Perisian SugarSync untuk Symbian^1
1. “Cloud Synching” ataupun “penyimpanan data di awan” adalah satu istilah yang merujuk kepada teknologi yang membolehkan pengguna menyimpan, mengakses, menyamaratakan dan menguruskan data peribadi di internet
2. Kebiasaannya, apabila memperkatakan mengenai perkhidmatan cloud synching ini, ia melibatkan data yang disimpan di dalam server, dan pengguna boleh mengakses data tersebut dengan mudah menggunakan pelbagai cara iaitu melalui pelayar web dikomputer, melalui perisian khas yang dibangunkan, dan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, dan sebagainya.
3. Antara perkhidmatan cloud synching yang popular ialah Dropbox, dan juga Google Documents.
4. Bagi saya, untuk memilih perkhidmatan cloud synching yang sesuai, ada beberapa ciri yang mesti ada. Antara yang paling penting dan satu kemestian ialah sokongan terhadap sistem operasi Symbian. Ini kerana, seperti biasa, kebanyakan perkhidmatan seumpama ini tidak membangunkan perisian khusus untuk peranti Symbian tetapi mereka membangunkan perisian untuk sistem operasi lain seperti Android, iPhone dan Blackberry.
5. Jadi, pada saya, siapa dulu yang buat perisian cloud synching untuk Symbian, akan mendapat undi saya
6. Harapan saya dimakbulkan apabila hari ini, 19 Ogos 2010, satu pengumuman penting telah dibuat oleh SugarSync.
7. Dengan rasminya, SugarSync mengumumkan bahawa perisian cloud synching mereka kini boleh dipindahturun dan digunakan oleh pengguna-pengguna peranti Symbian dengan percuma! Ini bermakna, mereka menjadi penyedia perkhidmatan cloud synching yang pertama menawarkan perisian cloud synching khusus untuk Symbian.
Perbandingan SugarSync dengan perkhidmatan cloud synching yang lain boleh dilihat disini : https://www.sugarsync.com/sync_comparison.html
8. Untuk menggunakan perisian percuma ini dengan perkhidmatan SugarSync, anda hanya perlu mendaftar akaun dengan mereka. Ada beberapa pakej langganan berbayar bulanan yang anda boleh pilih.
9. Anda juga boleh menggunakan perisian percuma ini dengan akaun SugarSync percuma iaitu terhad kepada saiz 2GB sahaja dan data hanya boleh disamaratakan dalam 2 buah komputer.
10. Kelebihan menggunakan cloud synching terletak pada kemudahan untuk mengakses data tidak kira tempat dan masa. Asalkan ada komputer dan akses internet.
11. Anda juga boleh menghantar fail dengan mudah kerana anda tidak perlu melampirkan fail yang besar dalam email. Cukup dengan menghantar pautan SugarSync anda.
12. Berkongsi fail juga menjadi mudah. Hanya perlu hantarkan pautan SugarSync kepada rakan anda.
13. Anda tidak perlu risau untuk membawa USB thumbdrive atau harddisk kemana-mana kerana dengan SugarSync, anda boleh mengakses data-data penting seperti dokumen, gambar dan sebagainya tanpa banyak masalah asalkan anda mempunyai capaian internet.
14. Sekiranya anda mampu untuk melanggan pakej bulanan, anda akan mendapat nilai perkhidmatan yang lebih baik dengan ruang simpanan data yang lebih besar serta penyamarataan data yang tidak terhad antara semua komputer anda serta fungsi-fungsi lain yang berguna.
15. Sekiranya anda tidak mampu, pakej 2GB percuma sudah memadai.
16. Ya! Mungkin ada yang akan berkata “Aku tak perlukan cloud synching sebab data-data aku tak banyak pun…“. Itu terpulang kepada anda.
17. Sekiranya anda berminat untuk melanggani perkhidmatan SugarSync baik yang percuma mahupun yang berbayar, sila gunakan pautan referral ini (anda akan membantu saya menambah jumlah kapasiti storan percuma
) : http://www.sugarsync.com.
18. Dapatkan perisian mantap SugarSync ini dengan percuma dari http://www.sugarsync.com/symbian. Hanya untuk Symbian^1 sahaja!
Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Internet, S60-5th, Symbian, Symbian^1
Trackback from your site.






November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!