Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
Selamat membaca BAHAGIAN 3 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian 1 & 2, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini:
1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.
2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian.
3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
5. Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS).
6. Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community).
7. Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature).
Setakat ini kita telah mengetahui serba-sedikit tentang sejarah Sistem Operasi Symbian. Kita juga telah mengetahui wujudnya 3 PLATFORM UTAMA Symbian. Gambarajah di bawah menerangkan ringkasannya:

Kesimpulannya, terdapat 1 entiti yang membangunkan CORE OPERATING SYSTEM (Symbian OS) iaitu Symbian Ltd dan 3 entiti yang membangunkan UI PLATFORM iaitu UIQ Technology AB (UIQ), Nokia (S60) dan NTT DoCoMo (MOAP).

Tiga Pilihan ‘UI Platform’ Di Atas Satu OS.
Bagaimana untuk memahaminya? Adakah ianya diimplementasikan serupa dengan kes DOS 6.22 dan Windows 3.11 ?
Saya mula menyentuh komputer pada tahun 1987. Ketika itu umur saya 11 tahun. OS komputer pada masa itu ialah DOS 3.0. Permainan yang sangat saya minati ialah ‘Digger’ dan ‘Pacman’. Skrin paparan pada masa itu berwarna hijau-hitam.
Kemudian pada tahun 1990, saya telah menjadi seorang programmer. Bahasa pengaturcaraan yang saya gunakan ketika itu ialah BASIC (Beginners All Purpose Symbolic Instruction Code). Disket pada masa itu sangat besar. Boleh dibuat ‘kipas’ jika kepanasan atau berkeringat.
Kemudian saya belajar Lotus 123, dBase dan WordSTAR. Dua disket digunakan ketika itu iaitu drive ‘A’ dan ‘B’. Drive A digunakan untuk memulakan OS iaitu DOS 3.0. Setelah Dos berjaya dijalankan (‘run’ dalam RAM), barulah ‘Drive B’ dimasukkan dengan disket ‘WordSTAR’. Kemudian beberapa ‘command’ ditaip pada ‘A Prompt’ sehinggalah terjananya WordSTAR.
Komputer pada masa tersebut sangat primitif. Tiada ‘mouse’, tiada warna, tiada ‘inkjet-printer’, tiada elemen multimedia dan TIADA MULTITASKING.
GUI (Graphical User Interface) dan MOUSE diperkenalkan oleh Syarikat Apple pada tahun 1984. Produk ini dinamakan ‘Machintosh’ dan ia telah mengubah cara manusia menggunakan komputer selama-lamanya.
Mengikut pengalaman saya, pada tahun 1990 – saya telah menggunakan DOS 6.22 dan Windows 3.11. Berbeza dengan pengalaman menggunakan WordSTAR, Windows 3.11 merupakan GUI yang berfungsi di atas OS DOS 6.22. Ia membuatkan komputer menjadi mudah, cantik, berwarna-warni dan ikon-ikon di’KLIK’ dengan menggunakan ‘MOUSE’. Yang paling penting sekali, Windows 3.11 bersifat ‘multitasking’ – satu perkara yang tidak pernah saya alami ketika menggunakan DOS 3.0 dahulu!
Sistem Operasi DOS 6.22 itu telah ‘dicantikkan’ dan ‘disempurnakan’ oleh Windows 3.11. Aplikasi yang sangat saya minati ketika itu ialah Winword dan Solitaire.
Kemudian pada tahun 1995 – Windows95 telah dilancarkan. Ia merupakan satu produk yang menyebabkan komputer dapat digunakan dengan mudah di seluruh dunia. Hakikatnya, OS Windows95 adalah GUI yang ‘run’ di atas ‘core-OS’ iaitu DOS 7.0. Kelemahan DOS dan kelebihan WINDOWS telah berjaya ‘dicantum’ dan ‘dipakejkan’ dalam sebuah OS yang termaju ketika itu. INILAH YANG DINAMAKAN ‘UI DIATAS OS’ yakni ‘Windows GUI’ diatas ‘Dos 7.0′.
Jadi anda boleh andaikan yang ‘S60′ adalah ‘UI’ yang berfungsi diatas ‘Symbian OS’. Tetapi andaian ini hanya LAKU dan SAH buat masa ini sahaja. Mengapa? ini kerana S60 bukan hanya sekadar UI – ia merupakan sebuah platform yang lengkap!
Apa pula ‘platform’? Bagaimana ia berbeza dengan UI?
