logo
30
Jun

Pengalaman Membelai Nokia N8 Buat Pertama Kali

Written by asri. Posted in Prapandang (Reviews)


PENAFIAN – Nokia N8 yang digunakan dalam ujikaji ini adalah masih berada dalam peringkat prototaip. Banyak perkara yang masih dalam peringkat pembangunan dan tidak berjalan dengan lancar. Prototaip-prototaip yang diuji adalah unit pameran yang diletakkan di dalam dewan pameran sempena Nokia Connection 2010 di Kota Singa pada 14 Jun 2010.

1. Sewaktu di Kota Singa menghadiri Nokia Connection 2010, saya telah berkesempatan membelai beberapa unit telefon pintar Nokia N8 yang disediakan di dewan pameran.

2. Secara peribadi, pengalaman ini amat berharga kerana saya sudah lama tidak merasa sebegini teruja dengan telefon pintar berkuasa Symbian baik dari Nokia atau dari Samsung, dan juga Sony Ericsson.

3. Ini kerana, pada pendapat saya, telefon pintar Symbian telah dianaktirikan dan tidak diberikan layanan dan perhatian yang sepatutnya oleh pengeluar-pengeluar telefon bimbit global. Kebanyakan telefon pintar Symbian diberikan perkakasan yang biasa-biasa sahaja. Belum pernah ada telefon pintar Symbian yang menggunakan prosessor 1GHz atau RAM sebesar 512MB setakat ini.

4. Sebagai contoh, sewaktu saya memegang Nokia N97 buat pertama kali, saya merasa agak kecewa kerana QWERTY keyboardnya yang agak pelik dan agak payah untuk digunakan. Dan perasaan kecewa itu menjadi semakin besar apabila mengetahui yang N97 hanya memiliki RAM sebanyak 128MB dan hanya dikuasakan oleh prosessor yang berkapasiti 440MHz sahaja. Bagaimana sebuah peranti multimedia yang bergelar “flagship” boleh dikeluarkan dengan spesifikasi yang begitu rendah?

5. Jangan salah faham. Saya sememangnya amat meninati Symbian. Ia berada di dalam darah saya. Sebagai sebuah sistem operasi pintar untuk peranti mudah alih, ia masih tiada tolok bandingnya dan jauh kehadapan.

6. Peluang yang tersedia di hadapan mata untuk membelai Nokia N8 saya gunakan sebaik-baiknya.

Memasukkan teks dengan keypad baru!

7. Antara perkara pertama yang saya periksa dan teliti pada Nokia N8 ialah cara untuk memasukkan teks. Sejujurnya, saya amat benci dan menyampah dengan cara memasukkan teks yang diletakkan dalam Symbian^1 (S60 5th Edition), terutamanya apabila digunakan dengan keadaan menegak (portrait).

8. Perasaan saya bercampur-campur dan jauh disudut hati saya, saya mengharap satu perubahan yang menjanjikan kemudahan dan pada masa yang sama, kekal elegan.

9. Saya sudah mengetahui bahawa Symbian^3 akan menggunakan kaedah memasukkan teks yang berbeza dari Symbian^1 tetapi saya ingin menyaksikannya dengan mata saya sendiri dan jika diizinkan, saya betul-betul mahu mencubanya.

Nokia N8 alphanumeric keypad

Nokia N8 alphanumeric keypad

10. Sebaik sahaja saya berjaya memperolehi satu unit pameran N8, saya terus mencuba kaedah memasukkan teksnya dan benarlah seperti yang saya ketahui. Ia memang berbeza. Dan perbezaan itu menggembirakan hati saya kerana keypad maya menegak (portrait) dalam Symbian^3 telah diubahsuai, tiada lagi butang berwarna hijau disebelah kiri atas, sebaliknya, butang hijau tersebut telah dialihkan kebahagian kiri bawah. Lebih mudah untuk dicapai dengan ibujari.

Symbian^3-alphanumeric-portrait

Keypad menegak (portrait) Symbian^3 dalam Nokia N8

symbian1-alphanumeric-keypad

Keypad Nokia X6 yang menggunakan Symbian^1

11. Begitu juga dengan butang menu teks serta anak panah kiri kanan yang kini semuanya diletakkan dibahagian bawah. Sebelum ini semuanya di bahagian atas.

12. Butang-butang keypad juga lebih besar dan yang agak mengejutkan saya ialah saiz ruang teks dipaparkan. Ia kini lebih besar dan lebih banyak teks yang dapat dimuatkan pada satu-satu masa.

13. Biarlah saya tegaskan disini untuk pertama kalinya bahawa saya amat menyukai rekabentuk keypad Symbian^3 ini dan proses memasukkan teks ketika digunakan dalam bentuk menegak (portrait) adalah lebih mudah ditambah pula dengan skrin “capacitive”, lebih mudah lagi untuk memasukkan teks menggunakan ibujari satu tangan.

