Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
Artikel ini adalah BAHAGIAN 4 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian 1, 2 & 3, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini:
1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.
2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian.
3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
5. Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS).
6. Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community).
7. Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature).
Sebagaimana yang telah diketahui, Symbian OS merupakan CORE (teras) kepada penghasilan sebuah peranti Symbian. Jesteru, selaku pembangun perisian (programmer) anda mestilah terlebih dahulu memahami asas ‘Symbian OS’ sebelum memilih ‘UI Platform’ yang anda sasarkan. Ketika ini, sebenarnya anda tidak ada lain pilihan kecuali untuk membangunkan perisian Symbian pada platform S60-3rd atau S60-5th sahaja.
Jadi sebelum saya menyentuh tentang IDE (Integrated Development Environtment) dan seterusnya kepada pemilihan bahasa pengaturcaraan, kita berkenalan dahulu tentang – ‘Bagaimana untuk mencipta sebuah telefon Symbian’. Untuk itu, saya telah pecahkan kepada 4 aras pemahaman tentang senibina (architecture) telefon Symbian seperti di bawah ini:

1. Memahami HARDWARE Dalam Pembentukan Peranti Symbian.
Menurut Frank H.P. Fitzek dan Frank Reichert dalam buku ‘Mobile Phone Programming And Its Application To Wireless Networking’, bahagian ‘hardware’ sebuah telefon moden dipecahkan kepada 3 bahagian besar iaitu:
a) Built-in Resources (Sumber-sumber Terbina)
b) Communication Interface (Antaramuka Komunikasi)
c) User Interface (Antaramuka Pengguna)

Perkara yang penting untuk pemahaman anda adalah CPU yang berada di ‘Built-in Resources’. CPU (atau processor) adalah perkara terpenting dalam pembentukan sesebuah peranti berkomputer. Dan seperti sebuah komputer juga, peranti Symbian menggunakan CPU dari jenis senibina ARM.
1.1 Senibina ARM.
Syarikat ARM Limited merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan CPU ARM dan garis panduan senibina CPU berasaskan ARM (ARM Architecture Licence). Ini bermaksud selain syarikat ARM Limited, terdapat syarikat-syarikat lain yang membangunkan CPU ARM seperti Intel, Conexant, Marvell, DEC, Qualcomm, Samsung, ST Microelectronics, Texas Instruments, Broadcom dan Cirrus Logic.
Contoh CPU ARM adalah: ARM6, ARM7, ARM9, ARM11, Cortex, DEC StrongARM, Marvell XScale, ST-Ericsson NOMADIK, Qualcomm Snapdragon dan TI OMAP. Untuk lebih memahaminya, kita lihat 3 peranti Symbian terbaru iaitu:
a) Nokia N97 – CPU ARM11 434mHz, 128Mb RAM
b) Samsung i8910 HD – TI-OMAP 3430 600mHz, 256Mb RAM
c) SonyEricsson Satio – CPU ARM Cortex-A8 600 MHz, 128Mb RAM
Samsung i8910HD menggunakan CPU TI-OMAP manakala SonyEricsson Satio menggunakan CPU ARM Cortex-A8. Walaupun berbeza jenama, namun kedua-duanya menggunakan senibina yang sama. Oleh sebab itu, kedua-dua peranti ini berjaya menggunakan Symbian selaku ‘Operating System’ mereka. Lihat gambarajah di bawah ini untuk lebih memahami CPU ARM:

