logo
16
Aug

Sym4Square – Perisian Foursquare untuk Symbian^1

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Foursquare adalah satu kegilaan terkini dalam arena rangkaian sosial. Setelah Facebook serta Twitter mengungguli carta rangkaian sosial yang paling ramai pengguna, banyak lagi perkhidmatan seumpama itu diwujudkan.

2. Foursquare agak berbeza kerana ia lebih kepada perkhidmatan yang menggunakan teknologi LBS (Location Based Services – Perkhidmatan Berasaskan Lokasi). Pengguna Foursquare berkongsi lokasi mereka dengan mudah di laman Foursquare dan lokasi tersebut akan dihantar ke laman sosial kegemaran samada Twitter atau Facebook.

3. Kelebihan Foursquare untuk penggunanya ialah ia memberi peluang seseorang itu untuk mengumpul mata serta lencana (badges) yang akan menentukan kedudukan (ranking) beliau di tempat-tempat yang selalu dikunjunginya.

4. Lebih banyak mata yang dikumpul dan lebih tinggi kedudukan seseorang itu, maka dia berpeluang untuk menikmati tawaran-tawaran yang disediakan oleh lokasi yang berkenaan. Sebagai contoh, jika anda biasa melepak di sebuah Restoran Mc Donald’s berhampiran rumah anda dan telah menjadi seorang “Mayor” Foursquare di situ, anda akan mendapat potongan harga makanan yang dijual oleh Mc D. Dengan syarat, pengendali perkhidmatan itu telah memeterai perjanjian dengan pihak Foursquare.

5. Kegilaan pengguna menggunakan Foursquare terbukti apabila ia diiktiraf sebagai antara perkhidmatan sosial generasi yang paling mendapat sambutan.

6. Foursquare adalah percuma dan anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi : http://www.foursquare.com

7. Untuk menggunakan perkhidmatan Foursquare melalui peranti mudah alih, pengguna boleh melawat laman sesawang Foursquare mobile di http://m.foursquare.com dan kebanyakan fungsi Foursquare seperti Search, Check-in, Shout, dan sebagainya, ada disediakan.

8. Kepada pengguna peranti pintar iPhone, Android dan Blackberry, mereka boleh menikmati Foursquare melalui perisian percuma yang dibangunkan secara rasmi oleh pihak Foursquare.

9. Disinilah kelihatan betapa sistem operasi Symbian tidak diberi perhatian dan dianaktirikan oleh mereka yang yang sepatutnya sedar bahawa Symbian adalah sistem operasi telefon pintar yang memiliki paling ramai pengguna di seluruh dunia. Pihak Foursquare ternyata memandang rendah kepada Symbian kerana tidak membangunkan perisian mereka secara rasmi untuk diberikan kepada pengguna telefon pintar Symbian.

10. Sindrom “BUTA SYMBIAN” bukan di Malaysia sahaja nampaknya. Malahan di seantero dunia agaknya manusia tidak mengambil tahu mengenai Symbian. Ini berlaku juga kepada perisian rangkaian sosial yang lain seperti Twitter dan Facebook yang tidak pernah mengeluarkan sokongan perisian rasmi untuk Symbian tetapi mengeluarkan perisian untuk Android, Blackberry dan iPhone.

11. Disinilah wujudnya keperluan untuk membangunkan perisian Foursquare untuk Symbian. Hingga wujudnya Sym4Square oleh ThinkChange.

12. Sebelum ini, memang sudah ada perisian lain yang menggunakan API Foursquare seperti Gravity. Tetapi tiada perisian Symbian yang dibangunkan khusus untuk Foursquare.

13. Sym4Square dibangunkan oleh Tong Ren atau lebih dikenali sebagai ThinkChange, juga pernah membawakan kepada kita perisian-perisian hebat seperti AutoInstaller, dan banyak lagi.

14. Pada ketika artikel ini ditulis, Sym4Square hanya boleh digunakan dalam telefon pintar Symbian^1 sahaja seperti Samsung i8910, Sony Ericsson Satio dan Nokia X6.

15. Pada pendapat saya, perisian ini kelihatan agak seperti perisian Android pula, bukan perisian Symbian. Ini kerana rekabentuk UI-nya yang memiliki elemen-elemen Android seperti butang yang agak besar di bahagian bawah.

16. Walaubagaimanapun, ini adalah satu perkara yang bagus kerana ia menunjukkan betapa fleksibelnya sistem operasi Symbian.

17. Harap-harapnya, dimasa akan datang, pembangun Sym4Square akan terus membangunkan dan menambah fungsi perisian ini serta mengubah rekabentuknya agar kelihatan unik dan tidak seperti sebuah perisian Android.

18. Sekiranya anda seorang pengguna Foursquare dan memiliki telefon pintar Symbian^1, anda boleh mendapatkan fail SIS yang belum ditandatangani (Unsigned) dari laman sesawang rasmi Sym4Square iaitu http://www.symbianfoursquare.com.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , ,

Trackback from your site.

  • Pengguna

    sy mahu brtanya,knp sy xboleh mngunakn app ni di hp sy?sy da buat apa yg sepatutnya.da signed + install.tp bila smpai ke bhgian utk log in,app ni close dgn sndirinya.apa puncanya?

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site