logo
25
Sep

Sesat Di Hari Raya? Tidak Mengapa, GARMIN Ada!

Written by adliayob. Posted in Tutorial Symbian


garmin01

Asri Al-Baker pernah menulis tentang GPS di Symbianku tidak lama dahulu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi komentar dan respon dari pembaca. Malah ada yang tidak segan-silu untuk bertemu beliau demi mendapatkan demonstrasi tentang teknologi GPS. Antara perisian hebat GPS yang didemonstrasikan Asri ialah GARMIN MOBILE XT.

Garmin Mobile XT (versi 5.00.50S60) telah dipasangkan ke telefon Samsung Innov8 dan ianya tidak mengecewakan saya. Memang terdapat versi yang terbaru, namun untuk tujuan prapandang, versi ini sudah memadai. Kena pula di waktu Hari Raya ini, saya sangat-sangat memerlukan perisian GPS untuk membantu saya ‘merayau’ mencari rumah kenalan dan keluarga. Maklum sahaja, ada saudara-mara telah berpindah ke taman-taman perumahan yang baru dan menyebabkan saya keliru. Dahulu, saya akan berhenti di satu kawasan yang berhampiran dengan lokasi dan menelefon mereka untuk panduan arah, namun kini segalanya berubah apabila chip navigasi GPS telah dilengkapkan ke dalam ‘smartphone’ Symbian – maka dengan ‘sombongnya’ saya ‘mengunci’ (lock) kedudukan rumah mereka (atau landmark yang berhampiran dengan rumah mereka) dan GARMIN akan membantu saya untuk sampai ke destinasi dengan cepat, selamat dan yakin.

garmin02

Garmin Mobile XT ialah perisian ‘GPS – Navigation System’ sama seperti Tom-tom Navigator dan Route66. Ia berfungsi pada kebanyakkan smartphone termasuklah Symbian. Kepada pemilik telefon Symbian yang mempunyai chip GPS (built-in GPS receiver) seperti N82, N95, N96, E71, Samsung G810, Samsung i8510 dan E52 saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk memasang perisian ini. Senarai penuh telefon Symbian S60-3rd yang mempunyai keupayaan GPS adalah seperti di bawah ini. Klik untuk melihat grafik yang lebih besar.

gps-equipped-symbian

garmin03

Baiklah, mari kita lihat bagaimana Garmin Mobile XT berfungsi pada telefon Symbian.

Dua perkara yang saya belajar di Hari Raya tahun ini ialah – ramai orang tidak pernah mendengar perkataan SYMBIAN dan GPS. Jadi tutorial kali ini akan menjelaskan tentang GPS/Garmin untuk pemahaman golongan pembaca ‘newbies’ dan kurang sesuai untuk golongan pembaca ‘otai’ Symbian. Namun saya suka menjemput pembaca ‘otai’ untuk mencantikkan artikel ini dengan berkongsi komentar supaya teknologi GPS dapat dimanafaatkan oleh semua pemilik Symbian.

Proses pemasangan Garmin Mobile XT agak teknikal dan mengambil masa yang agak lama juga. Anda juga perlu memindah-turun peta dari Malsingmaps.com dan kemudiannya memindahkan fail IMG ke folder ‘Garmin’ pada kad memory anda. Fail IMG adalah fail ‘peta’ untuk navigasi anda dan secara lalai (default) ia ditanda sebagai ‘gmapsupp.img‘. Ini bermakna jika anda mendapatkan peta secara manual dari internet, anda perlu menukar nama fail dari ‘gmapprom1.img’ kepada ‘gmapsupp.img’.

Ok. Bagaimana menggunakan Garmin Mobile XT?

Apabila anda menjanakan Garmin, dua ikon yang besar akan terpapar pada skrin iaitu ‘Where To?’ dan ‘View Map’. Jika anda hendak pergi ke sesuatu kawasan yang asing pada anda (contohnya En. Asri memesan 1 ‘crate’ minuman ‘Barbican’ dengan saya baru-baru ini. Minuman ini boleh dibeli dari kedai runcit Arab yang terletak di Gombak. ‘Landmark’ yang beliau berikan kepada saya ialah “kedai arab tu bertentangan dengan Pej. Pos Gombak”), anda cuma perlu ‘Spell’ (mengeja lokasi yang hendak dituju) pada ‘POI’ (Point Of Interest) dan kemudiannya Garmin akan memandu anda ke destinasi.

