logo
14
Jul

Sekilas Pandang: Nokia C6

Written by adliayob. Posted in Prapandang (Reviews), Review : Hardware


Pada hari Sabtu yang lepas, seperti biasa saya ke Tawau untuk melayan wayang ‘Toy Story 3′ bersama dengan anak-anak saya. Dan seperti biasa juga, saya sangat-sangat berharap agar saya bersua dengan model-model baru Symbian di kedai-kedai telefon yang selalu saya kunjungi. Harapan saya dimakbulkan, maka pada petang itu, dapatlah saya mencuba dan bereksperimen dengan Nokia C6-00 di kedai Sunlight Telcom, berhadapan dengan pasaraya Milimewa (The Store), Tawau. Berikut merupakan sedikit pandangan saya tentang Nokia C6.

Yang Saya Suka Mengenai Nokia C6:-

  • Harga pengenalan yang cukup murah – dalam anggaran RM850 (AP) hingga RM1,070 (Zitron) sahaja!
  • Keyboard ‘Qwerty’ 4 BARIS yang besar dan selesa. Pengalaman menggunakan keyboard ini langsung tidak sama dengan Nokia N97! Ia jauh lebih mantap.
  • Dilengkapi dengan Sistem Operasi Symbian^1 yang telah dipertingkatkan. Jauh lebih baik dari Nokia 5800 XM.
  • Bateri 1200mAh yang memberikan kuasa sehingga 2 hari penggunaan normal (bukan dengan multimedia, WiFi dan GPS).
  • Dilengkapi dengan sensor, WiFi dan GPS (dengan sokongan A-GPS).
  • Integrasi ‘Rangkaian Sosial’ yang sangat kuat.
  • Tidak terlalu tebal dan besar. Lebih kurang sama saiz dengan 5800XM.

Yang Saya TIDAK Suka Mengenai Nokia C6:-

  • Tiada sokongan TV-Out.
  • CPU 434mHz/ Ram 128Mb sahaja.
  • Tiada sokongan GPU – tidak dapat memasang permainan yang memerlukan sokongan grafik.
  • Speaker ‘mono’ (dan bukan ‘stereo’). Kurang lantang berbanding 5800XM.
  • Sesetengah pengguna mengadu tentang kestabilan telefon ini akibat masalah FIRMWARE. Untuk menyelesaikannya, sila ke Nokia Centre yang berdekatan atau pertingkatkan sendiri ‘firmware’nya.

Kesimpulannya, pada harga pengenalan yang sangat murah, telefon ini saya kirakan SANGAT BERBALOI untuk anda miliki. Sila KLIK gambar-gambar dibawah ini untuk lebih besar dan jelas. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang C6 pada artikel yang telah kami paparkan dahulu. KLIK SINI untuk membacanya.

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • L4N

    Kenapalah Nokia still keluarkan phone S^1 dgn ram 128mb. And ada sapa2 hairan ke firmwarenya x stabil? Aku blh imagine masalah kerap restart pada phone ni. Anyway kalau Nokia kerap upgrade firmwarenya, lama2 stabil lah kot. Mcm 5800 v50, sgt2 stabil. Keyboard sgt cantik. I guess 5800 dh tamat nyawanya dgn klrnya C6 ni. Kalo zaman aku student dulu ada phone camni kan best.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site