Pisang Berbuah Lagi, Di Singapura!
1. Setelah berpenat lelah sehari suntuk dari pagi hingga ke petang menghadiri acara Nokia Connection 2010, para media yang datang dari pelbagai negara di Asia Pasifik, telah dijemput pula untuk menyertai acara The Ultimate Nokia Night Challenge.
2. Secara ringkasnya, acara ini adalah untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada para media dan ia telah direkabentuk untuk dijalankan menggunakan telefon pintar Nokia serta perkhidmatan Ovi Maps.
3. Acara dimulakan sekitar pukul 5.30 petang dengan upacara penerangan ringkas oleh pihak panitia. Setiap pasukan akan diberikan sebuah Nokia N97 Mini dan sebuah Nokia N8 (kena kasi balik kepada panitia selepas tamat acara) untuk digunakan dalam cabaran ini. Tugasan-tugasan akan diberikan spabila setiap klu telah berjaya diungkaikan.
4. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya tidak!…
5. Ada 10 pasukan yang dibahagi-bahagikan mengikut negara masing-masing. Setiap pasukan terdiri dari 7 atau 8 orang peserta. Saya telah dimasukkan dalam KUMPULAN 1 iaitu pasukan Malaysia (1Malaysia!….)
6. Anggota KUMPULAN 1 terdiri dari Kashminder Singh (Majalah Mobile World), Wan (Majalah E-Ring versi Melayu), Sebastian (The Sun), Colin Charles (Bytebot.net), Toh Hoon Kheng (Blog MyTech News), Mike Foong (http://mikefoong.com/), dan saya Asri al-Baker dari Symbianku.Com.
7. Kami telah bersepakat untuk melantik Kashminder Singh untuk menjadi ketua kumpulan ini. Cabaran yang menanti dihadapan akan kami harungi demi mengharumkan nama negara! Chewah! Patriotik beb!!!
8. Selama lebihkurang 2 jam kami telah menjalankan tugasan disekitar kawasan Suntec City di Singapura. Berbekalkan telefon pintar Nokia N97 Mini dan Nokia N8, kami berlegar-legar dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan klu-klu yang diberikan.
9. Banyak kejadian yang agak menggelikan hati kami telah berlaku. Antaranya, setelah memahami peraturan yang diberikan, kami bergegas menaiki van yang disediakan. Sebelum itu, kami dikehendaki menyelesaikan klu yang pertama. Dengan rasa amat yakin dan poyo kerana kami adalah pasukan yang PERTAMA meninggalkan kawasan permulaan, kami melompat masuk kedalam van tersebut dan terus menuju ke checkpoint nombor 2 bagi mengambil klu yang ke-2. Sesampainya kami di tempat yang dimaksudkan, panitia memberitahu kami bahawa ada satu lagi klu penting yang perlu kami tunjukkan untuk mendapat klu yang ke-2. Tanpa klu tersebut, kami tidak diberi pelepasan untuk meneruskan cabaran. Apa lagi, dengan rasa berat hati, kami masuk kembali ke dalam van dan menuju ketempat bermulanya cabaran iaitu di hotel Conrad bagi memulakan kembali cabaran. Aduyyai….
10. Satu lagi pengalaman menarik ialah apabila kami dikehendaki untuk mencari sebuah tempat makan yang dipanggil “APA ROJAK”. Sesampainya gerai makan tersebut, kami dikehendaki menghabiskan sepinggan besar Rojak Singapura, berebut-rebutlah kami makan! Perut pulak masa tu dah lapar tahap gaban sebab lari kesana-kemari. Apa lagi!… Tak sampai 5 saat, licin! Selepas itu, kami dikehendaki mengambil foto pinggan yang telah dikosongkan dan menghantar foto tersebut melalui MMS ke nombor yang telah ditetapkan bersama ayat ringkas untuk menerangkan keenakan rojak yang telah habis disapu licin! Ketua Pasukan 1, Encik Kashminder Singh telah mempertanggungjawabkan saya untuk menulis kata-kata yang padat dan ringkas penuh makna. Maka nukilan ini tercetus “ROJAK SATU!!! WALLAUWEH!!! THE ROJAK TASTES LIKE MANNA FROM HEAVEN. LEBIH HANGAT DARI OVI MAPS YOU KNOW!!! GEREK SEH!!!”
