logo
01
Nov

OVI Store. Betapa Mudahnya Menambah Perisian Ke Telefon Setiap Hari!

Written by adliayob. Posted in Pindah-Turun (DOWNLOAD), Review: Software


ovi-01

Anda memiliki sebuah telefon Symbian S60 yang cukup canggih. Namun, ia kekurangan perisian-perisian terkini dan menyebabkan potensi sebenar telefon tersebut tidak diterokai. Jadi, pernahkan masalah-masalah di bawah ini menghantui anda sehingga menyebabkan anda berlari-lari anak ke kedai runcit yang berhampiran demi mendapatkan sebotol minyak angin untuk mengurangkan stress?

  • Saya ingin muat-turun perisian percuma ke telefon saya.
  • Dimanakah saya boleh membeli perisian tulen & sah untuk symbian?
  • Saya mahu pasang sendiri perisian, tema & game tanpa bantuan orang lain.
  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu perisian?
  • Demi memasang perisian ke telefon, saya terpaksa mencabut kad memori & memindahkan fail dari komputer, leceh dan membuang masa! Tidakkah ada cara yang lebih mudah?
  • Apakah perisian popular dan terkini untuk s60 sekarang?
  • Bolehkah sesiapa cadangkan perisian yang sesuai untuk model telefon saya?
  • Bagaimana untuk menilai sesuatu perisian? Jika ianya bagus, berapa bintang yang boleh diberikan? Dua bintang? Tiga bintang?
  • Wujudkah kemudahan pencarian secara ‘on-line’ terhadap sesuatu perisian? Katakanlah saya menaip ‘twitter’, bolehkah ia memaparkan senarai perisian berdasarkan ‘keyword’?
  • Saya perlukan servis pindah-turun perisian dengan menggunakan WiFi pada telefon saya. Ia mudah, menjimatkan masa dan belanja.
  • SymbianKu.com banyak mencadangkan perisian symbian yang hebat. Masalahnya saya tiada masa untuk klik, pindah-turun & memindahkannya semula ke telefon saya!
  • Saya perlukan perisian dengan segera tanpa perlu melalui proses ‘tandatangan secara digital’.

Untuk menjawab dan menyelesaikan semua masalah ini, anda perlukan OVI Store yang boleh anda dapat melalui http://store.ovi.mobi (dengan menggunakan aplikasi ‘Web’ pada telefon anda) atau pindah-turun dari SINI. Maklumat lengkap tentang OVI Suite boleh anda dapat di SINI.




Apakah OVI Store?

OVI Store merupakan perisian untuk S60-3rd Edition yang menjual, memberikan pandangan dan mencadangkan perisian, game, wallpaper, tema, nada dering, klip video dan lain-lain untuk telefon anda. Senang cerita, ia merupakan ‘sebuah kedai’ Symbian di alam ‘on-line’ untuk memudahkan anda mendapatkan ‘mobile-content’ spesifik untuk model telefon yang anda pegang. OVI Store menyediakan persekitaran yang mesra-pengguna, dan akan menyebabkan telefon anda tidak sebosan dahulu!

Apakah keperluan untuk memasang dan mengaktifkan OVI Store?

Ianya mudah sahaja. Anda cuma perlu ke laman web rasmi OVI dan mendaftar diri menjadi ahli. Kemudian, dapatkan perisian OVI Store dan pasangkannya ke telefon anda. Setelah itu, mulakan perisian tersebut dan masukkan nama & kata-laluan anda. Kemudian OVI Store akan menyambung anda ke internet (mengikut ‘access point’ pada telefon) atau menggunakan WiFi. Itu sahaja! Kini anda sudah boleh mencuba, membeli dan memindah-turun sebarang kandungan mudah-alih terus ke telefon anda.

ovi-02

Bagaimana menggunakan OVI Store?

Ikon OVI Store akan muncul pada folder ‘Applications’. Sebaik anda memulakan perisian, anda diminta untuk memilih sambungan internet untuk berkomunikasi dengan OVI Server. Masukkan ‘username’ dan ‘password’ akaun OVI, dan jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh terus berbuat demikian pada skrin. Sebaik selesai, anda boleh terus menggunakan khidmat OVI. Saya lebih suka menggunakan ‘search’ untuk mencari perisian atau sebarang kandungan yang saya mahukan. Seperti contoh dibawah, saya menggunakan keyword ‘twitter’ dan kemudiannya memindah-turun ‘TweetS60′ ke telefon saya. TweetS60 adalah percuma. Sebaik tamat pindah-turun, ia akan terus dipasangkan ke telefon saya. Mudah kan?

Untuk membeli terus perisian yang tulen, pastikan anda mempunyai akaun MasterCard atau Visa. OVI Store memang melayan pembelian dalam talian dan kad kredit.

ovi-03
Adakah OVI Store sesuai untuk saya?

