logo
17
Dec

S60-5th: Antara Omnia HD dan Satio

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian


omnia-satio

Anda pernah dilanda penyakit angau? Pernahkah anda berada dalam dilema memilih antara dua gadis jelita yang bakal menjadi suri hidup anda? Kedua-duanya ‘CUN’ sampai tahap nafsu serakah anda meronta-ronta ‘meracun’ hati anda supaya kawin sahaja kedua-dua gadis ini dan meletakkan mereka sebelah-menyebelah di atas pelamin? Dan pernahkah anda terbayang jika setelah memiliki kedua-dua mereka, anda akan merangkul mereka berdua di kiri dan kanan anda dan membawa mereka jalan-jalan? Dan bolehkah anda bayangkan betapa besarnya lubang hidung anda tatkala manusia-manusia sekeliling memerhatikan aksi anda itu?

Ya.. Oksigen akan berlumba-lumba masuk ke dalam hidung kembang tersebut dan menyebabkan jantung anda mengepam darah dengan lebih lancar. Tenaga akan cepat dialirkan ke segenap sel tubuh akibat pengaliran darah yang dua kali lebih cepat berbanding biasa.

Bahagiakah anda ketika itu? maksud saya, pada skala realiti poket (bukan realiti TV), bahagiakah poket anda sebenarnya?

________________________________________

Tn. Salleh : Tapi hati saya tetap pada Nokia Adli. Kalau Samsung ni lain sikit. Saya rasa kekok.

Adliayob : Yvonne! (dia ni jurujual a.k.a anak taukeh kedai telefon dalam cerita ni) tolong keluarkan Nokia N97, N97 Mini dan Samsung i8910 HD dan bawak sini.

Tn. Salleh : Besar skrin dia Adli (dan terus switch-on Nokia N97). Tapi yang you pegang tu lagi besar (Omnia HD).

Adliayob : Cuba tuan tekan menu N97 tu. (Dan serentak dengan itu saya juga menekan menu Omnia HD). Macammana? sama kan?

Tn. Salleh : Saya kalau Nokia ni, bab yang paling suka dia punya kalendar dan messaging (dan terus menekan ikon ‘messaging’ pada N97). Tengok.. ia sama dengan E90 saya yang baru terjun ke laut semalam.

Adliayob : Cuba tuan tekan pula messaging kat Omnia HD ni pulak.

Tn. Salleh : (Menekan ikon, dan sejurus kemudian membuat muka isi-borang (muka confuse)). Eh? kenapa sama menunya ni?

________________________________________

Kita terus berfantasi lagi. Cuba dudukkan kedua-dua gadis cun tadi di sebelah kiri dan kanan anda sambil makan ‘Prosperity Burger’ di McD? Bagaimana?

Dan bayangkanlah juga mereka berdua sangat mesra, dan tidak konflik antara satu sama lain walaupun mereka ditakdirkan bermadu dengan anda? Ya, dalam kes ini ia bukanlah salah anda. Kuasa tuhan melebihi segala-galanya. Mereka sebenarnya telah ditakdirkan untuk menjadi madu dan amanah itu dipertanggungjawabkan oleh tuhan kepada anda secara semulajadi. Ianya asli dan tidak ada sesiapa pun antara kalian bertiga yang menjadi mangsa dalam kes ini.

Kemudian, rakan baik anda datang menuju ke meja tersebut (dalam fantasi saya ni, rakan yang dimaksudkan ialah En. Asri al-Baker).

Terus anda memperkenalkan kedua-duanya kepada Asri dan seterusnya Asri memuji “Hebat ko Adli. Dua-dua lawa. Minggu lepas masa ko kawin tu, tak pernah dibuat orang weihhh. Dua-dua atas pelamin!”

________________________________________

Adliayob : Sebab, kedua-dua telefon ni tuan menggunakan OS Symbian. Kan saya dah cakap dengan tuan dulu?

Tn. Salleh : Ya, saya tahu. Tapi saya masih lagi tak faham Symbian tu apa. Lebih lagi saya tak faham, kenapa dua-dua telefon ni sama saja fungsinya? Samsung ni dah tiru Nokia dah ker?

Adliayob : Bukan tiru. Tapi sistemnya sama.

Tn. Salleh : Tapi Adli, bila bab charger ni saya masalah sikit. Kalau saya tertinggal charger, mana saya nak beli charger Samsung ni?

Adliayob : Yvonne! tolong bawak sini charger Nokia N86 sekejap (dan terus mengecas Samsung Omnia i8910 HD dengan charger N86).

Tn. Salleh : Aik? Charger Nokia pun dia tiru rupanya?!

________________________________________

Memang anda hebat! Tapi kalau ikut ilmu Emotional Quotion (EQ), agak-agaknya apakah perasaan Asri ketika itu?

