logo
30
Apr

Sekilas Pandang: SonyEricsson VIVAZ

Written by adliayob. Posted in Prapandang (Reviews), Review : Hardware


Sony Ericsson VIVAZ merupakan peranti Symbian^1 yang terkini dikeluarkan disamping ‘kembarnya’ iaitu VIVAZ Pro. Dan seperti yang telah diketahui, harga rasmi untuk penjualannya di Malaysia ialah RM 1,799.00

Pada hari ini, saya telah berkesempatan untuk mencuba dan melihat sendiri VIVAZ di Bandar Semporna, Sabah. Telefon yang saya telah cuba ini bukanlah yang diedarkan oleh Sykt. Midland (ianya diedarkan secara terbuka melalui ‘AP’ permit oleh pengedar yang lain). Oleh sebab itu, harga jualan yang ditawarkan hanya RM 1,438.00 sahaja.

Seperti biasa, kami (Symbianku.com) tidak menggalakkan anda untuk membeli set telefon sebegini yang BUKAN diedarkan oleh pengedar sah (seperti Zitron, FMG, Midland & Avaxx) kerana jika anda mengalami kerosakkan suatu hari kelak, maka ‘waranti’ yang dibekalkan tidak dijamin sepenuhnya.

Artikel yang diterbitkan ini bukanlah prapandang penuh (review) dan ianya bersifat ‘sinopsis’ sahaja. En. Asri al-Baker akan menyusul sebuah artikel yang lengkap berkenaan VIVAZ nanti. Ini kerana pihak Sony Ericsson Malaysia telahpun menghubungi Symbianku untuk ‘meminjamkan’ VIVAZ selama dua minggu dan akan sampai ke tangan Asri pada bila-bila masa sahaja.

Nikmatilah ‘pandangan pertama’ SE VIVAZ dari Symbianku.com

1) Saiz dan Dimensi.
VIVAZ memiliki saiz yang kecil, lebihkurang sama besar dengan Nokia 5530 XpressMusic. Jika dibandingkan dengan SE W960i dan Nokia 5800XM, ia agak kecil tetapi selesa di tapak tangan. Vivaz adalah tipis berbanding dengan w960i saya. Tebalnya cuma 12.5mm sahaja. Apabila pertama kali menyentuhnya, saya terus membuat kesimpulan yang telefon ini memang diciptakan untuk tangan Asia yang kecil. Sangat dicadangkan kepada anda untuk menghadiahkannya kepada wanita tersayang. Selain itu, skrinnya juga kecil (3.2 inci) berbanding dengan skrin Satio.

2) VideoCall.
Seperti yang telah diketahui umum, Vivaz tidak dilengkapi dengan ‘secondary video-lens’ (kamera-hadapan). Dan kepada mereka yang selalu menggunakan khidmat VideoCall, satu-satunya kamera yang akan berfungsi hanya kamera utamanya iaitu di bahagian belakang Vivaz.

3) Accelerometer Sensor.
Perkara pertama yang anda akan perasan apabila sebaik sahaja telefon ini dihidupkan ialah ‘Standby-Screen’ yang berombak-ombak dan seolah-olah ‘hidup’ apabila anda memusingkan (atau memiringkan) telefon ini. Ini membuktikan yang ‘Accelerometer Sensor’ pada telefon ini adalah sensitif sekali. Apabila saya melaksanakan demo ini, seramai 3 orang pelanggan di kedai ini terasa kagum dan seolah-olah barulah pertama kali melihat ‘sensor’ ini berfungsi. Mungkin tidak ramai yang benar-benar menggunakan fungsi Accelerometer ini lagi dalam penggunaan harian.

4) Kad Memori.
Apabila anda membeli Vivaz, sekeping kad microSDHC sebesar 8gb disediakan di dalam kotak telefon ini. Inilah pertama kali saya menyaksikan ‘pakej’ yang benar-benar hebat kerana kebanyakkan model telefon lain cuma membekalkan kad memori sebesar 2Gb sahaja.

5) Stylus.
Sama seperti SATIO, stylus yang disediakan berbentuk seperti ‘gincu bibir yang kecil’ dan berasingan dari badan telefon. Anda perlu memasangkannya pada penyangkut ‘landyard’ yang disediakan.

6) Pengecas Bateri (Charger).
Vivaz mengunakan pengecas bateri yang baru dan berbeza dengan model-model Sony Ericsson yang lain. Ia bersifat ‘USB’ dan perlu dicucukkan kabel microUSB yang dibekalkan kepada kepala pengecas.

7) Kabel microUSB.
Vivaz menggunakan kabel microUSB untuk pemindahan data dari telefon ke komputer. Bagi saya ini merupakan berita yang baik kerana kabel ini adalah sama dengan kabel Nokia N97 dan Samsung i8910 HD. Selain itu, kabel E52, E72, N86 dan Samsung G810, i7110 dan i8510 juga boleh digunakan terhadap telefon ini.

8 ) Tidak Boleh Dihidupkan Jika Tiada Kad-SIM.
Sama perangai seperti SATIO (dan lain-lain model Sony Ericsson), walaupun VIVAZ dikuasakan dengan OS Symbian^1, ia tetap tidak boleh dihidupkan tanpa memasukkan dahulu ‘SIM-card’. Ini sebenarnya memberikan masalah kepada saya untuk mencubanya untuk kali yang pertama.