Untuk anda yang menggunakan talian GSM dengan pelan data tanpa had (unlimited data plan), saya amat mengesyorkan anda menggunakan OVI Store. Bagi anda yang mempunyai sambungan WiFi baik di rumah atau di pejabat, sila pastikan dahulu model S60 anda dilengkapi dengan kemudahan WLAN untuk proses ini. Dan jika anda memilih untuk terus menggunakan akses ‘prepaid’, anda digalakkan untuk melanggan ‘daily-broadband’ dan saya mencadangkan kelajuan data EDGE atau 3G untuk OVI Store. Talian data yang berkelajuan tinggi sangat diperlukan untuk memindah-turun perisian yang anda pilih nanti.

Untuk mereka yang sentiasa memerlukan ‘kandungan telefon’ segar setiap hari, OVI Store adalah untuk anda! Memang kebanyakkan perisian atau game dijual dengan harga premium (dan mahal), namun saya lebih memilih untuk mencuba kandungan percuma/gratis yang tidak memerlukan saya mengeluarkan modal. Tetapi jika anda mempunyai kemampuan yang cukup, apa salahnya dengan sedikit pelaburan, anda mendapat perisian yang asli, tulen dan boleh dipercayai. Setiap katalog dan senarai perisian dalam OVI dikemaskini dengan kerap.

ovi-04
Kelemahan OVI Store? Adakah ia akan mendatangkan masalah kepada telefon saya? Dan adakah ia sesuai untuk semua model-model S60?

Setakat yang telah saya cuba, perisian ini tidak memberikan masalah kepada telefon saya. Ia sememangnya diciptakan untuk Symbian S60 keluaran NOKIA. Untuk LG dan Samsung, OVI telah berjanji akan menyokong kesemua model-model S60 keluaran mereka dalam masa yang terdekat ini. Contohnya, saya menggunakan perisian ini pada Samsung Innov8 dan saya berpuas hati.

Namun terdapat kelemahan pada OVI Store kerana gagal untuk mengesahkan model S60 saya. Ini menyebabkan pilihan ‘Suggested For Me’ dan ‘Most Popular’ tidak disiarkan. Tetapi, kriteria pencarian dengan ‘keyword’ boleh digunakan. Anda boleh mencuba keyword ‘free’ dan saksikan sendiri senarainya!

Jika saya membeli perisian dari OVI Store dan tidak lama kemudian telefon saya bermasalah. Perlukah saya membeli perisian-perisian tersebut semula?

Apabila berlaku masalah kepada telefon, biasanya anda akan mem’format’nya dan semua perisian akan hilang. OVI Store kini menyediakan servis ‘Redownload’ terhadap semua perisian yang telah anda beli dan pasang sebelumnya. Jadi anda tidak perlu membeli sesuatu perisian dua kali.

Bagaimana? Sudahkah anda mencuba OVI Store di telefon anda? Kongsikan dengan kami tentang perisian baik yang telah anda dapat melalui OVI.

Related posts:

Tags: , , , ,

Trackback from your site.

  • Khairul

    Saya hadapi masalah untuk muaturun ovi store ke hanset saya. Di mana lagi saya boleh muatturun applikasi itu?

  • Lan

    Plg senang nk download pg kat applikasi ‘Download!’ dlm phone. Rasanya disitu dh xde sbrg app lain melainkan utk download ovi store aje.

  • Ali

    Ovi store juga menyokong s60-5th edition.

  • Lan

    Lg 1 bila dh mendaftar di ovi.com, selain ovi store kt juga akan dpt 1. personal email @ovi.com, 2. share on ovi (utk upload gambar & video, free & unlimited, x seperti flickr @ picasa ada limit), 3. Ovi files dgn storage percuma 10gb, 4. Sync contacts, calendar, notes & maps ;)

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Lan,

    Ko memang BEST! Heheh. Berikan lagi tips yang berguna untuk semua pembaca tentang OVI ;)

  • manar77

    salam….mcmna nak beli software tanpa guna kad kredit ada cara lain tak .cth guna sms ke?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @manar77

    1. Buat masa ni, di Malaysia, pengguna hanya boleh membayar pembelian perisian telefon bimbit mereka dari Ovi Store melalui kad kredit sahaja.

    2. Walaubagaimanapun, Nokia bersama syarikat telekomunikasi seluruh dunia sedang membangunkan sistem pembelian yang menggunakan akaun si pengguna. Contoh, anda beli perisian berharga RM38.00 dari Ovi Store, ia akan dimasukkan dalam bil telefon bimbit anda atau ditolak dari kredit (pulsa) akaun prabayar (prepaid) anda.

    3. Di beberapa buah negara seperti di Singapore, pembelian menggunakan akaun ini sudah dipraktikkan sedikit demi sedikit.

    4. Di Malaysia, perkara ini sedang dalam peringkat percubaan. Menurut maklumat yang saya perolehi, Nokia sudah pun berbincang dengan beberapa buah syarikat telekomunikasi di negara ini. Kita tunggu dan lihat.

    Cheers!

    Asri -al-Baker

  • manar77

    tq en asri….mmg 2 yg harap. Risau gak guna kad kredit ni

  • http://www.uiqblog.com asri

    @manar77,

    1. Kalau betul-betul nak beli perisian dengan sah, kami di Symbianku.com boleh membantu. Tanpa kad kredit.

    2. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut ;-)

    Cheers!

