logo
12
Jun

Piala Dunia 2010 – Cara Symbian!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku, Cakap-Cakap Symbian, Featured, Pindah-Turun (DOWNLOAD)


Ia datang 4 tahun sekali dan akan membuatkan anda demam dan juga bermata kuyu pada esok hari! Inilah dia Piala Dunia dan pada kali ini ia dipertandingkan di Afrika Selatan!

Kita di Malaysia sangat bertuah kerana dapat menyaksikannya secara langsung samada melalui televisyen, internet atau di TELEFON SYMBIAN! Ya! Anda kini dapat mengetahui segala-galanya melalui telefon anda. Bagaimana? cuma BACA dan IKUTI sahaja saranan dibawah ini!

1. Jadual Piala Dunia 2010 dari Symbianku.
Klik SINI untuk memindah-turun fail ini ke komputer (atau telefon) anda. Sesuai untuk semua S60-3rd, UIQ3 dan Symbian^1 (S60 5th Edition).

2. Tema ‘World Cup 2010′ Untuk Symbian.
Terdapat 3 pilihan tema iaitu:
(a) IND190 – http://ind190.blogspot.com/2010/05/zakumiind190.html
(b) Larsson – http://www.s60art.com/2010/06/01/world-cup-2010-by-larsson/
(c) Blue Ray – http://www.brthemes.com/world-cup-2010-by-blue_ray/

3. Pelbagai Pilihan Perisian Melalui OVI-STORE
Kepada pembaca yang tidak mengetahui tentang Ovi Store, sila baca di SINI – http://www.symbianku.com/ovi-store-betapa-mudahnya-menambah-perisian-ke-telefon-setiap-hari/

4. ‘Wallpaper’ Piala Dunia 2010.

Boleh anda dapati dari SINI – http://www.tehkseven.net/news/tehkseven-news/fifa-2010-world-cup-wallpaper-downloads/

5. Segala-galanya Tentang Piala Dunia di Symbian-Guru!
Ya! Tidak cukup dengan segala yang ada, dapatkan LEBIH LAGI dari SINI – http://www.symbian-guru.com/welcome/2010/06/symbian-gurus-ultimate-guide-to-the-2010-fifa-worldcup-on-symbian.html

6. Kepada yang gila TWITTER (Gravity/Nimbuzz/Tweet S60) sila ikuti HASHTAG #worldcup dan #wc2010 di telefon anda untuk mengetahui berita-berita terkini tentang Piala Dunia ini.

Bagaimana? seronok bukan apabila memiliki sebuah telefon Symbian di musim Piala Dunia ini? Jika anda memiliki atau mencadangkan perisian-perisian yang lain, sila kongsikan pengalaman anda tentang ‘World Cup 2010′ di telefon Symbian anda pada kami dengan mengirimkan komentar di bawah ini.

Ok, Tamat sudah artikel ini dan kini saya perlu beri tumpuan pada pasukan saya iaitu SEPANYOL! Ada sesiapa di sini yang menyokong Sepanyol? Ada.. ?

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • shinpeng

    Saya guna perisian Yahoo! WC…. malas nak tengok time game pukul 2.30a.m.. Celik mata je terus lihat keputusan terkini…
    Saya penyokong tegar pasukan Netherland hehehe….

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site