9) Pembesar Suara (Speaker).
Kepada sesiapa yang meminati muzik, kekuatan pembesar suara VIVAZ (pada ruang bilik) adalah kurang kuat berbanding dengan 5800xm dan 5530xm. ‘Speaker’ yang disediakan adalah kecil dan tidak sesuai untuk ‘penggila’ muzik.

10) Cucukkan Audio 3.5mm

Telefon ini dilengkapi dengan cucukkan 3.5mm yang merupakan ‘standard’ pada hari ini. Tiada masalah mencuba sebarang ‘headphone’ dan bunyi yang dihasilkan adalah jelas dan memuaskan. Satu-satunya cara untuk menikmati muzik dari telefon ini adalah dengan memasangkan ‘speaker’ luar seperti Altec Lansing ORBIT.

11) Butang Kamera Dan Video.
VIVAZ dilengkapi dengan 2 butang kawalan untuk kamera dan video yang terletak pada sisi kanan bahagian badan telefon. Selain itu, butang kawalan ‘zoom’ juga terletak pada posisi yang sama. Ini memudahkan anda untuk mengendalikan operasi foto/video.

12) Kamera 8.1 Mpixels Dengan Sokongan HD.
Kekuatan VIVAZ adalah terletak pada lensa kamera 8.1Mpix yang berada dibahagian belakang telefon ini. Selain itu, anda juga boleh bereksperimen dengan fungsi rakaman video HD (sebesar 720p (1280 x 720 piksel) @ 24fps). Namun lampu ‘flash’ LED yang disertakan adalah kecil dan kurang terang (kerana ianya ‘single-LED’ sahaja).

13) Homescreen dan UI Symbian^1.
Terdapat banyak pintasan (icons) pada homescreen telefon ini yang sememangnya ditumpukan pada ‘social-networking’ dan media. Ikon ‘twitter’ merupakan yang paling menonjol sekali. Tetapi, sebaik sahaja anda menekan ‘butang MENU’ pada telefon ini (butang putih bahagian bawah, diantara butang HIJAU dan MERAH) ia jelas menunjukkan struktur MENU Symbian^1 seperti yang terdapat pada 5530xm, 5800xm, N97, i8910 HD dan Satio. Dengan itu, anda tidak akan terasa ‘pelik’ atau ‘ganjil’ apabila mengendalikannya.

14) Bateri.

Berbanding dengan SATIO yang sememangnya lemah dalam pengendalian kuasa, VIVAZ disertakan dengan bateri 1200mAh yang saya pasti akan melonjakkan penggunaan telefon ini (pada tahap normal) kepada 2 hari penuh. Pada pandangan saya, dengan skrin yang kecil, kuasa pemproses yang tinggi dan RAM yang besar, akan menyebabkan tenaga diedarkan dengan efisien berbanding SATIO.

Kesimpulannya.

VIVAZ merupakan antara model Symbian^1 yang ditunggu-tunggu kerana ianya cantik, bersaiz kecil, berkuasa tinggi (720mhz CPU/256Mb RAM/PowerVR-SGX Chip) dengan sokongan penggambaran video HD dan dilengkapi dengan capaian rangkaian WiFi/GPS (dengan A-GPS)/3.5G HSDPA/TV-Out dan Bluetooth.

Kualiti pembuatannya adalah kukuh dan terasa padat apabila di dalam genggaman. Yang paling penting sekali – harga yang ditawarkan adalah baik dan tidak melepasi RM 2,000.

Dengan kotaknya yang kecil dan ringkas, Sony Ericsson VIVAZ adalah sangat-sangat saya cadangkan untuk menjadi ‘hadiah’ kepada yang tersayang.

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • ali

    bang, rasanya 720p ni sepatutnye 1280 x 720. maybe typing error kot, hehe…

  • adliayob

    @ali,

    Tak. Dijamin tak silap taip.
    Check kat sini: http://www.symbianku.com/tutorial-resolusi-skri…

  • ali

    takpe bang, biase la kita semua mmg tak lari dr kesilapan ni.

    sabar menanti full review dr symbianku, hehe…

  • Wannazatulain

    salam,

    saya nak tanya sikit la,hp ni memang xboleh set gambar untuk msg dan call ke macam model Sony e yang lain?

    tq in advance.

  • adliayob

    @Wannazatulain,

    Kesemua telefon Symbian (sejak 2004 lagi) boleh set gambar untuk msg dan call. Dan VIVAZ adalah telefon Symbian, ia tidak sama dengan telefon Sony Ericsson yang lain.

  • http://mdrushdan.wordpress.com/ rushdan

    salam adliayob , nasib baik encik bagitahu yang vivaz nie tak de front camera… macam pelik je kalo buat video call tapi tak nampak muka orang yang kita call ( pasal muka menghadap kamera dibelakang vivaz..) TQ

  • Nisakptm

    ala, nk wt video call tp x dpt tgk muka org yg kite call..susahla mcm tu..ermmm..tp x pe, hp ni mmg smart n cntik..

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site