Perisian Wajib – AutoInstaller
1. Mereka yang berhati waja, semestinya pernah mem”format” telefon pintar Symbian S60 mereka apabila menghadapi masalah.
2. Sesudah mem”format”, adalah amat menjengkelkan hati untuk memasang perisian kegemaran satu-persatu.
3. AutoInstaller menyelesaikan masalah itu kerana ia adalah sebuah perisian pintar yang membolehkan anda memasang banyak perisian dengan sekali tekan tanpa perlu membaca dialog-dialog yang dipaparkan.
4. Cara penggunaan AutoInstaller juga amat mudah. Letakkan fail-fail .sis, .sisx dan .jar yang anda ingin pasang kedalam folder Thinkchange didalam kad memory mengikut struktur C:\ atau E:\.
5. Jika anda ingin memasang perisian tertentu dalam C:\, maka letakkan fail pemasangan .sis, .sisx, dan .jar di dalam folder E:\Thinkchange\C .
6. Begitu juga sekiranya anda ingin memasang perisian ke dalam kad memori, campakkan fail pemasangan ke dalam E:\Thinkchange\E .
7. AutoInstaller akan mula memasang perisian satu demi satu selepas anda menekan pilihan menu ” Start Install “. Anda tidak perlu melakukan apa-apa dalam proses tersebut. Hanya lihat sahaja ia beroperasi.
8. Sekiranya segalanya berjalan lancar, anda tidak akan menghadapi masalah. Tetapi sekiranya AutoInstaller berhadapan dengan masalah, ia akan memberitahu anda dan menghentikan proses pemasangan serta-merta.
9. Perisian AutoInstaller dibangunkan oleh seorang pengaturcara bernama Tong Ren. Anda boleh mendapatkannya secara percuma dari laman sesawang beliau .
10. Walaubagaimanapun, anda perlu menandatanganinya terlebih dahulu sebelum memasangnya. Sekiranya anda ingin memiliki versi yang sudah siap ditandatangani, anda boleh menderma sejumlah wang kepada Tong Ren.
11. Bagi saya, AutoInstaller adalah wajib. Kerana ia bukan sahaja berguna selepas mem”format”, tetapi apabila saya ingin memasang banyak perisian sekaligus pada bila-bila masa.
– Asri al-Baker, untuk Symbianku.com, 20 Oktober 2009 .
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: S60-3rd, S60-5th, Symbian
Trackback from your site.
-
HISHAM
-
Man28_12
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!