    Asri al-Baker

  • pu3salju

    en. adli sy nk tnya mcm mane nk bezakn n97 ori n china, tq.

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @pu3salju

    Cuba masuk ke Internet (melalui WiFi atau gprs/edge/3g/hsdpa) kemudian cuba pasangkan OVI Store. Kalau ia boleh menerima dan memasang OVI Store, maknanya N97 itu tulen.

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Asri,

    Betul tu bos! ..

    ‘Tidak perlu FORM-J…. tidak perlu penyata bank simpanan selama ENAM bulan.. tidak perlu guarantor atau cagaran’ tak payah ooo

  • puat

    Salam .

    Ada sesape boleh tolong bagi info cam mana nak selesaikan masalah saya ni ; macam mana nak kembalikan balik nokia map dalam tepon n82 . Ntah mana tersilap dah terpadam la pulak. Pastu cari punya cari kat internet ada nokia map loader 3.0. . Apa lagi, install la. Dah habis install , on tepon , applikasi keluar , tapi petanya tak ada cam mana ? Dah tak ada idea dah nie… isk..isk..

  • Lan

    @Puat – mungkin kamu download map data utk ovi maps 3.0 tapi phone kamu msh guna nokia maps 2.0. So map x klr. Kena download kat pc Nokia maps updater & Nokia maps loader. Nokia maps updater utk install Ovi maps 3.0 kt phone. Nokia maps loader utk download map data.

  • mohd hashril

    salam bang adli/bang asri.betul ke berita yang saya dengar yg nokia akan meninggalkan platform n-gage musim depan.sebab nak bagi ruang kat OVI.betul ke or hanya sekadar khabar angin sahaja.

  • syam79

    Saya menggunakan telefon nokia model 5630xm. Saya telah mencuba memuat turun aplikasi dari nokia ovi store dan setakat ini ia tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada telefon saya. Cuma ada beberapa masalah berlaku misalnya perisian yang dimuat turun tidak boleh berfungsi seperti mana yang dikehendaki.Ada satu lagi laman web untuk mendapatkan perisian percuma bagi telefon misalnya laman getjar. Disina banyak aplikasi-aplikasi percuma yang boleh dimuat turun .

  • syam79

    Selain dari ovi store boleh juga dapatkan banyak perisian percuma dari Getjar,

  • aril

    perisian OVI store ni memang best.saya dah beli beberapa aplikasai2 yg menarik.cth nokia image transfer,tourch light,chrono watch,snaptv,HP iprint photo,powerboot dan pelbagai lagi.memang best.senang,mudah dan cepat.

  • http://www.symbianku.com/tolong-kredit-telefon-lesap-pada-kelajuan-50sen-sesaat/ Tolong! Kredit Telefon Lesap Pada Kelajuan 50sen Sesaat! « SymbianKu

    [...] Ovi Store merupakan tempat paling menarik untuk memindah-turun perisian, nada dering dan permainan. YouTube Mobile, Mobitubia dan Al-Jazeera untuk melayan video, Symella dan SymTorrent untuk P2P dan Escarpod untuk melayan ‘podcast’. [...]

  • http://www.symbianku.com/piala-dunia-2010-cara-symbian/ Piala Dunia 2010 – Cara Symbian! « SymbianKu

    [...] Melalui OVI-STORE Kepada pembaca yang tidak mengetahui tentang Ovi Store, sila baca di SINI – http://www.symbianku.com/ovi-store-betapa-mudahnya-menambah-perisian-ke-telefon-setiap-hari/ 4. ‘Wallpaper’ Piala Dunia 2010. Boleh anda dapati dari SINI – [...]

  • http://www.symbianku.com/mencari-arah-kiblat-dan-waktu-solat-dengan-symbian/ Mencari Arah Kiblat Dan Waktu Solat Dengan Symbian | SymbianKu

    [...] pengesanan medan magnetik bumi dan ianya PERCUMA (gratis) dan boleh anda pindahturun melalui OVI STORE terus ke telefon anda! Sebelum anda memasang perisian ini, perlu diingatkan ianya dicipta khas [...]

  • http://www.symbianku.com/tutorial-menukar-format-video-dengan-mudah-dengan-format-factory/ Tutorial – Menukar Format Video Dengan Mudah Dengan Format Factory. | SymbianKu

    [...] tadi dengan harga RM200 sahaja. Perisian wajib yang mula-mula saya pasangkan ialah Opera Mobile, Ovi Store, Pixelpipe, Qibla Touch, X-Plore, Garmin Mobile XT dan permainan Need For Speed Shift (dari OVI [...]

  • Kikoz

    tolong kami, bantu kami..nak beli gravity..hope asri n adli dpt bantu

  • Gabanz79

    tumpang tanya kenapa setiap kali masuk ovi store nokia c7 aku terus gelap pastu tertera phone start up failed.. pening2..

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site