logo
05
Feb

Ovi Maps Kini Percuma!

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Berita ini sebenarnya sudah diumumkan lebihkurang 2 minggu lalu. Namun kesibukan menguruskan tugasan seharian dan berkomunikasi dengan Yayasan Symbian untuk menjayakan KLSS yang pertama membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menerbitkan berita penting ini.

2. Pada 21 Januari 2010, Nokia telah mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa ia menawarkan perkhidmatan navigasinya melalui perisian Ovi Maps, secara percuma.

3. Secara langsung, dalam sekelip mata, saham syarikat navigasi seperti Garmin dan TomTom, jatuh mendadak.

4. Ini kerana, dengan pengumuman ini, Nokia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar peralatan dan perisian navigasi terbesar di dunia.

5. Sebelum ini, Nokia mengenakan bayaran mengikut kawasan. Pengguna-pengguna yang ingin menggunakan Ovi Maps sepenuhnya perlu membayar. Tanpa bayaran tersebut, pengguna hanya akan diberi sebahagian fungsinya sahaja.

6. Kini tidak lagi. Ovi Maps betul-betul percuma. Peta, navigasi, suara, dan segala-galanya. Anda hanya perlu membayar data yang anda gunakan (itupun kalau anda menggunakan data).

7. Jika anda tidak menggunakan data, anda menikmatinya dengan betul-betul percuma.

8. Buat masa ini, Ovi Maps versi 3.3 boleh dipindahturun dari laman sesawang rasminya iaitu http://maps.nokia.com.

9. Sekarang ini, telefon pintar Symbian yang disokong oleh Ovi Maps versi terbaru ini ialah :
- Nokia N97 mini
- Nokia 5800 XpressMusic
- Nokia 5800 Navigation Edition
- Nokia E52
- Nokia E55
- Nokia E72
- Nokia 5230
- Nokia 6710 Navigator
- Nokia 6730 classic
- Nokia X6.

10. Model-model telefon lain akan disokong secara berperingkat-peringkat.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , ,

Trackback from your site.

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    Asri…Ovi Maps nie betul2 free ker???…sbb bila msuk jer asyik dia tanya nk online ke tak…kalo tak online boleh cari tempat ker…bukan kalo nk navigate dgn voice kena pakai data dr internet???…konfuis ni

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    asri…betul ker free??…tang mana yg free…nak search place kena masuk net…nk check weather kena masuk net…nak navigate or voice guide free ke…asyik ovi maps nie minta online jer…confuis la…

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz

    1. Sila baca betul-betul tulisan saya diatas.

    2. Anda perlu memasang Ovi Maps versi terbaru (bermula dengan versi 3.3) untuk menikmati navigasi percuma. Versi-versi yang lama tidak boleh digunakan untuk navigasi percuma.

    3. Untuk pengalaman yang benar-benar percuma, anda perlu meletakkan data peta negara anda dan “voice” terlebih dahulu ke dalam kad memori anda. Gunakan perisian yang bernama Nokia Maps Loader untuk memindahturun data peta ke dalam komputer anda dan masukkan data itu ke dalam kad memori telefon pintar anda. Dapatkan Nokia Map Loader dari : http://www.nokia.com.my/explore-services/nokia-…

    4. Jika tidak, ia perlu menghubungi server menggunakan internet untuk memindahturun data.

    5. Pasal cuaca memanglah kena masuk internet sebab data disimpan di dalam server. Mana-mana perkhidmatan cuaca (dalam telefon pintar) mesti menghubungi server terlebih dahulu kerana ia memerlukan data yang terbaru dan terkini.

    6. Ovi Maps memang betul-betul percuma sekarang. Jika dahulu, anda perlu membayar untuk menggunakan navigasi bersuara. Sekarang semuanya PERCUMA. Anda tidak dikenakan bayaran untuk menggunakannya kecuali bayaran data kepada telco anda.

    7. Apa lagi yang tak paham? Meh tanya sini :-)

    - Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz

    1. Bila dikatakan free, ia bermaksud FREE atau PERCUMA atau GRATIS. Tidak perlu membayar untuk memilikinya. Tak payah beli. Cuma perlu download dan pasang.

    2. Apabila perlu menghubungkannya dengan internet, itu sudah bukan berada di dalam maksud PERCUMA itu tadi kerana hubungan internet dengan perisian Ovi Maps PERCUMA tidak ada kena mengena dalam hal ini.

