logo
29
May

Software – SkyFire (Browser) Untuk S60-3rd

Written by adliayob. Posted in Pindah-Turun (DOWNLOAD), Review: Software


Hari ini tiba-tiba saya ada ‘mood’ untuk menulis. Sejak kebelakangan ini, hidup saya semakin sibuk, maka saya terpaksa menghabiskan satu-per-satu kerja dan masalah sehinggalah ia berada dalam ‘status’ aman. Tapi, dalam kesibukan ini, sempat juga saya menonton cerita ‘Antitrust’ dan ‘Swordfish’ sehingga tamat sambil menerangkan jalan cerita tersebut (termasuklah menerangkan apa itu ‘open-source’) dan masa depan IT di Malaysia kepada anak buah saya. Ini kerana dia akan mengambil jurusan pengaturcaraan komputer dan memasuki sebuah IPT tempatan pada Julai ini. Dan sebenarnya – menjadi ‘programmer’ sambil ‘berpakcikkan’ (punya paman) pemilik Symbianku.com akan menjanjikan kehidupan yang cerah dalam masa 4-5 tahun lagi. Sebagai langkah pertama, saya telah ‘menginstalkan’ Sistem Operasi UBUNTU (Jaunty Jackalope 9.04) ke dalam laptop beliau dan kini dia telah mula berjinak-jinak dengan ‘command’ dan bermain ‘terminal’.

Tiba-tiba, pada hari ini syarikat SKYFIRE LABS, INC telah mengeluarkan (release) browser bertaraf ‘desktop’ untuk kegunaan telefon Symbian S60. Ianya diberikan secara PERCUMA (gratis) dan anda boleh memindah-turun (download) perisian ini di SINI.

skyfire-symbian

Memperkenalkan ‘browser’ SKYFIRE untuk telefon Symbian S60-3rd Edition. Keistimewaan ‘browser’ ini terletak pada kebolehannya memaparkan laman web setaraf dengan ‘desktop’ anda. Ini termasuklah sokongan ‘plug-in’ (Flash 9, Quicktime, Java, AJAX) dan menggunakan enjin GECKO (yang juga digunakan oleh ‘browser’ FIREFOX). Jadi, anda boleh bayangkan FIREFOX didalam SYMBIAN. Itulah keistimewaan SkyFire.

Mungkin anda bertanya – apa perlunya lagi ‘browser’ baru sedangkan saya cukup ‘happy’ dengan WEB dan OPERA? Jawapannya, anda akan mengetahui kuasa SKYFIRE sebaik sahaja anda memasangkannya. Maka, saya tidak akan menerangkan tentang ciri-cirinya secara lebih lanjut di dalam artikel ini. Cubalah sendiri dan anda tidak akan menyesal. Perisian ini ASLI dan dibekalkan secara PERCUMA (setakat ini). Jadi, cepat-cepatlah DOWNLOAD SKYFIRE untuk Symbian anda!

skyfire-symbian02

Related posts:

Trackback from your site.

  • Khairul

    Saya ada cadangan. Apa kata kalau encik adli meletakkan satu chatbox dalam laman ini. Ini membolehkan pengunjung-pengunjung dapat bertukar-tukar pendapat secara langsung.

  • mohd hashril

    iyee betul tu bang.abg letak satu ruangan chatting.

  • epulzbob

    Sangat teruja mengunakan skyfire v1.0 .0.11781 yang baru. aplikasi yg sangat pantas dari versi yg sebelumnya. tapi masalahnya bateri cepat sangat habis bile guna skyfire nih.. knape yer En. Adli..

  • yarn

    saya bersetuju dgn pendapat khairul. Senang kalau ada chatbox nanti boleh bertukar-tukar pandangan. Saya suka sangat dengan web site ni.
    memang best. banyak yang saya pelajari. thanks.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site