RM100,000.00 Menanti Anda!!!
SERATUS RIBU RINGGIT!!!
Kenapa? Tak Percaya?… (Meminjam sebentar kata-kata lestari Ho Yuhang yang diabadikan dalam iklan tv satu ketika dulu)…
Ini bukan tipu, ini betul-betul… (Meminjam kata-kata keramat Allahyarham Pak Mustarjo dalam filim Pendekar Bujang Lapok)…
Ya tuan-tuan dan puan-puan, saatnya telah tiba untuk Mobile Content Challenge 2009 (Cabaran Kandungan Mudah-alih 2009)… Sebuah pertandingan berprestij yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Ribu!!! Dan berpeluang untuk mengkomersilkan produk / aplikasi mudah-alih anda.
Anda cuma perlu memikirkan idea untuk aplikasi, dan kemudian akan ada mentor-mentor yang akan membantu merealisasikan aplikasi anda menjadi kenyataan.
Aplikasi anda boleh dibangunkan menggunakan apa jua teknologi sama-ada Symbian, Android, J2ME, Widgets dan sebagainya.
Syarat-syaratnya mudah sahaja iaitu :-
- Setiap kumpulan hendaklah memiliki 2 orang pelajar dari IPT yang sama.
- Ahli kumpulan hendaklah berdaftar dengan IPT tempatan yang sama dalam tahun akademik 2008 / 2009 dan dalam tempoh MCC 2009 ini dijalankan.
- Setiap pasukan hendaklah disertai oleh sekurang-kurangnya seorang pelajar (1) warganegara Malaysia.
- Setiap pelajar hanya boleh menyertai satu (1) pasukan sahaja.
- Setiap pasukan hendaklah dibimbing oleh seorang staff akademik IPT tersebut sebagai penasihat.
- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos 2009
- Dan beberapa lagi syarat yang boleh dibaca di SINI.
Satu lagi, jangan lupa untuk menghadiri MCC Workshops yang akan diadakan di 6 buah bandar besar di Malaysia bermula pada 20hb Julai ini di Johor Baharu dan akan berakhir pada 12hb August di Kuching. Berikut adalah jadual penuh Workshop MCC 2009 :
Kenapa anda perlu menghadiri Workshop ini? Kerana jika anda inginkan peluang yang takkan datang lain kali, inilah dia…Dan saya, ASRI AL-BAKER akan berada di setiap workshop tersebut (Insya Allah).
Maka dengan itu, silalah war-warkan, hebahkan dan cananglah seluruh pelosok desa dan kota, bagitau sanak saudara dan handai taulan. Sapa-sapa yang ada anak, atau cucu, atau sepupu yang belajar di IPTA / IPTS kat Malaysia ni, racunlah diorang suruh masuk MCC ni. Tak rugi wooo…
Mana dia Symbian programmer paling terer kat Malaysia ni? Meh sini masuk MCC 2009!!!
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, Symbian
Trackback from your site.
-
http://aizam88.wordpress.com programmer



November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!