Berbalik pada contoh tadi, saya jadikan ‘Pej. Pos Gombak’ sebagai ‘POI’ dan Garmin akan berkomunikasi dengan satelit. Jika ‘landmark’ tersebut berjaya dikesan, peta perjalanan (dalam lukisan 3 Dimensi) akan dilakarkan pada skrin. Pada bahagian bawah-kiri skrin tercatat kelajuan kenderaan anda, manakala disebelahnya (bawah-kanan) tercatat waktu ketibaan anda ke destinasi.

Garmin ini sangat membantu saya pada Hari Raya kedua yang lalu. Waktu itu saya bertolak dari Alor Gajah menuju ke Taman Merdeka, Cheng, Melaka. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya menelefon ‘tuan rumah’ dan bertanyakan stesen minyak yang paling hampir dengan lokasi rumahnya – iaitu Stesen Caltex. Saya masukkan ‘Caltex Fuel’ pada carian POI, dan kemudiannya memilih stesen berkenaan. Sebaik Garmin mengunci kedudukan dengan satelit, saya terus memandu. Apa yang saya lihat dan dengar selepas itu hanyalah ‘Turn Left.. Turn Right.. Keep Right.. dan Arriving Destination On Your Left’. Perkara ini dinamakan sebagai ‘Turn-By-Turn Voice Navigation’. Sebaik sampai di Stesen Caltex, sahabat saya telah menunggu di situ! Sangat mudah dan menjimatkan masa. Kepala pun tenang dan risiko tekanan darah tinggi berkurangan :)

garmin04

Apa yang ‘Best’ sangat dengan Garmin Mobile XT?

Pertama, jika anda menggunakan kemudahan GPS pada telefon Symbian anda – ANDA MEMANG BEST dan berwawasan!. Kedua, Garmin memudahkan saya mencari lokasi secara tepat dan menjimatkan masa memandu. Maklumlah, saya bermastautin di Sabah, jadi bila memandu di Semenanjung, kira diibaratkan selaku ‘pelancong’ juga. Satu lagi, kebanyakkan jalanraya (terutama Kuala Lumpur) sentiasa berubah-ubah. Tahun lepas mungkin jalan tersebut ‘normal’, tapi tahun ni dah jadi ‘one-way’. Malu bertanya, sesat jalan.

Garmin pada telefon saya berjaya mengesan 4 perangkap had laju disepanjang lebuhraya Ayer Keroh, Melaka ke Exit Senawang, Seremban. Begitu juga dengan maklumat Exit yang lain, R&R, cuaca dan kawasan angin lintang. Pendek kata, jika tiada perisian Garmin pada Hari Raya, lintang-pukang jugak lah saya mencari lokasi rumah kawan-kawan!

Selain itu, Garmin ini juga bertindak selaku ‘agen’ untuk menaikkan saham anda. Bayangkan jika disebelah anda seorang ‘awek’ yang selama ini ingin anda ‘ayat’kan, pastinya beliau ‘terpukau’ dengan ‘pukulan maut’ GPS telefon anda! Lebih-lebih lagi jika ibu awek tersebut turut berada di tempat duduk belakang!

Kesimpulan.

Garmin Mobile XT sangat baik digunakan dan saya sangat mencadangkan perisian ini untuk telefon anda. Namun perisian ini ‘memakan bateri’ telefon dan juga ‘memakan’ kredit saya. Tidaklah banyak – cuma 30 sen sahaja sehari (lebih-kuranglah). Pergerakan awan dan keadaan cuaca juga mempengaruhi ‘signal’ GPS. Kedua-dua telefon dalam prapandang Garmin (Innov8 dan E52) cepat mengesan satelit dan mencari lokasi. Cubalah menggunakan kemudahan GPS pada telefon anda! Selamat mencari lokasi.

Sempena Hari Raya ini Symbianku mengucapkan ‘Salam Lebaran, Minal Aidin Wal Faizin’ kepada semua pembaca Blog Symbian Malaysia.

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • sidugong

    Dah cuba ke atas Nokia Xpressmusic 5800, fuh!!! berbaloi-baloi ;)

    Saya belajar pasang dari blog saudara ini >>>> http://www.***.com/

    ***
    1. Harap maaf. Link diatas kami tapis kerana ia mengandungi bahan-bahan larangan atau crack. Kami di Symbianku.com tidak menyokong crack dan warez.