1.2 Storan, RAM dan Bateri.
Terdapat 4 jenis storan dalam senibina peranti Symbian iaitu ROM, RAM, Phone Memory dan Memory Card.
ROM wujud dalam keadaan hardware berbentuk ‘chip’. Maklumat dalam ROM biasanya kekal dan disinilah OS Symbian, drivers, libraries, software dan lain-lain data untuk sesebuah model telefon disimpan. Maklumat tentang FIRMWARE juga disimpan di sini. ROM hanya boleh ditulis semula apabila anda melakukan proses ‘upgrade’ firmware seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Selain menggunakan NSU, ROM telefon Symbian juga boleh di godam (hack) dengan pelbagai cara. Namun saya tidak boleh menyatakan cara-caranya pada artikel ini. Kedai-kedai telefon (atau pusat servis) menggunakan ‘hardware’ khas untuk mengubah maklumat ROM pada telefon. ‘Hardware’ ini digelar ‘service / flash box’. Contohnya Griffin-box dan MT-Box. Anda boleh memerhatikan kandungan ROM telefon pada perisian ‘file-manager’ seperti X-Plore, Y-Browser atau ActiveFile. ROM ditandakan sebagai ‘Z:’

RAM pada telefon Symbian biasanya dari jenis ‘SD-Ram’. Sama seperti sebuah komputer, RAM bertugas sebagai ‘ruang sementara’ untuk menempatkan data apabila sesebuah perisian dijalankan. Kebanyakkan telefon Symbian memiliki lebih 32Mb Ram (Nokia N95 = 64Mb Ram). Sesetengah peranti Symbian terbaru dilengkapkan dengan 128Mb dan ada juga 256Mb. Kegagalan RAM dapat dirasakan apabila telefon anda ‘lembab’, ‘lambat’, ‘restart’ atau ‘hang’. Untuk mencipta sebuah perisian yang baik, anda perlulah mengambilkira kelemahan RAM yang ada pada kebanyakkan model Symbian. Cuba ciptakan ianya tidak menggunakan lebih dari 3Mb RAM. Contoh perisian yang gagal termasuklah ‘SkyFire’ yang menggunakan banyak ruang RAM! Anda perlu berhati-hati kerana bukan semua telefon Symbian dilengkapkan dengan 128Mb RAM! Dan malang sekali dalam senibina telefon – RAM tidak boleh dipertingkatkan sesuka hati.

Phone-Memory merujuk kepada ruang simpanan kekal yang terdapat pada ‘badan’ telefon. Lawan kepadanya ialah ‘Memory-Card’. Jika anda menciptakan sebuah perisian yang ada kena-mengena dengan ‘Communication-Interface’, maka laluan pemasangan perisian tersebut mestilah disasarkan ke dalam ‘Phone-Memory’. Sebaliknya jika anda mencipta sebuah ‘game’ yang sarat dengan grafik, level, video dan audio maka laluan pemasangannya mesti disasarkan kepada ‘Memory-Card’. Dalam banyak-banyak hardware yang wujud dalam senibina Symbian – hanya Memory-Card sahaja yang boleh dipertingkatkan!

Ukuran ‘mAh’ digunakan untuk mengetahui kekuatan atau ketahanan bateri pada telefon. Lebih banyak nombor ‘mAh’ – maka lebih tahan bateri tersebut. Sebagai contoh, bateri Nokia E71 mempunyai tenaga 1500 mAh. Itulah sebabnya ia mampu bertahan sehingga 4 hari sebelum dicas semula. Apabila mencipta sesebuah perisian, anda disaran untuk tidak menggunakan tenaga bateri secara berlebihan. Sebagai contoh, ‘game’ yang dicipta untuk ‘single-player’ kurang menggunakan tenaga berbanding ‘multi-player’. Itulah sebabnya genre MMOG (Massive-Multiplayer Online Game) tidak popular pada Symbian berbanding Windows.