Ya! Pastilah tahap cemburu beliau membuak-buak dan kalau boleh dia meracun anda ketika itu, pasti akan dilakukan secara sedar dan terbuka seterusnya ketawa terbahak-bahak melihat anda menjadi arwah disitu juga. Selepas itu, secara terhormat, tentu beliau akan terus mempelawa kedua-dua gadis tersebut ke kereta Toyota VIOS beliau pula. Pengambilalihan hak asasi manusia telah berlaku. Betul-betul hilang akal!

________________________________________

Adliayob : Yvonne, U cuba bawak SE SATIO pula ke mari.

Tn. Salleh : Kenapa pulak ni? Sony Ericsson pun tiru Nokia jugak ker?

Adliayob : 12 megapixels dengan XENON. Warna maroon metalik dan juga telefon Symbian. Tengok menunya tuan.

Tn. Salleh : Fuhh. tertinggal betul saya dengan teknologi telefon ni Adli. Ya, Sony Ericsson ini pun sama jugak fungsinya dengan N97 tadi. So, inilah Symbian yang U maksudkan dulu ya?

Adliayob : Lebihkurang begitulah tuan.

Tn. Salleh : Yvonne, U simpan balik N97 dan MINI ni. Adli, saya tengok kedua-dua telefon ni (Omnia HD dan SATIO) menarik. Kalau U jadi saya, U pilih yang mana satu? Harga pun lebih kurang jugak nih.

________________________________________

Sebenarnya itulah masalah saya ketika ini. Pada skala poket, saya hanya mampu memilih satu sahaja antara dua telefon. Antara Samsung Omnia HD dan SonyEricsson SATIO. Tapi, kalau ikut nafsu serakah, saya mahukan kedua-duanya!

Omnia HD pada hari itu telah bertukar tangan dan dimiliki secara rasmi oleh Tn. Salleh. Kelebihannya ialah dengan skrin AMOLED yang besar dan cantik, anda tidak perlu menggunakan ‘stylus’ untuk menekan ikon-ikonnya. Skrin Omnia HD diperbuat dari kaca-mineral yang tidak mampu dicalarkan oleh kunci-kereta saya. Ia juga berteknologi ‘capacitive’, berbanding dengan SATIO yang ‘resistive’. Jika anda guna kuku anda sekali pun, ia tidak akan memberikan respon. Ia perlu mengesan haba di jari dan barulah segala-galanya bertindak dengan lancar. Skrin-sentuh ‘capacitive’ menyebabkan saya tidak gagal menaip dengan kekunci QWERTY, pada perisian Opera Mobile 10 Beta 2 dalam keadaan ‘landscape-mode’.

SATIO pula kecil sedikit dan elegan. Kelebihannya terletak pada lensa kamera 12Mpix yang boleh merakam foto sebesar 4000×3000 pixels. Anda boleh menggunakan teknik (efek) ‘touch-focus’ untuk mengambil gambar subjek utama dan mengaburkan persekitaran yang lain. Efek ini hanya terdapat pada kamera SLR sahaja. Kini berada ditangan anda! Berbanding dengan Omnia HD, ia dilengkapi dengan ‘xenon-flash’ untuk hasil kualiti gambar yang tiada tandingan. Dimensi (saiz) SATIO sangat sesuai, tidaklah besar dan terasa ringan didalam poket seluar saya. Selain itu, ia juga wujud dalam pelbagai warna yang ceria.

Yang lebih penting – Kedua-duanya dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian 9.4 pada platform S60-5th Edition (KINI DIKENALI SEBAGAI SYMBIAN^1).

________________________________________

Tn. Salleh : (menerusi telefon dua hari kemudian) Adli, saya tak menyesal beli Omnia HD ni. Telefon ni betul-betul best. Saya tak rasa kekok macam Blackberry Storm yang saya pakai sebelum ni. Terima kasihlah Adli.

Adliayob : Sama-sama. Saya pun puas hati bila cuba web dan Opera hari tu dengan tuan. Telefon tu laju. Dalam 2 hari ni ada masalah ‘hang’ tak tuan?

Tn. Salleh : Yang saya punya ni 16Gb. Saya dah masukkan banyak movie company dan dokumen didalammya. Setakat ni belum ada masalah hang lagi. Macam ni lah Adli, U cuba beli satu lah. Saya tengok U betul-betul suka kat telefon ni. Baru hari ni dia habis bateri. Kira tahan jugak bateri dia ya?

Adliayob : Ya. Bateri dia 1500 mAh. Tapi saya takde duit tuan.

Tn. Salleh : Saya belikan dulu untuk U, then U bank-in RM300 sebulan ke akaun saya. Amacam?

________________________________________

Saya perlukan pendapat anda semua. Tolonglah saya! Antara Omnia HD dan SATIO, yang mana satukah yang perlu saya pilih?

