Perisian Facebook S60 3rd Edition Rasmi Sudah Tiba

1. Sudah lama pengguna-pengguna telefon pintar Symbian S60 3rd Edition menunggu kedatangan perisian khusus untuk Facebook. Saya pernah menulis mengenai perkara ini dalam artikel saya bulan lepas .
2. Memanglah ada beberapa cara untuk mengakses Facebook elalui telefon pintar S60 3rd Edition seperti menggunakan pelayar Web S60, Opera Mini, Opera Mobile ataupun perisian lain seperti Gravity dan juga Snaptu. Tapi tiada yang betul-betul hebat seperti yang terdapat dalam iPhone ataupun sekurang-kurangnya seperti Facebook dalam Blackberry.
3. Sebelum ini, perisian Facebook dalam bentuk Widget telah pun dibangunkan dan boleh digunakan tetapi hanya untuk Symbian S60 5th Edition sahaja.
4. Semalam, dengan rasminya, perisian widget Facebook untuk S60 3rd Edition telah dilancarkan. Tetapi hanya untuk E71 dan E72 sahaja. Pengguna-pengguna telefon pintar S60 3rd Edition yang lain kena tunggu dulu. Tiada kenyataan mengatakan ia boleh dipasang pada model-model lain. Harapnya, ia akan dipertingkat secepat mungkin untuk menyokong lebih banyak model.
5. Saya agak teruja dan gembira pada masa yang sama kerana selama ini, ramai yang mengutuk mengatakan telefon pintar Symbian tidak sesuai digunakan untuk Facebook. Secara peribadi, saya menyukai rekabentuknya yang ringkas dan paparan menu yang praktikal. Ia juga mudah digunakan kerana ikon-ikonnya adalah ikon standard sepertimana dalam laman sesawang Facebook. Yang paling penting, ia berfungsi dengan LANCAR! Disinilah kekuatan teknologi pembangunan aplikasi internet menggunakan WRT yang mana ia berfungsi seperti sebuah perisian ”native” padahal ia adalah Widget.
6. Dari segi antaramukanya, untuk menukar dari satu fungsi ke fungsi yang lain, anda hanya perlu gerakkan D-Pad. Ada fungsi Home, Profile, Friends, Photos dan juga Inbox.
7. Fungsi memperbaharui status juga disokong dalam perisian ini. Satu lagi ciri menarik ialah memindah naik foto. Hebat kan?
8. Anda boleh menghantar komen kepada status rakan anda tetapi anda tidak boleh menyukai (Like) mana-mana komen. Semoga fungsi ini akan diwujudkan di masa akan datang.
9. Tak sabar rasanya nak mencuba dan menggunakan perisian ni. Nikmatilah beberapa keping screenshot aksi perisian ini yang saya ambil untuk anda!!!













10. Sudahkah anda mencuba perisian ini? Apa pendapat anda? Puas hati? Apa yang anda rasa boleh dan perlu dipertingkatkan?
11. Dapatkan perisian Facebook percuma ini untuk E71 dan E72 sahaja dari Ovi Store sekarang!!!
- Asri al-Baker
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: Facebook, Nokia, S60 3rd Edition, Symbian

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!