Nokia N8 qwerty keyboard

papan kekunci qwerty Nokia N8

14. Seterusnya, saya cuba pula papan QWERTY maya yang hanya akan muncul apabila skrin digunakan dalam bentuk melintang (landscape). Terus terang saya katakan, saya amatlah benci dan menyampah dengan rekabentuk papan kekunci QWERTY melintang pada Symbian^1. Ia terlalu semak dan serabut dengan butang-butang menu yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Membuatkan ruang paparan teks menjadi terhad dan sempit.

papan kekunci qwerty Symbian^3

papan kekunci symbian^1

15. Bagaimanakah rupa papan QWERTY melintang dalam Nokia N8? Sejujurnya, perubahan yang dilakukan adalah sama seperti yang dilakukan kepada keypad menegak dengan meletakkan butang-butang “controller” dan menu di bahagian bawah. Ruang paparan teks pula menjadi besar dan selesa dipandang.

16. Tetapi apabila dicuba, saya agak terkucil apabila menekan papan kekunci tersebut. Ia tidak memberikan respon seperti yang saya harapkan. Tambahan pula, kedudukan antara kekunci pula agak rapat tanpa ada ruang yang besar diantaran satu kekunci ke kekunci yang lain. Menambahkan lagi keterkucilan saya.

17. Nampaknya, QWERTY melintang (landscape) masih belum boleh lagi digunakan dengan baik. Ia kelihatan lebihkurang sama dengan QWERTY melintang yang terdapat pada Nokia N900 (Maemo 5). Dan terus terang saya katakan, agak susah untuk saya menaip menggunakannya, tidak seperti QWERTY melintang yang terdapat pada Android, iPhone dan juga Bada.

keyboard qwerty portrait dalam N8. tapi tak jumpa cari...

18. Sebenarnya saya mencuba kaedah memasukkan teks dalam Nokia N8 untuk mencari satu fungsi yang sebelum ini saya temui di alam internet. Melihat kepada foto-foto prototaip Nokia N8 yang pernah saya temui, ada satu foto yang menunjukkan papan kekunci QWERTY menegak yang boleh digunakan dengan satu tangan. Ia kelihatan agak selesa digunakan dan jauh lebih baik dari apa yang terdapat dalam Nokia 5800 (QWERTY menegak yang amat kecil dan amat payah untuk digunakan).

19. Malangnya, puas saya belek Nokia N8 dan saya gali di dalam banyak Menu, serta Setting, saya tidak berjaya menemui QWERTY menegak tersebut. Lalu saya tanyakan dengan wakil Nokia.

20. Jawapan yang saya terima agak mendukacitakan. Menurut beliau, jurutera yang terlibat membangunkan Nokia N8 telah mengambil keputusan untuk TIDAK meletakkan QWERTY menegak kerana ia menjadikan proses memasukkan teks menjadi lebih kompleks. Dengan kata lain – sukar digunakan. Pada pendapat saya, ia menghadkan pilihan yang ada kepada pengguna. Ini kerana, bagi mereka yang sudah biasa menggunakan QWERTY menegak terutamanya dalam peranti-peranti bukan skrin sentuh seperti Nokia E71 dan E72, serta dari telefon pintar sistem operasi lain seperti Android dan Apple, ia amat mudah digunakan dan dengan rekabentuk yang tepat, ia juga boleh digunakan dengan satu tangan dengan selesa. Walaubagaimanapun, memandangkan Nokia N8 yang saya cuba itu masih lagi berada dalam peringkat prototaip dan belum menggunakan perisian yang paling terkini, saya menaruh harapan agar Nokia memberikan pengguna lebih pilihan dengan memasukkan QWERTY menegak apabila Nokia N8 dijual nanti.

Galeri Foto

21. Nokia N8 memiliki kamera digital 12 megapiksel yang menggunakan lensa Carl Zeiss serta pancaran lampu Xenon. Paduan kuasa ini menjanjikan satu pengalaman baru dalam telefon pintar Nokia yang dikuasakan oleh Symbian.

22. Kameranya memang berkuasa. Apabila digunakan untuk menangkap gambar, ia melakukannya dengan pantas serta lampu Xenonnya terus dicas semula dalam masa yang amt sekejap.

23. Saya bukan seorang pakar kamera (dalam hal ini, Incik Adli Ayob memang pakar). Jadi, saya tidak ingin membuang masa melihat fungsi-fungsi kamera yang ada pada Nokia N8 kerana hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikam. Oleh itu, saya mencuba perisian galeri foto yang datang bersama Nokia N8.