Kepada sesiapa yang biasa dengan Sistem Operasi LINUX mungkin lebih memahami kenyataan ini. LINUX adalah ‘kernel’ (atau TERAS) kepada keseluruhan OS GNU/LINUX. Untuk mewujudkan satu OS yang lengkap, pelbagai ‘sistem software’ yang dibangunkan oleh GNU dicantumkan pada ‘kernel’ LINUX tadi. Ia boleh diibaratkan seperti ‘permainan LEGO’. Dengan itu, lengkaplah sebuah Sistem Operasi yang digelar ‘GNU/LINUX’.
GNU/LINUX yang lengkap tadi boleh terus berfungsi dengan arahan ‘command’ yang dinamakan ‘terminal’. Ia sebenarnya agak teknikal dan menyebabkan orang ramai tidak berhijrah menggunakan LINUX dalam kerja perkomputeran harian. Ini kerana ia tidak mempunyai GUI sebagaimana Windows atau Mac-OS.
Maka ‘window manager’ (atau ‘desktop environtment’) diperkenalkan. Ia bergerak (run) diatas GNU/LINUX tadi. Buat masa ini ada 3 ‘desktop environtment’ yang popular iaitu KDE, Xfce dan GNOME. Ketiga-tiga ini memberikan kemudahan mengikut citarasa pengguna dan arah tuju hardware. Xfce misalnya disasarkan untuk ‘server’ yang mempunyai ‘visual elements’ yang sangat minima sedangkan GNOME dan KDE disasarkan kepada pengguna PC yang mahukan ‘visual elements’ yang cantik dan menakjubkan.
Disebabkan GNOME, KDE dan Xfce adalah sangat berbeza, maka pembangunan perisian terhadapnya juga berbeza. Sebuah perisian GNOME (contohnya Nautilus) tidak boleh dipasang kepada KDE hanya disebabkan perbezaan pengaturcaraannya – walaupun kedua-duanya berjalan pada GNU/LINUX yang sama!
Dalam istilah ‘OS architecture’ – inilah yang dinamakan ‘UI Platforms’.
Dan terdapat 3 ‘UI Platforms’ yang berbeza kegunaan yang berjalan (run) pada OS Symbian yang serupa! Saya berikan dua contoh peranti – Nokia N73 dan Sony Ericsson P1i. Kedua-duanya menggunakan ‘Symbian OS version 9.1′ sebagai ‘Core-OS’, tetapi dengan ‘platform’ berbeza iaitu S60 dan UIQ.
S60 digunakan kepada N73 untuk mengoptimakan penggunaan ‘keypad’ manakala UIQ digunakan kepada P1i untuk mengoptimakan ‘touchscreen’ dan ‘qwerty-keypad’ pada telefon tersebut. Dengan sebab itu, maka wujudlah DUA ‘installation file’ yang berbeza, iaitu:
a) Permainan (game) SkyforceReloaded-S603rd.sisx – Untuk N73
b) Permainan (game) SkyforceReloaded-UIQ3.sisx – Untuk SonyEricsson P1i.
Kesimpulannya, ‘Tiga Pilihan UI Platform Di Atas Satu OS’ yang dimaksudkan pada awal tadi merujuk kepada TARGET PENGGUNA telefon bimbit oleh pihak pengeluar. Platform S60 untuk pengguna yang gemarkan ‘keypad’, UIQ untuk pengguna yang gemarkan ‘touchscreen’ manakala MOAP untuk pengguna JEPUN sahaja.
‘Symbian UI Platforms’ adalah lebih dari sekadar GUI. Seorang pengaturcara (programmer) terpaksa memilih platform mana yang ingin beliau sasarkan. Ini kerana ketika beliau membangunkan perisian S60 – ‘API‘ dan ‘SDK‘nya adalah berbeza dengan UIQ. Dan setelah perisian tersebut siap dan jika beliau ingin melancarkan perisian yang sama terhadap UIQ – maka perisian yang awal terpaksa diadaptasikan dengan ‘API’ dan ‘SDK’ UIQ pula. Perkara ‘mengubah’ kod sumber (source-code) dari platform S60 kepada UIQ (atau dari satu ‘os’ ke ‘os’ yang lain) dinamakan ‘PORT’ (atau porting).
API bermaksud ‘Application Programming Interface’ dan SDK bermaksud ‘Software Development Kit’. Saya akan menyentuh perkara ini dalam BAHAGIAN 4 nanti.
