Symbian 101: Bahagian 2 – Smartphone dan Syarikat Symbian.
Artikel ini adalah BAHAGIAN 2 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian yang lain, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini:
1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan.
2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian.
3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview).
4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).
5. Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS).
6. Symbian 101: Komuniti Pembangun Perisian (Community).
7. Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature).
Mengapa disebut ‘SmartPhone’ atau ‘Telefon Pintar’ ? Apakah yang membezakannya dengan telefon yang lain?
Suatu masa dahulu ada 2 jenis peranti (device) yang mengungguli ‘mobile segment’ iaitu HANDSET (Mobile Phone) dan PDA (Personal Digital Assistant). Kemudian, kedua-dua ‘device’ ini digabungkan ‘kecanggihan’nya maka terbentuklah SMARTPHONE.
Smartphone pada sifatnya adalah:
- Menyatukan / menggabungkan ciri-ciri PDA dan ‘mobile phone’.
- Ciri-ciri (features) yang disebutkan termasuklah mampu mengendalikan ‘Office Programs’, membaca fail PDF, dipasang dengan teknologi WLAN, UMTS, HSDPA, kamera beresolusi tiggi, GPS dan sebagainya.
- Mempunyai skrin yang lebih besar dari telefon biasa.
- Kemampuan untuk memasang perisian luar! (Option to install own application).
- ‘Multitasking’ – keupayaan menjanakan (membuka) banyak perisian dalam satu masa tanpa gangguan.
Jika kita lihat ciri-ciri yang dinyatakan tadi, jelas menunjukkan ‘smartphone’ boleh dikategorikan sebagai sebuah ‘komputer’ kecil. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, cuba teliti dan fahamkan jadual di bawah ini:
Operating System (OS)
Sebagai ‘nadi’ atau ‘enjin’ yang mengawal ‘sistem’ komputer, maka ‘Operating System’ adalah sangat diperlukan dan kritikal untuk membentuk dan mencorakkan penggunaan sesebuah komputer. Dalam alam ‘smartphone’ terdapat banyak OS yang dipasang dari kilangnya. Ini memberikan pengguna ruang untuk memilih model telefon dan memberikan kuasa kepada mereka untuk mengawalnya.
Operating System yang terkenal dalam ‘smartphone’ adalah (susunan mengikut ‘world market-share Q4 2008);
- Symbian (yang dikeluarkan dalam 3 platorm iaitu S60, UIQ dan MOAP-S (FOMA)).
- BlackBerry (RIM)
- Windows Mobile (Microsoft)
- Mac OSX (IPhone)
- Linux (juga LiMo)
- Palm (juga WebOS)
- BREW (Binary Runtime Environtment for Wireless)
- Android (Google)
Sejarah ‘Smartphone’ Symbian.
Berikut merupakan sejarah Smartphone Symbian dalam tamadun moden manusia. Ketahuilah Encik Alexander Graham Bell pun tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti ‘telefon’ akan menjadi seperti ini.
Jangkauan Kemungkinan: Symbian Boleh Melakukannya!
Apabila anda menggunakan peranti Symbian, anda telahpun mengetahui yang ianya berfungsi LEBIH dari sekadar telefon. Melalui blog ini, anda juga tahu yang sebuah telefon Symbian boleh berfungsi sebagai MODEM lantas menjimatkan perbelanjaan anda untuk membeli ‘Modem Broadband’ yang ada di pasaran. Selain itu anda juga telah mengetahui tentang ‘push-mail’, ‘backup’ nombor telefon di GMAIL, ciri ‘File Manager’, kawalan slaid Power Point dengan Bluetooth dan lain-lain lagi. Apa lagi kemungkinan-kemungkinan yang terdapat pada sebuah ‘smartphone’ Symbian?
Sebagai seorang yang bakal menulis perisian Symbian, anda mestilah berfikir secara kreatif, kritis dan ‘Out Of The Box’. Cuba lihat ‘slaid’ di bawah ini yang disediakan oleh ANDREAS JAKL – seorang pengaturcara (programmer) Symbian yang terkenal. Salah satu ciptaan terkenal beliau adalah ‘game’ JOURNEY dan JOURNEY II.