24. Untuk pertama kalinya, saya amat berpuas hati dengan sebuah perisian dalam telefon pintar Nokia yang digunakan untuk menonton foto. Tidak seperti perisian Gallery yang terdapat pada telefon pintar Symbian^1 yang amat lembab dan lambat.

25. Dengan perisian Galeri Foto bina dalam ini, pemaparan foto dilakukan dengan pantas. Perlu diingatkan disini bahawa kamera 12 megapiksel Nokia N8 menghasilkan fail yang agak besar yang biasanya akan membuatkan navigasi menjadi lembab. Tetapi tidak! Galeri Foto memaparkan foto-foto yang ditangkap menggunakan Nokia N8 dengan amat pantas. Termasuklah fungsi-fungsi seperti zoom (dengan dua jari – multitouch), rotation, dan sebagainya. Tidak perlulah membeli Resco Photo Viewer selepas ini!

26. Ada satu perkara yang agak menggelikan hati saya. Sewaktu melayari Menu Perisian, saya tercari-cari dimanakah Gallery. Rupa-rupanya ia dinamakan Photo. Apabila dibuka, ia memaparkan senarai foto dalam bentuk thumbnail dan juga video! Apa ni?… Macam mana video boleh dimasukkan dalam Foto? Pening kepala saya memikirkan semenjak bila pulak video boleh dipaparkan sama seperti foto…

Symbian^3

27. Sudah tentu, saya amat teringin untuk mencuba dan merasa sendiri perbezaan dan peningkatan yang telah dibuat dalam Symbian^3. Ini kerana saya percaya Symbian^3 telah menjalani proses penaiktarafan yang bukan sedikit semenjak dijadikan sistem sumber terbuka.

28. Saya tidak mengharapkan untuk melihat satu antaramuka yang betul-betul berlainan dan baru. Cukuplah saya nyatakan disini bahawa saya tahu yang Symbian^3 tidak dibina keseluruhannya dari asas. Saya tahu yang ia memiliki elemen-elemen Symbian^1. Saya datang dengan fikiran terbuka dan mengharap Symbian^3 nanti bakal menjadi seperti yang dijanjikan.

29. Dari segi rupa luaran, ia masih kelihatan seperti Symbian^1 tetapi ada beberapa perkara yang telah diubah serta dipertingkatkan. Paling ketara sekali ialah apabila digunakan dalam keadaan melintang (landscape), “Softkeys” dan “Status bar (missed calls, messages, etc)” kini berada di bahagian bawah skrin. Kalau sebelum ini, di Symbian^1 ia berada disebelah kanan skrin (kelihatan buruk dengan butang yang besar-besar). Kini tidak lagi.

30. Butang-butang softkeys dalam keadaan melintang di sebelah kanan skrin, kini lebih kecil dan tidak mengganggu pemandangan. Memberikan ruang yang lebih luas untuk perisian memaparkan data.

Menu pelancar perisian Symbian^3

menu pelancar perisian symbian^1

31. Pada paparan Menu Perisian pula, terdapat 2 baris ikon untuk memilih perisian. Ikon-ikon lebih besar dan lebih mudah dipilih. “Softkeys” juga berada di bahagian bawah skrin. Dalam Symbian^1, ada 3 baris ikon dan “softkeys” di sebelah kanan.

visual multitasking

32. Visual multitasking amat mudah digunakan dan memberi gambaran tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam telefon pintar Nokia N8. Multitasking dalam Nokia N8 amat lancar serta memberi satu dimensi baru dalam menikmati peranti Symbian. Tapi, macam mana nak tutup banyak “running programs” sekaligus aaa? Tau camna?

33. Homescreen. Sebenarnya saya kurang meminati konsep “Multiple Homescreen” ini kerana penggunaan peranti akan menjadi lebih kompleks dan lebih banyak interaksi diperlukan untuk mengakses sesuatu fungsi. Baik Android mahupun Bada (yang pernah saya cuba), agak sukar dan lambat untuk mengakses maklumat yang tidak dipaparkan di atas Homescreen. Walaubagaimanapun, mungkin saya seorang sahaja yang tidak suka konsep ini. Homescreen Nokia N8 memiliki fungsi untuk memaparkan jalan pintas kepada perisian, senarai kenalan, email, RSS, pesanan segera, SMS serta banyak lagi. Kebanyakan pengguna telefon pintar tidak meng”explore” semua fungsi telefon pintar mereka dan hanya menggunakan apa yang mereka nampak di Homescreen. Jadi, ini adalah satu cara yang mudah untuk memberi fungsi yang lebih kepada pengguna.