    2. Ada kesalahan fakta pada artikel dalam link diatas. Nokia 5800 menggunakan s60 5th Edition, bukan s60 v3.

    asri al-baker

  • Lan

    Sy secara peribadi lg prefer kombinasi google maps & nokia maps. Syg skali map data utk Malaysia bg Nokia maps sgt kureng :(

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Lan

    1. Kombinasi Google Maps dan Nokia Maps (sekarang dikenali sebagai Ovi Maps, besok tak tau apa lagi nama dia nak kasi), memang mantap.

    2. Walaubagaimanapun, seperti yg anda nyatakan, peta utk Malaysia sgt kurang utk kedua-dua sistem tersebut. Kalau ada pun, tak selengkap Garmin punya peta.

    3. Peta Malaysia utk Garmin mmg banyak dan boleh dikatakan yang terbaik kerana ia antara sistem navigasi yg paling banyak digunakan oleh pengguna GPS di Malaysia dan antara yg paling awal sampai ke Malaysia.

    4. Garmin antara sistem GPS yg memiliki peminatnya tersendiri dan mereka mengumpulkan data peta utk dikongsi secara percuma seperti di http://www.malfreemaps.com

    asri

  • http://arib2020.blogspot.com Arib

    Assalamualaikum,

    Saya lebih suka menggunakan Nokia Maps atau sekarang dikenali Ovi Maps kerana software ni menunjukkan ‘landmark’ yang lebih banyak dan lengkap seperti Pusat Membeli-Belah, Restoran, Muzium dan sebagainya berbanding Garmin Mobile XT. Kandungan peta Nokia Maps ini juga sangat lengkap dan telah dikemaskini contohnya Terowong Smart kini telah didapati di dalamnya. Apa yang saya boleh katakan, Garmin Mobile XT amat bagus, cuma antaramuka peta di dalam software ini agak serabut dan warnanya agak ‘tidak mengikut selera’ berbanding Nokia Maps yang antaramukanya menarik dan lebih moden. Tambahan pula, versi peningkatan Nokia Maps, Ovi Maps telah mempunyai antaramuka ‘bangunan 3D’ yang begitu impresif. Kedua-dua software ini sangat bagus dari segi penggunaannya, cuma kita sahaja yang menentukan yang mana kita mahu. “Tepuk dada, tanya selera.” Wassalam.

    Lawati Blog Peribadi dan Teknologi saya : http://arib2020.blogspot.com

  • Mohd Shahrul

    Saya pakai kedua2 nye garmin dan google maps. Rasanye google maps versi 3.02 agak lengkap(tp byk makan kredit, nasib baik saya guna digi edge unlimited plan)… Garmin plk saya masih pakai lg versi lama 4.20 masih belum kesempatan upgrade versi yg terbaru T_T
    kalau ikut perbandingan kedua-dua hp saya rasanya N79 lebih cepat mengesan satelit berbanding 6220classic

  • HISHAM

    Salam tuan yg di hormati,

    Mohon bantuan tuan.baru2 ni E71 sy wat hal.setiap kali estabilsh WIFI connection,tiba keluar message “SYSTEM ERROR”.Maka tanpa membuang masa,sy bwt “Restore Factory Setting”.Tiada lg message “SYSTEM ERROR”,masalah lain pule timbul.GARMIN XT sy tidak mengesan satelit.Memule buke GARMIN slps restore tu cume ade kuar message utk penetapan sambungan 3G.Garmin sy ialah full version lifetime licience.

    Harap dapat membantu.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Hisham,

    1. Sila pergi tempat yang lapang dan check perkara-perkara berikut :-

    - Bukak Control Panel, pergi Positioning

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/09/jimatbateri-positioning-off-01.jpg[/img]

    - Then, Positioning Method

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/09/jimatbateri-positioning-off-02.jpg[/img]

    - Make sure semua dienablekan

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/09/jimatbateri-positoning-off-03.jpg[/img]

    2. Then, make sure anda memiliki sambungan data (GPRS, EDGE, 3G) untuk Garmin menghubungi servernya dan mengaktifkan aGPS.

    3. Bukak Garmin, pergi klik icon kiri atas, icon signal tu, klik 2 kali, tunggu…. sampai dia keluar 3D GPS Location.

    4. Kalau tak boleh jugak, postkan masalahnya kat sini.

    asri al-baker

  • http://www.symbianku.com adliayob

    Asri,

    Aku baru nak buat ‘reply’ sebijik macam yang ko buat nih (statement tak nak kalah). Tapi tu laa… sebaik sampai Sabah, bateri kereta aku rosak sebab sepupu (acer one) tu tak start kereta tu selama seminggu. Kopak gak laa poket. Tapi takper… ko dah jawab dengan detail.. hehehe. Kepada Hisham, ikutilah saranan brother Asri ni dengan bersungguh-sungguh dan niatkan ia sebagai pembelajaran untuk masa depan ummah.