    3. Jangan salah faham ye. Apabila saya katakan ia percuma, maka ia adalah PERCUMA untuk memilikinya. Hubungan data itu dah masuk bab lain.

    4. Payah betul nak cakap. Macam hari tu, apabila saya poskan berkenaan perisian Ozone Browser percuma, ada orang menghantar SMS memarahi saya kerana kredit masabualnya habis setelah menggunakan Ozone Browser.

    5. Anda perlu fahami maksud percuma untuk perisian ini ye. Ia adalah percuma untuk dimiliki. Apabila anda menggunakannya, dan anda dikenakan bayaran data internet, itu diluar konteks PERCUMA tadi kerana data internet anda diuruskan oleh telco anda.

    Faham?…

    Asri al-Baker

    3

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    yap…baru faham dan jelas…TQ

  • L4N

    Ramai sgt yg confius dgn ovi maps ni. Yg jual hp pun ramai yg xtau. Ovi maps ni xperlu internet pun, melainkan nk guna servis mcm weather @ traffic info. Setakat nk tgk maps free je. Cuma pastikan dh download map data dulu. Yg perlu byr cuma bila nak navigate. Belilah lesen utk sehari, sebulan @ setahun. Tp skrg dh btl2 free utk navigation! Best tu!!! Sapa blh lawan? Iphone, Blackberry @ Android??? Huh! Meleleh air liur jelah diorg 2.

  • amier

    betul ckp en. asri tu..yg dmaksudkan percuma ialah navigasi suara dan segala yg tekandung dlm aplikasi ne MELAINKAN operasi2 yg melibatkan pemindahan data. Contohnya mcm nk tngok cuaca, keadaan traffik, download map, (biasanya download pkai nokia map loader lagi cepat & free) pendek kata operasi yang mmbuatkan telefon anda bersambung dgn internet akan dicaj mengikut tetapan telco anda (melainkan kalau anda menggunakan wifi)

    harap pihak nokia segera mnyediakan ovi maps 3.3 ne utk device lain N82, N95, N78..jeles woo..ak install ovi maps ne kat hnpon mmber (N5800xm) ak tp ak sndiri xboley pkai sb ak cme pkai N82 yg old-school..uhuhuhu

    -harap en.asri dpt btulkan sekiranya saya ada tersilap menulis. salam dari batu pahat, johor

  • zek435

    En. Asri ….”saya budak baru belajar … kalau tak faham tolong tunjukkan”, pakai 5800, dah masukkan map dan voice navigation. bila masuk je, ovi map, search for location … dah pakai data ..baru try-try dah pakai 170kb (mengikut kata kawan …tu dah kena rm17.00 dah), dah takut lak nak masuk. Search dalam internet … saya difahamkan kalau tak nak kena caj … deactivate /unable kan A-GPS. lepas tu memang tak dapat signal. So nak tanya tuan …5800 ni ada chip gps ke atau memang bergantung kepada network sahaja? Minta lah sifu bagi tahu step-by step bagaimana nak guna gps navigation tanpa kena caj (try punya pasal RM17 terbang … rugi woo) … maklumat ini amat berguna kepada yang lain …jangan try dulu …tanya sifu betul betul. Thanks Asri.

  • adliayob

    @Zek435,

    Cubalah tuan baca dahulu kiriman artikel saya -> http://www.symbianku.com/samsung-symbian-g810-a… dan tuan pasti akan dapat jawapannya. Tetapi ia tertakluk kepada Garmin Mobile XT dan tidak ada kena-mengena dengan OVI Maps.

    Selanjutnya, biarlah En. Asri yang menambah-nambah kicap, ajinomoto dan garam.

  • shinpeng

    N86 pun dah sokong Ovi Maps versi baru ni………. masuk map malaysia lepas tu nak cari tempat secara offline pon takde hal…..

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    Dengan syarat kena pandai letak data map itu dahulu. Samaada menggunakan Maploader atau secara manual.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Itulah bahananya apabila mendengar nasihat daripada orang yang bukan ahlinya.

    2. Di Malaysia, secara umum, semua telco mengenakan bayaran sebanyak RM 0.01 (1 sen) untuk 1 kb data. Bersamaan dengan 10 sen untuk 10kb data bersamaan dengan RM1.70 sen untuk 170kb data.

