logo
01
Jun

Suara Symbianku – Podcast Symbianku Kini Keudara!

Written by asri. Posted in Suara Symbianku


1. Ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Setelah berusaha sekian lama, maka pada hari ini, kami menyajikan kepada anda, podcast rasmi Symbianku yang diberi nama SUARA SYMBIANKU.

2. Anda boleh melanggan (subscribe) podcast Suara Symbianku dengan percuma sekiranya anda memiliki perisian PODCATCHER seperti iTunes (Mac & PC), gPodder (Linux) dan Symbian Podcatcher (Symbian^1).

3. Anda juga boleh mendengar Suara Symbianku terus menerus menggunakan pemain yang dipaparkan pada setiap posting yang mengandungi episod terbaru Suara Symbianku.

4. Kami (Asri al-Baker dan Adli Ayob) telah merancang untuk menambah fungi podcast kepada laman blog ini semenjak beberapa bulan yang lepas malangnya atas kesibukan yang melanda, kami terpaksa tungguhkan dan hanya pada hari ini, dapat kami kumandangkan Suara Symbianku yang pertama.

5. Antara isi-isi penting dalam Suara Symbianku yang pertama ini adalah :

- Disebalik tabir Symbianku
- Pengumuman Nokia dan Yahoo dan implikasinya
- Siapakah pengeluar telefon Asia yang pertama akan mengeluarkan telefon pintar Symbian^3?
- Perancangan-perancangan Symbianku untuk masa hadapan
- Dan banyak lagi!

6. Harapan kami, agar anda mendapat manfaat yang sewajarnya daripada usaha-usaha yang kami jalankan.

7. Doakan agar kami dapat meneruskan usaha merakam Suara Symbianku di masa akan datang dan seboleh-bolehnya, kami ingin merakam episod baru Suara Symbianku pada setiap minggu. Insya Allah.

8. Kami juga mengalu-alukan anda semua untuk memberikan komen dan cadangan bagi menambahbaik laman blog Symbianku ini dan juga secara spesifik, untuk menambahbaik Suara Symbianku.

9. Sebelum anda bosan, nikmatilah SUARA SYMBIANKU EPISOD 1!!!

Related posts:

Tags: , , , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site