Gambarajah dibawah menerangkan aliran pembangunan sebuah telefon S60. Ia sangat berguna kepada syarikat pengeluar telefon dan pembangun perisian S60:

Ini pula penerangan penuh semua platform yang pernah wujud di atas Symbian OS (S60, UIQ, MOAP, Series 80 dan Series 90).




Sejarah UI Platform Symbian.
SYMBIAN adalah ‘Operating System’ yang diciptakan sebagai BAREBONE (asas) yang telah siap sepenuhnya dengan KERNEL, INSTRUCTIONS, MODULES, LIBRARIES dan lain-lain teknologi. Walaubagaimanapun, sewaktu awal penciptaannya, OS Symbian sebenarnya diciptakan atas pembelian saham dan MERGING antara syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit dunia. Maka, selaku MODEL, satu OS yang matang dikenali sebagai EPOC (milik PSION) telah menjadi KORBAN. EPOC telah ‘dijenamakan’ semula sebagai Symbian OS.
Pada waktu itu, PSION EPOC OS telah mencapai versi ke 5.0. Dengan itu, EPOC versi ke 6.0 dikenali sebagai SYMBIAN 6.0. Kemudian satu masalah telah dikenalpasti dimana ‘FLAVOUR’ telefon bimbit adalah berlainan sama-sekali. Ada yang mahukan KEYPAD, ada yang mahukan TOUCHSCREEN dan ada juga yang mahukan KEDUA-DUANYA.
Maka beberapa platform utama telah diciptakan untuk menangani masalah ini. Platform-platform tersebut dikenali sebagai SAPPHIRE, PEARL, CRYSTAL dan QUARTZ. Nama-nama ini adalah amat janggal jika dikomersilkan, maka ia telah dinamakan semula menjadi S60 (Sapphire+Pearl), Series 80 (Crystal) dan UIQ (Quartz). Contohnya, UIQ adalah platform yang mengadaptasi QUARTZ (UIQ – User Interface Quartz) untuk telefon TOUCHSCREEN. Kemudian, FUJITSU telah mengeluarkan satu lagi platform yang dikenali sebagai MOAP khusus untuk mengadaptasi KANJI (tulisan) jepun.
Jadi, akhirnya SYMBIAN wujud sebagai OS, manakala PLATFORM telah diperkenalkan untuk menangani permasalahan FLAVOUR tadi. S60 misalnya telah ditaja oleh Symbian Alliance kepada NOKIA untuk memajukannya. S60 dibangunkan untuk ‘platform’ telefon yang hanya menggunakan KEYPAD. Oleh sebab S60 ditaja oleh ALLIANCE – maka pihak ALLIANCE ketika itu juga BEBAS menggunakan platform S60 ini. Maka terhasillah telefon-telefon seperti Siemens SX1, Panasonic X800, Sendo X, Lenovo P930, Nokia 6600, LG KS10, Samsung D720 dan lain-lain. S60 dimulakan (dicipta) oleh DIGIA dan kemudiannya dibangunkan oleh NOKIA tetapi ia adalah milik ALLIANCE – bermaksud kesemua syarikat pengeluar yang memilih SAPPHIRE pada peringkat awal BOLEH menggunakannya.
Nama asal S60 adalah Series 60. Dan Series S60 yang MATANG pada hari ini sebenarnya telah mengadaptasi rekabentuk penggabungan 2 idea iaitu SAPPHIRE + PEARL.
Pihak Alliance yang memilih QUARTZ telah membangunkan UIQ dibawah penguasaan Sony Ericsson. Platform UIQ dibangunkan oleh UIQ Technology AB. Itulah sebabnya wujud telefon-telefon seperti Motorola A1000, Arima 308, BENQ P30, Sony Ericsson P800 dan lain-lain dikeluarkan secara komersil. Sehingga tahun 2008, pemilikan saham Syarikat UIQ Technology bernisbah 50:50 dimana pemegang sahamnya adalah SonyEricsson dan Motorola. Kini UIQ Technology hanya tinggal kenangan kerana UIQ telah diadaptasikan ke dalam ‘platform baru Symbian’ pada masa hadapan.
Namun terdapat masalah pada KEM NOKIA kerana S60 tidak boleh menyokong peranti TOUCHSCREEN. Maka dengan itu Nokia telah membeli model BENQ P31 (UIQ) dan menjenamakannya semula sebagai NOKIA 6708. Ini kerana Nokia sangat tertekan kerana tidak dapat membangunkan teknologi berasaskan ‘touchscreen’.