Hailah nasib… apalah malangnya poketku ini :) Kan bagus kalau poket sebelah kiri OMNIA HD dan poket kanan SATIO? hehehe.

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • manar77

    Relax la En Adli…. thn depan lagi best hp yg akan dikeluarkan!! x pasal2 4 awek cun duk atas pelamin (mampui nak pilih…)

  • along85

    perh, nak satu, omnia hd :D

  • ismael zaharee

    pada hemat saya, ok jugak tuan tanah membeli samsung omnia tu. mmg best.

  • shinpeng

    aku pilih Samsung Omnia HD…………. dah lama aku admire dgn handphone ni

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    best post kali nie…mcm drama swasta pulak rasanya…rasa kalo amik gambar, Satio lagi ok kot…yg penting hp nie kedua2nya mahal…kena tunggu dulu….

  • Secret

    Aku dah beli Satio (original) pada 10 Nov. Gambar dan video memang cantik. Clear… tapi yang kurangnya cuma speaker. Bunyi tak sedap dan slow. Lepas rakam video suara tak berapa dengar. Satio ni macam walkman juga. Dengar pakai earphone baru best bunyi dia. Kuat….

    Satio khas untuk orang yang suka ambil gambar dan video..

  • Azeem

    it will be much better if u buy SAMSUNG OMNIA HD coz the is really good, it runs on Symbian 60 5th. It reponsive much better than SE Satio. Kalau nk setakat ambik gambar 12mgpxl pakai SE Satio baik tak payah. kAn lebih bagus ambik OMNIA HD……….So kesimpulannyer…….

    SAMSUNG
    OMNIA
    HD

  • mamaadi

    Bila Babah dah start menulis memang cam tu ler keadaan dia…baca tak boring………tapiiiiiiiiiii (adoiii gelak lam hati jer ni) mau gelak besar2 nanti org opis fikir mama gila plak – sabar jer lah babah ni.

  • Azeem

    bang Resistive Touchscreen dgn capacitive touchscreen mane lebih bagus???
    Nokia 5800 XM pakai touchscreen yg mane satu?

  • http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=abusahlan unboy

    salam.kalau aku pilih satio function best!symbian powered la katakan.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @unboy,

    1. Satio dan OmniaHD kedua-duanya adalah Symbian^1 (S60 5th Edition)

    2. Ada fungsi yang Satio lebih hebat iaitu kamera, ada fungsi yang OmniaHD lebih iaitu teknologi skrin “capacitive”

    3. Sila berikan komen yang membina.

    - Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Azeem,

    1. Resistive touch screen memerlukan tekanan yang lebih sedikit dan ia banyak digunakan dari dulu. Contoh : Sony Ericsson P900.

    2. Capacitive touchscreen menggunakan teknologi mengesan haba dari hujung jari. Contoh : iPhone

    3. Nokia 5800 Xpress Music pakai resistive touchscreen.

    - Asri al-Baker

  • hamzi

    Aku pun bakal beli handset baru..dan aku cadang nk angkat satio..sebab fungsi kamernya yg 12mp mmg tida tandingan. lg satu, design satio lg style berbanding samsung..
    dats why ku choose satio..
    SE Satio

  • along85

    satio battery die failure, tp yg lain2 ok

  • amier

    yg paling penting, kedua2 peranti ne dikuasakan oleh symbian bro..xkn bosan dgunakan bertahun2 sb beribu2 aplikasi 3rd party yg sedia di install.

    Pada saya, xkira hnpon jenama apa, asalkn os nya dkuasakan dengan symbian, maka itu lah hnpon yg berbaloi utk dmiliki.
    Berbaloi-baloi..

  • adliayob

    @along85,

    Pada FIRMWARE terbaru SATIO (R2AK006 bertarikh 15/3/2010) menunjukkan yang bateri SATIO boleh bertahan sehingga 2 hari (48 jam) dalam penggunaan minima dan 28 jam dalam penggunakan maksima. Cuba pertingkatkan firmware SATIO anda dengan perisian SEUS dan pindah-turun firmware terbaru di SINI: http://www.sonyericsson.com/cws/support/softwar…

    Ini merupakan berita baik untuk semua pengguna SATIO.

  • along85

    ok bos

  • http://www.symbianku.com/samsung-i8910hd-lawan-nokia-n8-pusingan-pertama/ Samsung i8910HD lawan Nokia N8 – Pusingan Pertama. | SymbianKu

    [...] bulan Mei tahun yang sama. Merupakan sebuah telefon Symbian^1 yang menjadi idaman saya ketika itu. Rakan baik saya telah membelinya pada Disember 2009 (berwarna hitam) dan pada 18/6/2010 yang lalu, sebuah i8910HD (berwarna ‘Emas-Champagne’ – edisi [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site