1.3 ‘Communication Interface’ dan ‘User Interface’.
Apabila anda menulis sebuah perisian menggunakan C++, terdapat arahan-arahan spesifik untuk menggunakan kemudahan ‘Communication Interface’ seperti ‘GSM cell ID’, ‘Infrared’, ‘Bluetooth’ dan ‘WLAN’. Begitu juga dengan ‘User Interface’. Anda perlu bijak untuk menggunapakai segala arahan, ‘strings’, ‘script’ dan lain-lain sebelum anda benar-benar mem’pakej’kan perisian anda. Pastikan anda mengoptima interaksi ‘User Interface’ dan tidak menciptakan ‘arahan ganjil’ dan mengelirukan. Contohnya jika ‘game’ yang anda ciptakan berjalan baik pada ‘landscape mode’ – maka pertimbangkanlah juga untuk ‘vertical mode’ kerana bukan semua orang memiliki Nokia E71 atau LG KT610!
Kelebihan dalam penciptaan perisian Symbian ialah anda dibekalkan dengan IDE (Integrated Development Environtment), API (Application Programming Interface), SDK (Software Development Kit) dan EMULATOR yang mana membolehkan anda untuk mencuba segala tindak-tanduk perisian secara maya (virtual) sebelum ia dipasangkan kepada telefon. Oleh itu, jika anda benar-benar yakin untuk menggunakan C++ sebagai bahasa pengaturcaraan, anda boleh teruskan dengan syarat anda faham dengan mendalam terhadap ‘Hardware Architecture’ peranti Symbian. Sebagai alternatif, saya mencadangkan JAVA J2ME sebagai bahasa pengaturcaraan anda kerana ia agak mudah dan selamat.
______________________________________________________________________
2.0 Memahami Symbian OS Architecture (Senibina Sistem Operasi Symbian)
Seperti yang telah anda ketahui, spesifikasi hardware sebuah peranti Symbian adalah kurang ‘berkuasa’ berbanding spesifikasi PC (komputer). Ringkasnya, apabila anda ingin menciptakan sebuah perisian Symbian, prinsip rekabentuk sistem (System design principles) MESTIlah anda fahami terlebih dahulu iaitu:

Ya, tiga perkara prinsip untuk membangunkan perisian Symbian adalah: (1) Data pengguna menjadi keutamaan, (2) Masa pengguna tidak boleh dilengahkan, (3) Semua sumber adalah terhad. Inilah prinsip yang mesti digunapakai dan menjadi pegangan kepada setiap pembangun perisian Symbian.
Boleh anda faham prinsip pembangunan perisian yang dinyatakan di atas? Begini.. maksudnya, sebuah perisin Symbian MESTI tidak mengganggu data pengguna (nombor telefon, sms, kalendar, nota-nota), ‘loading-time’ / interaktiviti perisian mestilah PANTAS dan sumber hardware MESTI digunakan dengan bijak supaya telefon tidak ‘hang’, ‘restart’ atau gagal dan menjimatkan bateri.

Symbian OS dicipta dan dibangunkan oleh Syarikat Symbian Ltd. Ini bermakna anda tidak akan dapat membeli atau memiliki ‘CD Installer’ untuk OS ini. Pihak Symbian Ltd membekalkan terus OS kepada pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung atau LG. Buat masa ini, kebanyakkan peranti Symbian menggunakan OS versi 9.2/9.3 sedangkan pihak Symbian Ltd telahpun mengeluarkan versi 9.5.

Setiap versi OS mempunyai kekuatan dan kelebihan berbanding versi yang sebelumnya. OS Symbian ini kemudiannya di simpan dalam chip ROM pada setiap model telefon. Itulah sebabnya jika anda ‘memformat’ sebuah telefon Symbian, anda tidak perlu tercari-cari ‘CD Installation’nya seperti memformat sebuah komputer. Apa yang diperlukan ialah – anda cuma memasukkan arahan format (iaitu *#7370#) dan telefon akan menjalankan aktiviti ‘formatting’. Kesemua aturcara ‘formatting’ dikeluarkan dan dijanakan dari ROM telefon anda secara automatik.
Fakta-fakta di bawah ini telah dinyatakan oleh Andreas Jakl dan menjadi garis-panduan kepada pembangun perisian Symbian di seluruh dunia. Cuba anda perhatikan dan fahami gambarajah di bawah ini:

2.1 Pecahan Senibina Sistem Operasi Symbian
Symbian OS adalah ‘orang tengah’ (atau server) yang mengendalikan interaksi antara ‘UI Platform’ dan ‘hardware’. Ia terbahagi kepada 5 lapisan (layers) yang masing-masing mempunyai tugasan tersendiri. Gambaran terperinci tentang senibina Symbian OS (OS (DETAILS) Architecture) diterangkan seperti di bawah ini:

Berikut merupakan penerangan asas (secara ringkas) tentang 5 lapisan Symbian OS.
a) Lapisan pertama: Kernel Services and Hardware Interface (Abstraction)
Merupakan lapisan paling bawah dalam Symbian OS yang mengandungi KERNEL Symbian (iaitu EKA2), komponen sokongan (supporting components) yang mengendalikan (abstract) antaramuka dengan perkakasan (hardware) termasuk ‘driver’ peranti (fizikal dan logik) dan pelbagai sokongan untuk implementasi asas hardware (iaitu Built-in Resources, Communication Interface dan User Interface) yang telah dibina sebelumnya oleh pihak pengeluar peranti (Nokia/Samsung/LG). Versi awal Symbian OS sehingga versi ke 8.0 menggunakan ‘kernel architecture 1′ (atau EKA1) manakala versi 8.1 sehingga sekarang (versi 9.3) menggunakan ‘kernel architecture 2′ iaitu EKA2. Kesemua ‘driver’ yang diperlukan untuk sesebuah peranti telah dipalam awal di dalam ‘ROM’ telefon.
b) Lapisan ke-2: Base Services Layer
Merupakan lapisan asas (foundation) Symbian OS yang menyediakan kemudahan paling asas (lowest-level) kepada pengguna (user-side) dengan kernel dan komponen sokongan (OS components) yang lain, dan ia menjangkau (extends) ke tahap satu sistem yang dapat digunapakai (usable) tetapi dalam keadaan yang minima. Secara khusus, tiada servis lain yang lebih tinggi dari ‘lapisan pertama & kedua’ ini (iaitu Kernel Services & Base Services) yang menyediakan arahan minima untuk proses penyerasian (port) kepada perkakasan yang baru (new hardware). Dalam pengertian yang lain – itulah sebabnya sesebuah telefon lain (misalnya Blackberry, Iphone atau Windows Mobile) tidak dapat dipasangkan ‘Symbian OS’ ke dalamnya. Selain dari ‘ROM’ yang menyediakan ‘driver’, senibina HARDWAREnya juga sangat berlainan sejak awal lagi.
c) Lapisan ke-3: OS Services Layer
Lapisan pertengahan Symbian OS yang menyediakan ‘server’, ‘frameworks’ dan ‘libraries’ yang memanjangkan ‘sistem awal’ (bare-system) kepada sebuah OS yang lengkap. Maksudnya, disinilah berlakunya penyambungan antara lapisan ‘kernel services’ dan ‘base services’ kepada ‘Application Services Layer’ iaitu Lapisan ke-4.
‘OS Services Layer’ ini mengawal 4 aturcara utama untuk blok-blok perkhidmatan sumber. Ia dikenali sebagai ‘Generic OS Services’, ‘Communication Services’, ‘Multimedia & Graphics Services’ dan ‘Connectivity Services’. Lapisan ini bersifat ‘middleware’ (orang tengah) kepada teknologi khusus (tetapi bergantung kepada aplikasi) kepada penciptaan sebuah perisian Symbian. Di sini OS akan memberikan arahan yang sesuai terhadap hardware telefon mengikut kehendak perisian. Maka apabila anda mencipta sebuah perisian, anda perlu memahami dengan mendalam tentang lapisan ‘OS Services’ ini.
d) Lapisan ke-4: Application Services Layer
Lapisan Perkhidmatan Applikasi. Lapisan ini menyediakan ‘sokongan hidup’ (support independent) dari ‘user interface’ kepada applikasi di dalam Sistem Operasi Symbian. Perkhidmatan-perkhidmatan (services) ini dipecahkan kepada 3 kumpulan yang besar iaitu:
(i) Perkhidmatan tahap sistem (System-level Services) seperti aplikasi asas ‘frameworks’ (kerangka senibina aplikasi) dan pengendalian teks (Text Handling),
(ii) Perkhidmatan yang menyediakan logik ‘teknologi khusus’ (Services providing technology-specific logic) seperti protokol mesej (SMS) dan multimedia, email dan carian (carian terhadap maklumat di telefon seperti carian nombor telefon, carian SMS, ‘MIME Recognition Framework’ dan ‘HTTP Transport Framework’),
(iii) Perkhidmatan yang menyediakan aplikasi individu khusus (Services that support spesific individual applications) seperti PIM (Personal Information Management), Kalendar dan Applikasi Pejabat (Office Applications – seperti Notes, Calculator, Alarm dan sebagainya). ‘Data Sync’ (penyesuaian data dari telefon ke komputer menggunakan kabel) juga termasuk di dalam lapisan perkhidmatan ini.
e) Lapisan ke-5: UI Framework Layer
Merupakan lapisan teratas Symbian OS yang menyediakan ‘frameworks’ (kerangka atau acuan yang memudahkan anda menciptakan perisian) dan ‘libraries’ (DLL) untuk menciptakan ‘User Interface’. Ini termasuklah ‘basic class hierarchies’ untuk pengawalan ‘User Interface’, ‘frameworks’ yang lain (seperti Animation Frameworks) dan keperluan lain (utilities) termasuklah ‘Widget’ (concrete widget classes). UIKON yang merupakan antaramuka paling asas berada di dalam lapisan ini. Ringkasnya, ini merupakan lapisan ‘antaramuka primitif’ untuk OS Symbian yang menyediakan sokongan kerangka asas (basic frameworks) untuk penciptaan GUI yang lebih mantap seperti S60, UIQ dan MOAP.
f) Java ME
Lapisan istimewa yang berinteraksi terus dengan lapisan asas OS (lapisan 1,2 dan 3) yang mengendalikan dan mengimplementasikan element-elemen JAVA terhadap Symbian OS. Implementasi JAVA terhadap Symbian OS adalah berasaskan MIDP 2 dan CLDC 1.1. Sokongan terhadap JAVA (dan pengaturcaraan JAVA) telah diasaskan sejak mula lagi (pertama kali muncul dalam Symbian 7.0). Sehingga kini, perisian J2ME sangat mudah dipasangkan (install) ke dalam sebuah telefon Symbian.