Dengan disokong penuh oleh pengeluar no 3 dunia iaitu Samsung, akhirnya NOKIA membeli keseluruhan SAHAM Symbian yang masih tinggal dan menjadikannya syarikat PALING BERKUASA atas pemilikan syarikat Symbian LTD. Setelah berkuasa penuh, Nokia telah bersekongkol dengan FOMA (yang mengendalikan platform MOAP ‘Symbian Jepun’) dan BERGABUNG tenaga untuk menciptakan platform ‘SUPER S60′. S60 yang baru ini (S60+MOAP) akhirnya telah bergabung teknologi sekali lagi dengan UIQ hingga memaksa syarikat UIQ TECHNOLOGY di TUTUP untuk selama-lamanya. Kes ini telah berlaku pada pertengahan tahun 2008.
Akhirnya PLATFORM BARU telah wujud menggantikan semua platform yang ada. Ia menggabungkan 3 platform utama Symbian sekaligus (S60+MOAP+UIQ). Buat masa sekarang ia dikenali sebagai S60 5th Edition. Maka hak untuk mengeluarkan telefon TOUCHSCREEN telah berjaya dicapai oleh Nokia dan Samsung. Serentak dengan itu mereka mengumumkan model baru iaitu Nokia 5800 XM, Nokia N97 dan Samsung OMNIA-HD. Syarikat Symbian LTD juga akhirnya BUNGKUS dan kini dikenali sebagai SYMBIAN FOUNDATION.
Kesemua fakta-fakta yang diterangkan agak menyedihkan kami (Asri Al-Baker dan Adliayob) kerana sebelum pengambilalihan Symbian Ltd berlaku, UIQ Technology baru sahaja mengeluarkan UIQ 4.0. Kesemua prototaip UIQ 4 terpaksa dibatalkan. Antara model-model yang dibatalkan (UIQ3 & UIQ4) termasuklah SonyEricsson P5i (Paris), SonyEricsson G702 (BeiBei), Motorola Z12 (Skarven) dan Motorola ROKR E10 (TEXEL).

Symbian Foundation terpaksa diwujudkan kerana pegangan OS telefon dunia telah berpindah tangan kepada 2 kem yang besar iaitu RIM (Research In Motion) yang mengeluarkan BLACKBERRY dan APPLE yang mengeluarkan MAC-OSX IPHONE. Ini menyaksikan penyusutan ‘market share’ yang sangat teruk telah dihadapi oleh Symbian dalam sejarah telefon bimbit. Selain itu, HTC dan DOPOD telah mula mendominasi pasaran telefon bimbit setelah di’backup’ oleh Microsoft dengan Windows Mobile OS.
UI Platform Symbian Masa Hadapan.
Saya pernah menerangkan tentang SYMBIAN FOUNDATION pada suatu masa dahulu. Anda boleh membacanya di SINI dan SINI.
Secara ringkas, kesemua UI Platform Symbian (S60, UIQ dan MOAP) telah disatukan dan diintegrasikan ke dalam S60-5th Edition. Itulah sebabnya telefon terkini Symbian seperti Nokia 5800, N97, Samsung HD i8910 dan SonyEricsson SATIO menggunakan platform yang sama.
Symbian Foundation akan mengeluarkan PLATFORM TERBARU pada hujung tahun ini. Platform ini adalah hasil sebenar penggabungan UI yang telah disebutkan. Ia juga akan menggantikan sepenuhnya Platform S60-5th Edition yang ada sekarang.
Buat masa ini, masih belum ada lagi maklumat tepat mengenai ‘UI Platform Symbian Foundation’ yang bakal dikeluarkan. Cuma sedikit info, kemungkinan besar UI S60 akan digantikan terus oleh ‘Orbit’ (yang dibangunkan oleh Qtopia) dengan sokongan ‘multitouch’(MUNGKIN) yang dibangunkan oleh Syarikat Stantum Technologies. Tetapi semua ini hanya kemungkinan sahaja.
Kesimpulannya, sebagai seorang pengaturcara (programmer) Symbian, anda perlu memilih S60-3rd Edition dan S60-5th Edition sebagai ‘platform’ untuk pembangunan perisian atau ‘games’ untuk masa kini dan masa hadapan. Bagi kami kedua-dua platform ini akan terus ‘hidup’ untuk jangkamasa 3-5 tahun lagi.
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, S60-5th, Symbian-Foundation, UIQ, UIQ3
Trackback from your site.
-
a.halim
-
mohd hashril
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-membangunkan-perisian-untuk-os-symbian-developing-for-symbian-os/ Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-sumber-rujukan-yang-dicadangkan-recommended-literature/ Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature). | SymbianKu

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!