    Saya dengan ini meng-konferm-kan yang Garmin Mobile XT berfungsi dengan JELAS, TEPAT dan SANGAT BAIK di kawasan Tawau, Sabah (Malaysian Borneo). Sombong betul aku malam semalam bro sewaktu navigate cousin tu ke ‘Giant Twu’. Hehehehe

  • http://www.uiqblog.com asri

    @adli

    1. Apa barang!… Apa kena mengena bateri kereta kong dgn niat nak jawab posting? :-)

    2. Mana pergi Hisham ni? Jadi ke tak solution aku tu? Kalau tak jadi bagitaulah. Boleh kita bantu.

    Asri al-Baker

  • HISHAM

    Salam tuan,

    Terima kasih atas respon segera pihak Encik Asri dan Encik Adli atas masalah ini.

    1.) pada 5hb sy cube padam semua 3G access point dan minta semula setting dari Maxis.Memule ok,dpt connect to satelit n navigate.

    2.) pada 6hb,dah x dpt connect plak! sy test solution yg encik asri bagi,tetapi tidak berjaya menyelesaikan masalah tersebut.setelah sy dwi-klik pada icon signal tu.slps 10minit,status masih pd “Acquiring Satellites”.tiada apa2 berlaku kecuali ade bar mcm equalizer turun naik pd kiri screen.(Maaf,x teringat nak amik screen shot tadi)

    Sy rase mcm masalah pd 3G connection yg tidak auto-connect utk membantu Garmin mencari satelit.Hal yg serupa berlaku apabila sy gune default Nokia Maps dan GPS Data.

    Kalau dalam 2 3 hari ni x bleh juga,maka terpaksa la sy re-install semula Garmin ni.

    Harap dapat membantu.Terima Kasih.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @HISHAM,

    1. Mintak maaf. Aku kesibukan. Ada function kat hotel dah 2-3 hari ni.

    2. Aku ada jawapannya yang mungkin dapat membantu tapi tak sempat lagi nak tulis dalam ni dan ambik screenshot.

    3. Ada try set “default connection” dalam “Connection” kat dalam E71 punya Control Panel tak?

    4. Kalau tak, try delete semua Access Point dalam Connection dan buat satu Access Point baru, set AP tu tadi kepada default.

    5. Restart E71, Try Garmin Mobile XT balik.

    6. Buleh tak?

    Asri al-Baker

  • HISHAM

    Encik Asri

    1.Ehh,x mengapa.Tiada ape yg perlu di maafkan.Mekasih atas respon Encik Asri

    2.Setelah sy cube tips2 yg diberikan oleh encik Asri,saya dapati pada satu2 masa,E71 saya memerlukan sekurang2nya 15minit untuk mengesan satelit.Bergantung pada kawasan.Klu kawasan rumah ni,15minit.klu sy sedang memandu di pusat bandar kl,x smpi 5 minit pun.

    Sy kira masalah telahpun selesai.Namun sekiranya ade tips2 lain,harap bleh encik Asri bantu.

    Cume hendak berkongsi sedikit info mengenai Garmin.Sekiranya hendak upgrade microSD card ; contoh 2GB ke 4GB,Garmin XT mesti di install semula ke memori 4GB yg baru td.x bleh sekadar copy folder Garmin dr microSD 2GB lame td.klu software2 biase bleh je copy tp Garmin kene re-install dan kene masukkan code semula.Klu sy salah,tlg encik Asri btolkan.

    mekasih en Asri.jasemu dikenang.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Hisham,

    1. Baguslah kalau dah boleh pakai GarminMobil XT tu. Tak perlu format dan reinstall. Sebab kalau nak format dan reinstall software-software yang lain, akan memakan masa.

    2. Hmmm… Pasal “satellite locking” ni, saya punya E52 boleh tangkap signal satelit dalam masa beberapa saat sahaja kalau di kawasan KL. Kalau kat kawasan Seremban, lambat sikit laaa….