34. Single click direct interaction. Semua fungsi dan Menu dalam Nokia N8 boleh diakses dengan satu klik. Dalam Symbian^1, anda perlukan 2 klik untuk mengakses pilihan. Kini tidak. Saya dapati, dengan “direct interaction”, navigasi menjadi lebih mudah dan segalanya lebih responsif. Sekali tekan je terus bukak. Memang senang.

n8 long tap menu

35. Tap and hold. Apabila kita ingin mengakses sesuatu fungsi kepada data yang kita lihat seperti sebuah foto dalam senarai atau satu email dalam senarai kita boleh tekan data tu, jangan lepas, tunggu kejap, dan akan dipaparkan satu Menu pop-up yang memiliki fungsi asas untuk anda berinteraksi dengan data anda seperti Copy, Paste, Cut, Delete, Move dan sebagainya. Bayangkan macam menggunakan klik butang kanan pada tetikus komputer.

36. Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan anda. Tetapi, sebagai seorang manusia yang bertamaddun, saya rasa biarlah saya simpan dulu maklumat-maklumat berkenaan Nokia N8 buat masa ini. Saya rasa tidak perlulah saya menceritakan semua bende mengenai Nokia N8 dan Symbian^3 sekarang kerana apabila ia belum lagi berada dipasaran. “Potong steam” lah kan?….

37. Kita tunggu Nokia N8 masuk pasaran, dengan firmware yang dah siap dan sedia untuk digunakan, tidak ada maknanya sekiranya saya ceritakan segala-galanya dan apabila dikeluarkan nanti, banyak perubahan yang dilakukan.

38. Cukuplah saya katakan disini bahawa [b]saya amat BERPUAS HATI dan SELESA dengan perubahan dalaman dan peningkatan kosmetik yang dilakukan terhadap Symbian^3[/b]. Dengan kepantasan yang jauh lebih laju dari Symbian^1, serta antaramuka yang dipertingkatkan, saya yakin Symbian^3 bakal melakar sejarah bukan sahaja sebagai sistem operasi Symbian yang pertama yang betul-betul sumber terbuka, tetapi juga sebagai sistem operasi yang memberi kuasa kepada telefon pintar Nokia yang paling berkuasa dari segi multimedia, N8.

39. Kita tunggu Nokia N8 datang….

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • Rehe_97

    salam, nak tanye.. ade tak installer gps/garmin yg sesuai dgn SE w960i? sy guna hp tu.. tak jmpe installer gps, sy try install yg nokia punye, tp x bole..

  • adliayob

    @Rehe_97

    1. SE w960i tiadak disertakan chip GPS. Kalau install macamanapun tetap tak boleh.
    2. Cuba buat kajian sendiri dulu, dan TANYA PAKCIK GOOGLE sebelum membuat sebarang soalan atau komentar dalam blog ini.
    3. Kami juga menyediakan ruangan SEARCH pada blog ini untuk membantu anda menyelesaikan masalah.

    - Adli

  • Wanketereh

    salam tuan web…
    agak2 brapa hrga nokia bukak??
    dlam rm 2500 ke??

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Wanketereh,

    Salam,

    1. Di dalam Blog Symbian Malaysia ini (dan SEMUA blog yang ada di dunia internet), ada satu fungsi yang dinamakan “SEARCH” atau bahasa Melayunya CARIAN.

    2. Ia biasanya terletak disebelah kanan, dibawah logo blog seperti yang terdapat di blog ini dan ia dilabel dengan cukup terang dan jelas dengan perkataan “SEARCH”.

    3. Sekiranya anda menggunakan fungsi carian ini, dan menaip ayat “Harga Nokia N8″, nescaya anda akan dibawa menjelajah maklumat-maklumat yang memberikan anda informasi mengenai harga Nokia N8 yang akan diperkenalkan kelak.

    4. Sekurang-kurangnya, ada 2 jawapan yang paling relevan iaitu :

    - http://www.symbianku.com/10-perkara-hebat-menge…
    - http://www.symbianku.com/n8-pengumuman-rasmi/

    5. Adalah agak merugikan kepada kami, pengendali blog ini sekiranya maklumat-maklumat yang telah kami tulis, papar dan persembahkan, tidak dibaca oleh pengguna dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

    6. Jadilah pengguna yang bijak :-)

    - Asri al-Baker

  • Azeem_sarip

    Aku rase mungkin bawah RM 3000 kowt???

  • Kenshin_zanza

    harap N8 tidak menghampakan apabila dah kuar nnti…. masih ramai yang percaya nokia & symbian mampu manjadi iphone killer… byk blog2 luar negara yang memberi ulasan yg sgt positif tentang N8… cuma penduduk U.S sahaja yg masih memuja iphone sebagai produk yg tiada tolok bandingnya.. tetapi benua eropah dan asia masih lagi percaya nokia & symbian adalah yg terbaik… harap nokia tidak mengecewakan penyokong2 tegar mereka seperti yg telah mereka buat ketika N97… aku juga mengharapkan N8 ini nanti dapat menutup mulut pengguna iphone kat malaysia nie… ahakssss…..

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site