logo
21
Jan

Skyfire versi 1.5 sedia digunakan

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Salah satu pelayar internet yang ada untuk Symbian ialah Skyfire.

2. Versi 1.5 baru sahaja diumumkan dan boleh digunakan oleh orang ramai.

3. Berbanding versi sebelumnya, versi 1.5 ini menggunakan antaramuka (interface) yang agak berbeza kerana untuk pertama kalinya, Skyfire juga dibangunkan untuk Symbian^1.

4. Pengguna-pengguna telefon pintar Symbian^1 seperti 5800, N97, OmniaHD, Satio dan sebagainya, boleh memindahturun fail pemasangannya (SIS) dari laman sesawang rasmi http://get.skyfire.com.

5. Kepada pengguna-pengguna telefon pintar Symbian S60 3rd Edition, jangan risau. Kerana versi 1.5 ini juga disediakan untuk anda. Pergilah ke laman sesawang yang sama untuk mendapatkan fail SIS nya.

6. Secara peribadi, saya kurang gemarkan Skyfire kerana ia lembab (walaupun menggunakan WiFi) dan selalu sangat keluar petak-petak macam papan dam.

7. Pengalaman menggunakan pelbagai pelayar internet mudah alih bertahun-tahun mengajar saya agar mementingkan fungsi dan kepantasan sesuatu pelayar internet itu. Bukan kerana bentuk atau rekaannya.

8. Skyfire, pada pendapat saya, masih jauh perjalanannya untuk menjadi sebuah perisian yang berguna. Opera Mini dan Opera Mobile jauh lebih baik.

9. Saya tidak mementingkan video, multimedia dan sebagainya apabila melayari internet menggunakan telefon pintar. Saya amat mementingkan teks yang boleh dibaca dan kepantasan.

10. Anda cubalah sendiri ;-)

Related posts:

Tags: , , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • L4N

    Bolehlah, laju sket compared dgn yang seblm ni. Ada jgk gunanya kadang2 sebab keupayaan utk main flash content tu. Bila2 kecemasan & PC plak takde, at least berguna jgk Skyfire ni.

  • Khairul

    Bagi saya Skyfire merupakan salah satu perisian 'wajib instal'. Ini kerana ia satu-satunya perisian yang menyokong sepenuhnya Ajax, Javascript, dan Flash 10. Walaupun ia seolah-olah seperti emulator.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site