    3. Betul. Kalau upgrade memory card, kena install balik Garmin Mobile XT dan juga copy folder Garmin ke dalam kad memori yang baru. Ini kerana di dalam folder Garmin tu ada data-data yang akan digunakan oleh Garmin Mobile XT untuk beroperasi seperti peta, suara, POI dan sebagainya. Manakala dengan menginstall semula Garmin Mobile XT, dia akan membuatkan software Garmin Mobile XT tu duduk di dalam kad memori yang baru 8-)

    Cheers

    Asri al-Baker

  • Hairil bin Othman

    Saje nak kongsi pengalaman.
    1. bole download latest maps kat mytechnews.info. search garmin pastu maps garmin akan muncul.
    2. kalau nak save 20-30 sen tu just unable A-gps. Kalau n97 mini go Apps-location-positioning-positioning method- unable Assisted GPS. cuma it takes time to connect with the satellite.
    3. dah try nokia maps tapi tak update macam garmin maps. bayangkan kat ipoh satu taman yang agak lama takde dalam nokia maps. dalam garmin maps ada. pastu poi(point if interest, cth kedai makan fames, pasar malam) dia agak uptodate. tempat makan yang menarik, masjid, sekolah agak senang dicari sebabnya ada komuniti yang selalu update.
    harap dapat membantu perjalanan anda dengan lebih baik.

  • Syahidah

    Assalamualaikum En Asri,
    Saya menggunakan hp nokia C6 dan ovi Maps, tapi ovi maps mempunyai maps entah berapa tahun kebelakang..tak update langsung..
    Jadi, boleh ke saya install garmin ke dalam phone saya tanoa uninstall ovi maps?
    Garmin ni boleh guna secara offline jugak macam ovi maos tu kan?
    Mohon pertolongan , terima kasih.

  • man

    garmin x makan kredit jika di setting pada tetapan gps dlm hp……sy pakai free je…tp kena pg setting,appliction setting,positioning,positioning method n tutup yg lain kecuali asisted gps…settle bro

  • Blackrythms

    20-30 sen tue sekali bukak dalam sehari ke …banyak kali bukak pun 20-30 sen je?
    a-gps memang lebih sensitif signalnya..cume nak tau cas dia 20-30 sen sehari ke setiap kali open aplikasi

  • Anonymous

    susah nak cakap. Ia ada kaitan dengan telco dan talian data. Jika tuan melanggan talian data, maka bukak banyak kali pun tetap RM0. Kalau guna prepaid, maka setiap kali kita mengaktifkan data, for sure kita kena charge.
    Ada seorang kawan kena caj 5sen setiap kali mengaktifkan agps, manakala sorang lagi kena 30sen. Itu semuanya ada kaitan dengan pemilihan telco dan pelan prepaid.
    Harap tuan cubalah sendiri. Susah saya nak terangkannya.

    Kalaulah 5sen tadi dijadikan ukuran dan pengguna telah mengaktifkan gps sebanyak 6 kali sehari, bermakna dah 30sen kredit kena telan.

    Namun ini bukanlah masalah besar kerana ramai dah pengguna (terutama iOS dan Android) smartphone sekarang dah mula faham tentang ‘talian data internet’ pada telefon ni.

  • Niliez

    saya pengguna nokia e71…sy dh install ovi maps..tp,bila sy nk guna,xde kuar peta pun.just skrin kosong n bulatan merah.icon utk update maps pun xde..cmner sbenarnya sy nk guna benda ni huhu sy bknnya terel sgt pun.

  • Aeshah

    saya pengguna nokia e71. masa beli tpon saya dah daftar garmin sebyk $30 dgn tuan punya kedai. Bila tpon saya di format semula adakah perlu daftar semula untuk aktifkan balik sistem tersebut sebab saya diminta bayaran sebyk $30 pula untuk install GPS? saya betul2 keliru, tolong settlekan…

  • L4N

    Awk ni kena kelentong dgn penjual 2. Yg pertamanya penjual 2 pun sbnrnya bukan jual produk garmin secara sah. Dia download illegally dari internet dan jual kt awak. Bl dh format dia charge lg skali. Mmg kaki kencing. Sudah format ke blm? Kalau blm format , just pergi ke drive E pada phone tu n backup folder ‘Garmin’ ke pc. Juga cari file ‘GarminXT.sis’ kat drive E juga n copy ke pc. Lepas format transfer semula folder ‘Garmin’ td ke drive E juga n install ‘garminxt.sis’ tu. Should be back to normal.

  • farhan

    saya guna e52,mmg 100% newbie psl garmin.dlm enset dh ade gps,tp xtau nk gune…cane nk buh garmin dlm enset?

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site