    3. Ya. Nokia 5800 Xpress Music ada memiliki chip GPS bina dalam

    4. Cadangan yang bagus untuk dibuat artikel. Tunggu!!!

    Adios!

    - Asri al-Baker

  • Zek

    Sifu Asri …pengalaman saya …an update. Saya dah berjaya pakai navigation tanpa kena caj!!! (packet data pada Log tidak menunjukkan ada penambahan penggunaan)… Caranya …unable / deactivate A-GPS. Lama sikit nak log signal dari satelite …tak apa, drive sahaja (tak lama mana pun), dah dapat signal … so navigation on macam biasa.
    So to deactivate A-GPS (Assisted GPS) : Click Aplication then Location, then Position, Open, Positioning Method dan seterusnya hilangkan tanda “right” warna hijau pada semua option kecuali Integrated GPS. Harap berguna kepada sesiapa yang kedekut duit macam saya … apa nak buat bro, …..gaji rendah.
    To sifu Asri …. kalau salah please comment. Thanks.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Saya bukan Sifoo… Saya hanya manusia biasa…

    2. Tahniah kerana telah berjaya menemui konfigurasi A-GPS anda.

    3. Belajar-belajarlah menggodek telefon Symbian anda sendiri dan tanyalah kepada orang yang betul

    :-)

  • http://profiles.yahoo.com/u/A7PKMKAVOPKVF2PJJHINEBGNEA yahoo-A7PKMKAVOPKVF2PJJHINEBGNEA

    Mr. Asri boleh tolong saya? saya nie baru je nak berjinak2 dengan gps, hp saya jenis nokia 5800. boleh bagi saya step macam mana nak guna aplikasi ni dalam phone tu??? pening dah nie..dah try download garmin mcm hang jer manjang…kenape yer?kalau boleh bagilah tutorial yg senang dan mudah org mcm saya ni belajar nak guna gps dlm phone, terutama pakai OVI Maps. mcm mana nak bagi die berjalan mcm kawan2 yg lain gune?confius nie? terima kasih yer?

    Suzila Aziz

  • adliayob

    @Suzila Aziz,

    Izinkan saya menjawab bagi pihak Asri,
    Sebenarnya, kami sudahpun memberikan tutorial penuh tentang GPS, A-GPS dan GARMIN pada blog Symbianku ini. Kalaulah puan boleh menggunakan kemudahan 'SEARCH' yang disediakan pada sebelah kanan-atas blog ini dan masukkan kata-kunci 'GARMIN', puan pasti akan dapat jawapan tentang permasalahan puan ini.

    Untuk memudahkan lagi, sila klik SINI: http://www.symbianku.com/sesat-di-hari-raya-tid… dan jika ada lagi masalah-masalah yang berkaitan dengan GPS, sila gunakan pula GOOGLE, YAHOO, ALTAVISTA dan lain-lain kemudahan 'search engine' yang ada di internet ini.

    Kalau boleh, sebelum memberikan komen, sila SEARCH dahulu topik-topik yang disediakan pada blog ini. Diharapkan info ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah GPS pada Nokia 5800 itu.

  • http://www.facebook.com/skiyoshi1 Syazman Shiari

    salam pada semua..saya bru jer beli henfon nokia n97 mini yg 2nd pnyer tp bila jer saya buka ovi maps kosong yang ada cuma satu titik merah,kna download maps dulu ke?
    saya bdak baru belajar,help me….

  • http://www.facebook.com/skiyoshi1 Syazman Shiari

    salam pada semua..saya bru jer beli henfon nokia n97 mini yg 2nd pnyer tp bila jer saya buka ovi maps kosong yang ada cuma satu titik merah,kna download maps dulu ke?
    saya bdak baru belajar,help me….

  • ash

    kalu nokoiu c-300 boleh x?

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    Jenama apa nokoiu c-300 tu? Setahu saya takde jenama nokoiu kat dalam pasaran. Cuba pakai otak sikit, gunakan kederat tulang empat kerat yang Allah kasi tu, buat kajian, tanya pakcik Google, nokoiu tu apa dia? Then bila dah dapat jawapan dia, tanya sini lagi sekali, boleh?

  • nokoiu

    pecah kepala wei nokoiu. ha ha haahahaha

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site