Preview Nokia N8 (Vasco) Oleh Mobile-Review
1. Bertuahlah badan Eldar Murtazin, ketua editor di laman sesawang Mobile-Review kerana beliau sudah menjadi antara orang pertama (di luar pasukan pembangun) yang mencuba telefon pintar Nokia N8.
2. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Nokia N8 menggunakan Symbian^3 sebagai sistem operasinya dan dijangka akan diumumkan oleh Nokia pada bila-bila masa.
3. Jika dilihat dari segi luarannya, N8 agak hebat juga. Dengan kamera 12 megapixel beserta lampu flash Xenon, ia kelihatan seperti mahu menyaingi Sony Ericsson Satio.
4. Satu lagi kemampuan N8 ialah merakam video beresolusi tinggi. Begitu juga dengan kemampuannya untuk memancarkan video HDMI ke televisyen dengan kabel HDMI.
5. Dari segi antaramukanya, ramai yang tersalah anggap bahawa Symbian^3 akan membawa banyak pembaharuan. Tetapi tidak sebenarnya, Symbian^3 masih kelihatan seperti Symbian^1 (S60 5th Edition) tetapi dengan serba sedikit penambahbaikan seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini.
6. Sebagai contoh, Symbian^3 menggunakan butang operasi (softkeys) yang diletakkan di bahagian bawah skrin apabila berada dalam mod landscape. Ini adalah satu elemen yang menampakkan lagi betapa elegannya Symbian^3. Berbeza dengan Symbian^1 yang memiliki butang operasi di sebelah tepi kanan skrin.
7. Masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kehebatan atau kekurangan Symbian^3 dan juga N8.
8. Saya mengambil langkah untuk berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat saya untuk Symbian^3 kerana banyak lagi yang belum diketahui.
9. Antaramuka Symbian akan diubah dengan sepenuhnya pada Symbian^4. Jadi, adalah tidak adil sekiranya segala yang negatif dilontarkan kepada Symbian^3 pada masa sekarang tanpa ada peranti sebenar.
10. Teruskan membaca rencana Mobile-Review dari laman sesawang rasminya.
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
Azeem
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
L4N





November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!