Dua aplikasi masa hadapan yang sangat menarik minat saya adalah ‘Augmented Reality’ dan ‘Gesture Control/Sensor’. Agak payah untuk saya menerangkan maksud teknologi ini, cuba anda lihat sendiri video yang disediakan. Kedua-dua teknologi ini banyak digunakan dalam penciptaan ‘game’. Bagi saya ianya lebih hebat dari ‘Accelerometer Controlled Games’!
a) AUGMENTED REALITY GAME
b) GESTURE CONTROL GAME
c) ACCELEROMETER CONTROLLED GAME
Latarbelakang Symbian dan Symbian OS
Perkara yang ditulis berulang-ulang kali pasti membosankan anda. Apatah lagi saya selaku penulis dalam blog ini. Untuk itu anda boleh mengetahui serba-sedikit latar belakang Symbian di SINI, SINI(2) dan SINI(3).
Ada ENAM perkara yang perlu kita ketahui sebelum anda benar-benar berminat untuk menulis perisian Symbian. Enam perkara yang disebutkan ialah;
1) Symbian memegang ‘Market-Share’ yang paling tinggi dalam industri OS telefon. Ini menyebabkan peluang terbuka dengan lebih cerah untuk anda bekerja, belajar dan menghasilkan sesuatu yang mengkagumkan pada suatu hari kelak. Dan trend ini dijangka akan berterusan sehingga 5 ke 6 tahun yang akan datang.
2) Smartphone (terutama sekali Symbian) bakal mengambilalih tempat komputer pada suatu hari nanti. Ini terbukti apabila kuasa smartphone sekarang sudah menghampiri kuasa dan kebolehan sebuah laptop.
3) Banyak aplikasi, ciri (fitur), teknologi dan pelbagai kemungkinan masa hadapan yang mampu dilaksanakan oleh Symbian. Lebih-lebih lagi kini Symbian telah pun menjadi ‘open source’ dan terdapat lebih 80 syarikat peneraju teknologi telah bergabung demi menjayakan ‘Yayasan Symbian’.
4) Multiplatform (S60, UIQ dan MOAP) dan ketiga-tiga platform ini telah bersatu untuk masa hadapan yang lebih baik. Alangkah baiknya jika pada suatu hari nanti kita akan melihat ‘Netbook’ Symbian atau ‘Game Console’ Symbian kerana kepakaran JEPUN dan EROPAH telah bergandingan?
5) Symbian kini telah diterima sebagai satu ‘subjek’ di Universiti terkemuka dunia (56 Universiti setakat Q1 2008). Mungkin dalam masa terdekat ini (dalam 3-4 tahun akan datang) IPT tempatan Malaysia juga akan turut menyertainya.
6) Betapa KURANGNYA (atau lebih tepat: HAMPIR TIADA!) perisian tempatan Malaysia baik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dibangunkan untuk Symbian pada masa kini. Ini membuka peluang kepada anda seluas-luasnya untuk memasarkan idea dan produk anda. Bayangkan jika dalam masa terdekat ini, anda dapat bangunkan perisian seperti Kamus Dewan, Panduan Haji dan Umrah, Ensiklopedia Pelancongan Malaysia, Peta Rangkaian Jalanraya, Tren dan Kapalterbang di Malaysia, Buku Interaktif Hikayat dan Cerita Kanak-kanak dan lain-lain perisian termasuk ‘game’ rakyat seperti Congkak (dengan Bluetooth Multiplayer) dan Main-Main Hantu (cari hantu dengan ‘Augmented Reality’). Bukankah jika anda menjadi seorang pemula (pioneer) maka anda akan terus kekal dalam industri ini?
Selamat mendalami Symbian! Selamat datang ke masa depan!
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, Symbian, Symbian-Foundation
Trackback from your site.
-
http://- mohd hashril
-
TurboRun
-
http://- mohd hashril
-
Lan
-
TurboRun
-
http://eckocell.blogspot.com ecko
-
adliayob
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-membangunkan-perisian-untuk-os-symbian-developing-for-symbian-os/ Symbian 101: Membangunkan Perisian untuk OS Symbian (Developing for Symbian OS). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-sumber-rujukan-yang-dicadangkan-recommended-literature/ Symbian 101: Sumber Rujukan Yang Dicadangkan (Recommended Literature). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-pengenalan-antaramuka-platform-ui-platform-overview/ Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview). | SymbianKu
-
http://www.symbianku.com/symbian-101-bagaimana-menulis-perisian-symbian-satu-pengenalan/ Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan. | SymbianKu


















November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!