Pelayar Internet Ozone
1. Mengakses internet kini bukan lagi satu perkara asing bagi pengguna-pengguna telefon pintar Symbian. Malah bagi sesetengah orang (seperti saya), tidak boleh hidup tanpa internet
2. Setiap telefon pintar Symbian S60 dan UIQ, memiliki pelayar internet bina dalam. Untuk UIQ 3, pelayar internet bina dalamnya ialah Opera 8.65 manakala untuk S60 3rd Edition dan Symbian^1 (dahulu dikenali sebagai S60 5th Edition), pelayar internet bina dalamnya ialah S60 Web.
3. Ada juga beberapa perisian luar untuk mengakses internet yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi seperti Opera Mobile 10, Opera Mini 5, Opera Mini 4, UCWeb Browser, Go Browser, Bolt Browser, Digia @Web, Jataayu Browser, Skyfire dan pelbagai lagi.
4. Kali ini, saya ingin membawakan kepada anda, prapandang sebuah pelayar internet percuma yang dibangunkan untuk UIQ3 dan juga S60 3rd Edition. Namanya Ozone Browser.
5. Ia masih berada dalam peringkat alpha, iaitu peringkat permulaan pembangunannya. Walaubagaimanapun, ia memiliki beberapa fungsi yang lebih baik berbanding perisian S60 Web.
6. Secara lebih teknikal, Ozone Browser menggunakan enjin rendering Webkit iaitu enjin yang sama digunakan oleh S60 Web. Webkit juga digunakan oleh pelayar internet komputer desktop seperti Safari, Chrome, Arora dan Midori serta beberapa pelayar internet desktop yang lain.
7. Enjin Webkit ialah sebuah kod pelayaran internet sumber terbuka (open source) yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma. Asalnya ia dibangunkan berasaskan dari sumber kod pelayar Konqueror (KHTML) oleh Apple untuk pelayar Safari dan kini ia dibangunkan dengan lebih jauh lagi oleh syarikat-syarikat seperti Nokia dan Google.
8. Pengaturcara Ozone Browser telah mengambil kod Webkit dan meletakkannya dalam satu pakej dengan gabungan beberapa idea mereka sendiri untuk pelayar internet telefon pintar Symbian.
9. Ada beberapa idea menarik yang berjaya direalisasikan dalam Ozone Browser seperti kemampuannya untuk membuka pelbagai WIndows (biasanya kita panggil tab) untuk melayari berbagai laman sesawang pada satu masa, fungsi sejarah pelayaran internet menggunakan paparan visual dan kebolehan untuk mentafsirkan laman sesawang dalam bentuk desktop serta mobile.
10. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah pelayar yang masih dalam peringkat awal pembangunannya, Ozone Browser juga mempunyai kelemahan-kelemahan seperti penggunaan memori rawak (RAM) yang tinggi, tidak menyokong Flash dan rekabentuk yang agak kurang kemas. Ia juga sudah lama tidak dikemaskinikan seolah-olah pembangunnya tidak berminat untuk meneruskan projek ini.
11. Anda ingin mencuba Ozone Browser? Lawati laman sesawang http://www.o3mobi.com. Ia PERCUMA!
*** Nota kaki ;
- Ada pihak yang menghubungi kami dan mengatakan kami menerbitkan artikel yang MENIPU pembaca.
- Ini berlaku apabila pihak tersebut membaca artikel pelayar internet Ozone ini dan melihat perkataan “percuma”, pihak tersebut lantas menggunakannya dan memarahi serta menyalahkan kami kerana kredit prabayar dalam telefon pintar Symbiannya habis… akibat daripada menggunakan pelayar internet Ozone yang kami katakan sebagai percuma.
- Biralah saya terangkan maksud PERCUMA di sini. Untuk mengelakkan bertambahnya kekeliruan.
- Pelayar internet Ozone ini PERCUMA untuk dipindahturun, PERCUMA untuk digunakan. Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk memasangnya kerana ia bukan perisian komersial. Pembangunnya memberikan perisian ini secara PERCUMA.
- Walaubagaimanapun, melayari internet menggunakan pelayar internet Ozone TIDAK PERCUMA, sama seperti pelayar-internet yang lain. Anda perlu MEMBAYAR untuk menggunakan internet dari pembekal perkhidmatan anda (Maxis, DiGi, Celcom, U-Mobile etc). Oleh itu, sila pastikan anda melanggan pelan internet tanpa had untuk menikmati internet sepuas-puasnya melalui telefon pintar Symbian anda.
- Sekiranya anda menggunakan telefon pintar Symbian yang menyokong WiFi dan anda berada dalam lingkungan WiFi percuma, maka internet anda pun PERCUMA.
- Pelayar internet Ozone, dan juga Opera Mobile, juga S60 Web, dan Skyfire, serta Opera Mini (malah, boleh dikatakan kebanyakan pelayar internet dalam telefon pintar, kalau tidak semua) adalah PERCUMA. Sama seperti pelayar internet komputer meja (desktop). Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer, Chrome, Midori, Arora, dsb adalah PERCUMA.
- Sekiranya anda menggunakan pelayar internet desktop pun, anda PERLU membayar untuk menggunakan internet seperti Streamyx, P1, dan pembekal perkhidmatan yang lain.
Harap maklum
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, S60-3rd, Sony Ericsson, Symbian, UIQ3
Trackback from your site.
-
amier
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker













November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!