11. Antara pengalaman yang kami rasa palng mencabar adalah ketika kami mencari satu tempat yang dipanggil Peranakan Museum. Pusing sana-sini, tak jumpa kerana pada ketika itu, Nokia N97 Mini yang memiliki peta Ovi Maps, tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka kami berjalan kaki sejauh lebihkurang 500 meter dan akhirnya barulah sampai di muzium yang dimaksudkan.
12. Dari situ, kami dibawa menaiki van menuju ke Perpustakaan Negara Singapura untuk checkpoint yang terakhir dan majlis penutup. Rasa dihati amat berdebar-debar kerana tiada siapa tahu pasukan manakah yang telah berjaya sampai ke checkpoint terakhir. Sesampainya di Perpustakaan Negara Singapura, kami berlari-lari untuk menaiki lif kerana dibelakang kami, ada satu lagi pasukan yang juga sedang menuju ke checkpoint terakhir. Nasib baiklah kami cepat dan pihak panitia membenarkan hanya satu pasukan sahaja yang dibenarkan menaiki lif pada satu-satu masa.
13. Sampai di atas, lif terbuka dan terdengarlah sorakan serta tepukan gemuruh. Terdengar pengumuman mengatakan kami adalah pasukan yang ke-5 sampai di garisan penamat. Dengan rasa teruja yang amat sangat serta semangat berkobar-kobar yang semakin pudar… Kami menerima dengan hati yang terbuka. APa lagi! Dah sampai disitu, makanan pun dah dihidangkan, melantaklaaaa!!!!
14. Dua jam kemudian, sekitar jam 9.30 waktu singapura, pasukan yang terakhir, telah tiba. Kami yang sampai terlebih dahulu telah keletihan dan perut semakin sebu menjamu makanan.
15. Majlis penutup dimulakan sekitar jam 11 malam dan satu demi satu keputusan diumumkan. Pada ketika itu, saya memang tidak berfikir untuk memenangi apa-apa pun kerana kami bukan pasukan yang pertama sampai. Kami juga rasakan, markah kami tidak begitu tinggi. Ini kerana, pemenang bukan diambil dari mereka yang sampai awal sahaja, bahkan banyak lagi ciri-ciri lain seperti kreativiti dan kerjasama yang diambil kira.
16. “Pasukan yang menang untuk acara Ultimate Night out pada malam ini, mencatat masa 1 jam 47 minit, serta menonjolkan kreativiti yang tinggi bakal membawa pulang telefon pintar Symbian Nokia X6 setiap seorang, ialah, Pasukan Nombor SATU!!!” (saya dah terjemahkan pengumuman tersebut menjadi bahasa Melayu. Ia diumumkan dalam bahasa Inggeris asalnya).
17. Hah!!! Saya rasa macam tak percaya apabila pasukan saya diumumkan sebagai pemenang!!! Saya melompat kegembiraan dan setiap ahli pasukan saya juga bertepuk tampar berlaga pipi (rekaan semata-mata) kerana masing-masing tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan.

Tengokla... Muka masing-masing macam tak percaya menang! Masa ni Mike Foong dah balik. Terus balik lepas dapat hadiah!... Hehehe... sebenarnya Mike ada disitu dicelah-celah tetamu yang datang...
18. Sewaktu mengambil hadiah Nokia X6, saya diberitahu oleh wakil Nokia bahawa – “Your Rojak description aaa, makes me want to go to that place you know… Very creative and congratulations!“. Sambil menunjukkan ibujarinya kepada saya.
19. Sesampainya saya di hotel pada malam itu sekitar jam 1 tengah malam, saya mengabadikan hadiah kemenangan itu dalam foto dan saya amat terkejut lagi sekali kerana saya sangkakan ia adalah versi 16 GB tetapi rupa-rupanya, bukan! Ia memiliki 32 GB dan datang bersama perkhidmatan Comes With Music dan juga aksesori seperti Nokia Stereo Headset HW-500!!! Huhu!!! Alhamdulillah!!!….
20. Maka tuan-tuan dan puan-puan, siapa kata pisang tidak boleh berbuah 2 kali? Menurut pengalaman saya, dah 3 kali dah pisang berbuah!!!
Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian, Symbian^1




November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!