logo
17
Jul

Podcast Suara Symbianku 2

Written by asri. Posted in Suara Symbianku


podcast

1. Sudah sebulan lebih semenjak Podcast Suara Symbianku 1 dikeudarakan. Kini tibalah pula Podcast Suara Symbianku 2 pula.

2. Antara yang menarik kali ini ialah :
- Sedikit pengalaman saya di Nokia Connection 2010, Singapura
- Kenyataan Anssi Vanjoki – “The Fight Starts Now”
- Symbian dianaktirikan lagi oleh media
- Firmware update telefon Symbian Nokia
- Apsal Symbian tu best?
- Review ringkas perisian Symbian terbaru seperti Opera Mobile 10.1 beta, SyncLion, WordPress, Orange Home Tsunami, The Symbian Podcatcher
- Dan banyak lagi.

3. Saiz file podcast kali ini ialah lebihkurang 80 mb dan berdurasi dalam 1 jam setengah

4. Saya alu-alukan sebarang komen untuk memantapkan lagi podcast Suara Symbianku.

5. Sekiranya anda berminat untuk melanggan (subscribe) Podcast Suara Symbianku, sila gunakan pautan ini :

http://www.symbianku.com/?feed=podcast

6. Untuk telefon pintar Symbian S60 3rd Edition dan Symbian^1, anda boleh memasang perisian percuma Symbian Podcatcher bagi menikmati podcasts.

7. Sekiranya anda lebih suka menikmati podcasts melalui desktop (Mac, Linux, Windows), kami cadangkan anda pasang perisian MIRO. Ia PERCUMA dan boleh dipindahturun dari http://getmiro.com/

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , , , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • L4N

    Bior le blog2 Symbian tu nak tutup pun. Kebanyakkannya x sebesar mana pun, usia pun br setahun jagung, & sekadar ikut- ikutan. Yg btl2 passionate tentang Symbian, & jauh lbh berkualiti dari segi penulisan & isi is AllAboutSymbian. Mereka ni pelopor & bkn sekadar jd pengikut (org blog kau pun nak blog). Ini bknlah bermakna aku menyokong Symbian @ Nokia 100%. Diorang ni pun, Nokia especially, mmg mangkuk hayun yg mencabar kesabaran peminat2 setia Symbian. So in a way aku faham jgk le tindakan diorg berpaling ke Android. Aku sebenarnya pun dh sebulan bermain2 dgn Android. Mmm, camne nk ckp ye, best ke x..ada yg best, & byk jgk yg xbest langsung. Utk internet, mmg sgt best, smooth, xde lagging. Youtube better dpd Symbian, email pun best, intergrasi antara applikasi2, screen yg cantik, & secara keseluruhannya aplikasi2 yg jauh lbh baik, but that's it (pd akulah). Semua yg best tu xberapa penting sebenarnya, dari segi luaran je. Jika dilihat dgn lbh mendalam, diorg ni bertahun2 ketinggalan dgn Symbian. Multitasking, file management, task management, folders, keupayaan utk customize (themes, fonts & sebagainya), kamera, music & video, gps navigation, bateri, semuanya lebih pada Symbian. Kekurangan Symbian byk disebabkan hardware yg kurang power. Jika masalah ni diperbaiki (mcm N8), & ketidak- konsistenan (haha) pada S^1 diperbetetulkan, & tarik blk perhatian software developers, Symbian will be fine. Nak hantar file melalui bluetooth pun nak kena guna 3rd party software ni apa cerita Android ni? Mmglah sofware 2 free, tapi semua yg free ada iklan & kena sentiasa connect online. Asalnya aku beli Android ni utk bagi seseorang, tp skrg dah xpasti nak bagi @ jual je & bagi lain. Aku rasa kita blh pilih utk buat keputusan sendiri, or jadi mcm lembu yg diikat kat hidung & ikut trend semasa membuta-tuli beli apa yg ramai di sekeliling kita beli. Symbian will be back, & be back stronger than ever. Aku rasa Android yg perlu bekerja dgn lbh keras utk capai standard yg dah dicapai Symbian bertahun2 lamanya. Symbian plak memang perlu baiki dari segi luarannya (UI) utk menarik perhatian org. Dan juga semua bugs2 & sistem yg x stabil yg dh bertahun2 wujud ni serta Ovi services yg dah 2 thn ntahapape ni perlu diperbaiki. Secara peribadi aku x suka google sbb aku rasa diorg dah terlalu besar & perlu ada sesuatu yg memberi saingan & Nokia & servicesnya berserta Symbian satu2nya yg mampu memberi persaingan 2. Samsung xpyh ceritalah (sori boss Adly), support pun x wujud buatpe aku nak sokong. Samsung ni ibarat pembelot yg pergi kepada bidder yg tertinggi je. Diorang keluarkan phone baru setiap bulan kemudian lupakan. They don't deserve my money.

    P.S ; Suara mcm dj radio lah, ada nilai komersil.

  • mietec

    Betul L4N… aku pakai i8910. Samsung haram nak maintain firmware utk phone ni… nasib baik la ada custom/cooked rom kat luar sana… Terus jadi lagi berbaloi2 phone aku ni… rom ni lak, bukan main cepat lak update…. sampai tak larat la lupak… asik nak flash je…

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site