Bagaimana? bolehkah anda faham setakat ini?
Sebenarnya, saya telah mencuba sedaya-upaya untuk menulis dalam bahasa yang mudah dan mengambilkira bukan semua pembaca blog ini mempunyai latarbelakang ‘programming’. Kepada pengaturcara hebat yang sedang membaca perenggan ini, saya mohon kebijaksanaan tuan-tuan untuk ‘upgrade’ (meningkatkan) artikel ini supaya ia akan menjadi sumber rujukan pengaturcaraan Symbian yang paling unggul dalam Bahasa Melayu.
Baiklah. Anda telahpun memahami serba-sedikit tentang aras pemahaman senibina Symbian iaitu HARDWARE dan SYMBIAN OS. Kini anda telah bersedia untuk aras pemahaman yang ke-3 iaitu UI PLATFORM.
______________________________________________________________________
3.0 Memahami UI Platform (S60 dan UIQ)
Seperti yang telah saya nyatakan dalam BAHAGIAN KE-3 SYMBIAN101, UI Platform untuk Symbian terbahagi kepada 3 pilihan iaitu S60, UIQ dan MOAP.
Secara logik, hanya platform S60 sahaja yang akan saya terangkan kerana UIQ dan MOAP telah dilupuskan, dan disatukan di dalam ‘satu UI Platform’ yang bakal diumumkan mungkin pada pertengahan tahun hadapan. Buat masa ini, pembangun-pembangun perisian Symbian hanya menggunakan garis panduan penciptaan perisian terhadap platform S60-3rd dan S60-5th sahaja.

