungkin idup semula.tak da ka mana-mana kompeni yg bole regenerate uiq.satu-satunya o.s talipun yg terpilih utk mengawal kreta canggih

  • http://inertz.com/2009/10/sony-ericsson-aino-kini-boleh-didapati-di-malaysia/ Sony Ericsson Aino kini boleh didapati di Malaysia | inertz.com

    [...] Salah satu ciri menarik telefon ini adalah DLNA.  DLNA membolehkan telefon disambungkan dengan perkakasan lain melalui Wifi. Penerangan lebih bolehlah meruju kepada blog symbianku. [...]

  • http://ohmerah.com ohmerah

    waa. sampai macam tu sekali..

  • http://www.symbianku.com/desas-desus-lg-svelte-bolt/ Desas-Desus: LG SVELTE BOLT « Symbian Ku

    [...] sahaja teknologi seperti WiFi, DLNA, GPS, ‘Flash-Support’ dalam Browser, pengendalian ‘PowerPoint’ secara [...]

  • http://www.symbianku.com/samsung-i8910hd-lawan-nokia-n8-pusingan-pertama/ Samsung i8910HD lawan Nokia N8 – Pusingan Pertama. | SymbianKu

    [...] WiFi dengan sokongan teknologi DLNA. [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site