Sepetang Bersama Sony Ericsson VIVAZ PRO
Pada hari Sabtu yang lepas (12/6/2010) saya telah ke Bandar Tawau, Sabah untuk melepaskan tekanan kerja sambil mencari idea untuk mempersiapkan prapandang (review) Sony Ericsson VIVAZ yang kini telah berada dalam tangan saya selama 2 minggu. Perlu saya akui, VIVAZ telah membawa kembali keyakinan saya terhadap Sony Ericsson setelah gagal dengan model pertama Symbian^1 mereka iaitu SATIO.
Gagal? sebenarnya tidaklah teruk sangat pun sebenarnya. Cuma adalah dinasihatkan kepada pemilik SATIO untuk cepat-cepat meningkatkan ‘firmware’ kepada versi R2AK006 secepat mungkin kerana versi ini telah berjaya mempertingkatkan keupayaan bateri selain masalah-masalah perisian asal yang lain. Jika anda telahpun berbuat demikian, saya ucapkan syabas dan kepada mereka yang pertama kali menggunakan SATIO (dan secara tidak sengaja masuk ke blog ini) – segeralah ‘update firmware’ anda SEKARANG sebelum menggunakan SATIO atau anda akan dapati yang sehelai-demi-sehelai rambut anda akan dicabut oleh tangan sendiri tanpa anda sedari.
Berbalik kepada cerita VIVAZ, pada petang itu saya telah ke ‘Kedai Blaupunk’ (yang popular di Tawau kerana menjual telefon dengan harga yang murah) dan… saya telah ternampak Sony Ericsson VIVAZ PRO di situ!
Wah! saya berasa amat bertuah sekali dan tanpa memperdulikan orang yang semakin ramai masuk ke kedai tersebut, saya terus meminta taukeh kedai mengeluarkan VIVAZ PRO untuk saya membuat sedikit prapandang awal. Dan dalam keterujaan, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak-geri dan sikap saya yang ‘poyo’ itu! Sesungguhnya peristiwa ini sebenarnya bakal merugikan syarikat NOKIA terus-menerus jika mereka masih lagi ‘berperangai’ seperti sekarang ini. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?
Sedang saya membelek-belek VIVAZ PRO, ada seorang lelaki yang secara kebetulan sedang mempertimbangkan untuk membeli seunit Nokia N97 Mini dan beliau terganggu dengan ‘perangai macam bagus’ saya yang sedang mengambil gambar, mencuba VIVAZ PRO dan bertanyakan itu-ini kepada taukeh kedai tersebut. Beliau dengan hati yang terbuka, turut mendengar dan menerima pandangan yang telah saya berikan tentang VIVAZ PRO. Lebih dari itu, saya juga telah membuat sedikit perbandingan langsung antara VIVAZ PRO dan N97 Mini kepada beliau.
Jadi, apakah fakta yang telah saya berikan kepada beliau? Secara jujur, saya telah menyatakan perkara-perkara berikut:
(1) OS = N97 Mini: Symbian^1 / Vivaz Pro: Symbian^1
(2) RAM = N97 Mini: 128Mb / Vivaz Pro: 256 Mb
(3) CPU = N97 Mini: 434mHz / Vivaz Pro: 720mHz
(4) GPU = N97 Mini: Tiada / Vivaz Pro: PowerVR SGX
(5) Kamera = N97 Mini: Carl Zeiss 5.0Mpix / Vivaz Pro: 5.1Mpix HD
(6) Keypad = N97 Mini: Qwerty / Vivaz Pro: Qwerty
(7) Skrin = N97 Mini: 3.2 inci / Vivaz Pro: 3.2 inci, sangat terang dan tidak boleh calar.
(8) Harga = Vivaz Pro: Rm 1,350 (unit AP, bukan Midland).
“Apa pula kelemahan Vivaz Pro berbanding N97 Mini?” ujar beliau dan taukeh kedai secara spontan menjawab “Dia punya 3G dibelakang maa”. Ya, memang itulah jawapan ‘piawai’ yang dikeluarkan oleh semua taukeh di Malaysia! Hehehe.
Vivaz Pro yang saya cuba itu berwarna putih. Ia sangat cantik, mempunyai kualiti binaan yang tegap dan yang paling penting sekali - ‘Qwerty keypad’ 4 baris (berbanding 3 baris pada N97 Mini) dan sangat-sangat selesa digunakan!
Tidak perlu saya menyatakan kehebatan Vivaz Pro di sini kerana ia sebenarnya adalah SE Vivaz yang mempunyai keypad selain ‘megapiksel’ kamera yang telah dikurangkan dari 8Mpix kepada 5Mpix. Ciri-ciri yang lain semuanya sama cuma ia lebih tebal sedikit berbanding model sebelumnya.
Dan sejarah telah berlaku LAGI petang itu dimana akhirnya ‘abang’ tersebut dengan gembiranya memilih dan membeli Sony Ericsson Vivaz Pro itu! Lebih hebat lagi – kini beliau adalah satu-satunya pengguna VIVAZ PRO di Bandar Tawau kerana hanya seunit sahaja yang ditawarkan dan dia dengan sombongnya telah membeli unit itu tanpa memikirkan nasib orang lain!
Kepada beliau, saya ucapkan syabas! Selamat datang ke ‘Alam Symbian’ dan kepada Nokia saya ucapkan – tiada salah dan silapnya OS Symbian^1 itu, cuma yang kau pergi masukkan RAM 128, CPU 434mHz dengan tiada sokongan GPU.. SIAPA SURUH? Sesungguhnya inilah fakta yang menyebabkan orang menyampah terhadap Symbian^1 kerana 3/4 model yang telah dikeluarkan adalah berjenama Nokia.
Saya pulang ke Semporna malam itu dengan hati yang gembira kerana telah mendapat seorang lagi kawan dan ‘mood’ saya untuk menulis prapandang panjang-lebar terhadap VIVAZ telah kembali segar dan bermaya. Hmm.. berapalah markah ‘Belimeter’ yang patut saya berikan kepada Sony Ericsson VIVAZ ini?
Related posts:
Tags: S60-5th, Sony Ericsson, Symbian^1, Vivaz
Trackback from your site.
-
http://www.facebook.com/people/Haji-Zackaria-Simokonda/1149186197 Haji Zackaria Simokonda
-
adliayob
-
zul_cool
-
maritim
-
maritim
-
Azeem_sarip
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
http://www.facebook.com/people/Azeem-Sarip/100000114763273 Azeem Sarip
-
http://www.facebook.com/people/Azeem-Sarip/100000114763273 Azeem Sarip
-
Alzamakhsyari
-
adliayob
-
Joikedaun
-
xMunchyz
-
Anonymous
-
Nazmi
-
star
-
Anonymous
-
Nuraien_93
-
Awin


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!