logo
17
Jul

Pandang Pertama – Homescreen Symbian^4 Dalam Fasa Pembangunan

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Symbian^3 dah lengkap dibangunkan. Kini tinggal menunggu pengeluar telefon pintar membina telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Symbian^3.

2. Symbian^4 pula sudah dimulakan pembangunannya. Dan ia adalah satu “milestone” yang sangat penting kerana bukan sahaja rangka utamanya telah dijadikan sumber terbuka secara keseluruhan, malah antaramukanya (UI) juga turut dibangunkan dari kosong.

3. Symbian^4 kelak bakal membawakan antaramuka baru yang tidak lagi kelihatan seperti S60 5th Edition (Symbian^1) seperti yang terdapat pada Symbian^3.

4. Usaha untuk membangunkan antaramuka baru ini bukanlah senang. Melihat kepada persainganyang hebat di dalam pasaran serta pengguna yang sudak menitikberatkan kualiti serta mudahguna, cabaran membangunkan antaramuka baru untuk Symbian adalah sesuatu yang berat dan perlu sokongan dari banyak pihak.

5. Sebelum ini, beberapa konsep ataupun lakaran antaramuka Homescreen Symbian^4 telah pun diedarkan dan ramai yang, seperti biasa, mengutuk dan memberi komen yang dangkal. Mereka tidak sedar bahawa itu adalah KONSEP, LAKARAN. Belum lagi dibangunkan menjadi produk yang sebenar.

6. Antaramuka Symbian^4 bakal memberi pengalaman baru kepada pengguna dan Symbian bakal menonjolkan kemampuannya yang sebenar untuk bersaing dalam industri telekomunikasi pintar.

7. Yayasan Symbian baru sahaja mengeluarkan maklumat berkenaan pembangunan fungsi Homescreen pada Symbian^4. Ini merupakan sesuatu yang positif kerana ia memberi peluang dan kesempatan kepada mereka yang berkebolehan (pembangun dan pengaturcara) untuk melihat Symbian^4 dengan lebih dekat dan mereka juga boleh menyumbangkan idea bagi memperbaiki kekurangan Symbian^4.

8. Disini saya ingin kongsikan beberapa screenshots Homescreen Symbian^4 yang sedang dibangunkan oleh Yayasan Symbian :

9. Komen ringkas saya :-
- Homescreen yang bersih, tidak serabut.
- Tiada lagi softkeys dibahagian bawah skrin.
- Menu boleh diakses menggunakan pop-up menu ataupun menu utama dari bahagian atas skrin
- Dalam screenshot appsearch, ia memperlihatkan papan kekunci alfanumerik yang bakal digunakan dalam Symbian^4 dan teks akan dapat dimasukkan menggunakan cara yang lebih selesa berbanding sekarang (text entry kena keluar window baru).
- Fungsi appsearch amat dialu-alukan kerana sudah lama saya inginkan fungsi itu. Dalam S60 3rd Edition anda software T9Nav & SkyeQuiKey. Harap-harapnya dalam Symbian^4 fungsi ini dapat diintegrasikan untuk memudahkan mengakses maklumat dan membuka perisian.
- Pasti akan ada suara-suara dungu dan akal-akal sumbang yang menyatakan Homescreen Symbian^4 kelihatan seperti Android, atau Bada. Padahal, berbeza. Cakap banyak takdela, kan… Kalau betul anda pakar, apa kata anda juga turut sama membangunkan Symbian^4. jangan hanya tau mengutuk dan mengomen tanpa asas yang kukuh ;-)

10. Sukacita saya maklumkan bahawa apa yang dipaparkan ini adalah masih dalam peringkat pembangunan. Belum lagi dikeluarkan dalam produk yang sebenar. Bahkan, sistem Operasi Symbian^4 juga masih dibangunkan secara keseluruhannya.

Rujuk di alamat : http://developer.symbian.org/wiki/index.php/Build_the_Symbian%5E4_Homescreen untuk mengetahui mengenai proses pembangunan Homescreen Symbian^4.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • Guest

    tak best langsung…. jam kat tengah tiru iphone……

    (hahaha.. aku saja je nak kutuk.. pemilik blog yg terkenal dgn makan pujian shj dan belajarlah merendah diri jgn suka menunjuk2)

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site