Secara ringkas, anda memerlukan beberapa HARDWARE dan SOFTWARE untuk menciptakan perisian Symbian berasaskan Platform S60. Antara ‘bahan-bahan’ yang diperlukan adalah:
(a) Sebuah komputer (pada sistem operasi Windows XP),
(b) Pengetahuan dalam pengaturcaraan C++ atau JAVA,
(c) Beberapa perisian wajib seperti S60 SDK, IDE, Java Run-time, ActivePerl, Nokia PC Suite, Notepad dan lain-lain.
(d) Sebuah telefon S60-3rd Edition (Symbian 9.1) seperti Nokia N73, E61 atau N93. Jika TIADA, anda juga boleh menggunakan telefon S60-3rd Edition FP1 (Symbian 9.2) atau S60-3rd Edition FP2 (Symbian 9.3) – tetapi anda perlu berhati-hati dalam memilih ‘opsyen’ pada IDE (contohnya Carbide C++).
(e) Kefahaman yang mendalam terhadap Senibina Symbian OS.
Saya akan menyentuh bab ini dengan lebih mendalam dalam artikel selanjutnya iaitu ‘Symbian101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian’. Jadi anda terpaksalah menunggu lagi jawabnya.
Rumusan.
- Untuk mencipta sebuah perisian yang baik, pertimbangan wajar hendaklah diambilkira seperti mengetahui kekuatan CPU, RAM, storan dan bateri. Selain itu, perhubungan antara perisian dengan ‘Communication Interface’ juga merupakan perkara yang kritikal. Jika perisian yang anda cipta tidak memerlukan modul ‘bluetooth’ – maka tidak perlulah untuk anda mengadaptasikannya. Selain itu, ‘User Interface’ juga hendaklah logik dan ergonomik supaya interaksi pengguna terhadap perisian akan menjadi selesa.
- Anda juga perlu memahami kerangka-kerangka senibina aplikasi (Application Architecture Frameworks) dan menggunakannya sebagai ‘acuan’ dan ‘garis-panduan’ untuk penciptaan perisian yang seterusnya akan memudahkan anda berinteraksi dengan lapisan-lapisan Sistem Operasi Symbian. Selain itu beberapa perkhidmatan khusus (Specific Services) yang dikehendaki oleh OS mesti dipenuhi untuk kelancaran interaksi antara perisian dan perkakasan. Ringkasnya, anda perlu fahami yang ‘kernel’ dan ‘senibina’ Symbian sebenarnya berasaskan sistem server-client. Kernel bertindak selaku server dan input pengguna (dan pengaturcara) adalah bersifat ‘client’. Dengan itu, keseluruhan sistem dapat berfungsi dengan lancar dan menyokong ‘multitasking’ yang baik. Disebabkan wujudnya andaian ‘server-client’ ini, maka terciptalah banyak API (Application Programming Interface) di dalam penciptaan sebuah perisian Symbian.
- Selaku pembangun perisian, anda dikehendaki menggunapakai platform S60-3rd atau S60-5th sahaja untuk menciptakan perisian Symbian. Untuk menciptakannya, beberapa keperluan asas hendaklah disediakan seperti sebuah komputer (pada sistem operasi Windows XP), pengetahuan dalam pengaturcaraan C++ atau JAVA, beberapa perisian wajib seperti S60 SDK, IDE, Java Run-time, ActivePerl, Nokia PC Suite, Notepad dan lain-lain.
- Selain itu anda juga MESTI memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon Symbian S60-3rd Edition (Symbian OS 9.1) seperti Nokia N73, E61 atau N93 sebagai ‘testbed’ terhadap perisian yang anda ciptakan. Namun, jika anda cuma memiliki telefon S60-3rd Edition FP1 (Symbian OS 9.2) atau S60 3-rd Edition FP2 (Symbian OS 9.3) anda perlu berhati-hati dalam pemilihan ‘opsyen’ pada penulisan awal perisian.
Letakkan matlamat penciptaan sebuah perisian Symbian adalah untuk mempelajari ilmu dan menciptakan peluang pendapatan dan kerjaya. Ketahuilah matlamat asal penciptaan Blog Symbian Malaysia adalah untuk memberikan pendedahan awal terhadap pengaturcaraan Symbian dan menjadi ‘Pusat Penjualan’ perisian Symbian buatan Malaysia pada masa hadapan. Jadi, gunakan kelebihan dan kesempatan ini untuk mencipta nama dan cita-cita anda.
Kata-kata Akhir.
Artikel ini hanya merupakan pengenalan ASAS kepada Symbian OS dan pembangunan perisian Symbian. Jika anda menelitinya dengan baik, terdapat beberapa perkara yang tidak saya sentuh secara mendalam pada artikel ini.
Artikel ini diterbitkan sebagai penggalak (catalyst) terhadap minat anda untuk membangunkan perisian Symbian yang selama ini belum pernah lagi didedahkan kepada umum di dalam Bahasa Melayu. Semoga anda mendapat manafaat terhadap maklumat yang disediakan dan jika anda merasa gembira atau puas terhadap apa yang dipaparkan, ketahuilah – saya lebih lagi berpuas hati kerana mengambil masa berminggu-minggu untuk menyiapkannya.
Bukan semua pembaca blog ini membaca hingga ke perenggan ini. Jika anda salah satu daripada mereka, ketahuilah yang anda sebenarnya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk membangunkan perisian Symbian di masa hadapan. Tahniah!
Ketahuilah yang kehadiran Symbian sebenarnya tidak disedari oleh masyarakat Melayu baik di Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura atau Indonesia. Ia membuka peluang yang sangat besar dalam penciptaan perisian berbahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia).
Dalam siri Symbian101, bahagian 3,4 dan 5 merupakan penulisan yang panjang dengan huraian, grafik dan nota. Artikel selanjutnya (Bahagian ke-5) bertajuk ‘Membangunkan Perisian untuk OS Symbian’. Semoga saya diberikankan kekuatan olehNYA untuk meneruskan penulisan artikel tersebut. Jumpa lagi!
Glosari
- DLL - Dynamic Link Library
- mAh – Milliamp Hours
- IDE – Integrated Development Environtment
- API – Application Programming Interface
- SDK – Software Development Kit
- WLAN – Wireless Local Area Network
- NSU – Nokia Software Updater
- ARM Architecture – Senibina berpandukan prosessor ARM
- RISC – Reduced Instruction Set Computer
- CISC – Complex Instruction Set Computer
- SD – Secure Digital
- SDHC – Secure Digital High Capacity
- IRDA – Infrared Data Association
- Bluetooth – An open wireless protocol for exchanging data over short distances from fixed and mobile devices, creating personal area networks (PANs).
- MIME – Multipurpose Internet Mail Extensions
- HTTP – Hypertext Transfer Protocol
- Class – A part of a computer program that a programmer creates to represent a thing in a way that a computer can understand.
- GUI - Graphical User Interface
- Java ME – Java Micro Edition
- MIDP – Mobile Information Device Profile
- CLDC – Connected Limited Device Configuration
Related posts:
Tags: OS, Pengaturcaraan, Symbian, tutorial
Trackback from your site.
-
http://aizam88.wordpress.com programmer
-
aril
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-membangunkan-perisian-untuk-os-symbian-developing-for-symbian-os/ Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-komuniti-pembangun-perisian-community/ Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/qt-201-bahagian-1-qt-untuk-symbian/ Qt 201: Bahagian #1 – Qt Untuk Symbian | SymbianKu

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!