Orange Home Tsunami – Memberi Nafas Baru Kepada Homescreen Symbian^1
1. Jika anda menggunakan telefon pintar Symbian^1 (S60 5th Edition), terutamanya yang berjenama Nokia, anda tentu sudah biasa dengan pilihan Homescreen yang ada. Iaitu Basic, Contacts Bar dan Shortcuts Bar.
2. Pemilik Sony Ericsson Satio, Vivaz dan Vivaz Pro serta Samsung i8910 OmniaHD lebih beruntung didalam hal ini kerana secara lalai (default), mereka telah disajikan dengan Homescreen yang agak berbeza daripada yang “standard”.
3. Sony Ericsson menggunapakai dan memfokuskan interaksi pengguna dengan multimedia dalam Homescreen Symbian^1 yang mereka keluarkan.
4. Samsung pula lebih berani dengan membawakan satu pengalaman berbeza dipanggil TouchWiz, iaitu antaramuka Samsung yang biasa digunapakai dalam telefon Samsung yang lain. TouchWiz lebih fleksibel, serta memiliki kemampuan yang lebih jauh jika dibandingkan dengan Sony Ericsson serta Nokia dalam hal ini.
5. Bagi mereka yang tidak suka menggunakan Homescreen yang ada pada telefon pintar Symbian^1 Nokia, ada beberapa pilihan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Handy Shell dan yang terbaru, SPB Mobile Shell.
6. Tetapi sebenarnya, ada beberapa lagi perisian Homescreen yang kurang popular dan hanya diketahui oleh mereka yang suka menjelajah alam Symbian dengan teliti. Saya hanya akan sebutkan 2 sahaja disini iaitu Widgetizer dan Orange Home Tsunami.
7. Bagi saya, setelah mencuba perisian-perisian Homescreen yang ada, saya rasakan, Orange Home Tsunami adalah yang paling memiliki ciri yang saya perlukan. Ia juga ringan, tidak memakan RAM yang banyak, fleksibel, serta nampak angggun dan ringkas.
8. Untuk menggunakan Orange Home Tsunami, anda perlu memiliki sijil digital bagi menandatangani fail SIS untuk dipasang pada telefon pintar Symbian^1 anda. Saya tidak akan bercerita bagaimana anda boleh mendapatkan sijil digital tersebut. Cukuplah saya katakan bahawa anda perlu bersahabat baik dengan Pakcik Google
9. Dengan Orange Homescreen Tsunami, anda boleh meletakkan seberapa banyak pintasan kepada fungsi dan perisian yang anda biasa gunakan. Contohnya, anda boleh meletakkan pintasan untuk melancarkan perisian, atau pintasan untuk mengakses senarai kenalan kesukaan anda.
10. Disamping itu, anda juga boleh meletakkan maklumat-maklumat penting yang dapat anda akses dengan cepat seperti kalendar dan senarai email terbaru yang masuk dalam kotak email anda.
11. Satu lagi paparan menarik ialah status telefon pintar anda. Ia secara ringkas, akan memaparkan peratusan bateri, serta status kad memori dan simpanan dalaman telefon anda. Walaupun nampak ringkas, tetapi dengan sekali imbas, maklumat-maklumat ini amat berguna dalam kegunaan seharian.
12. Bagi saya, setelah banyak perisian Homescreen yang saya cuba, saya amat selesa menggunakan Orange Home Tsunami pada telefon pintar Symbian^1 kerana maklumat-maklumat yang saya perlukan dapat diakses dengan sekali imbas tanpa perlu berinteraksi dengan Homescreen. Ini amat menjimatkan masa dan memberikan kemudahan yang saya perlukan.
13. Jika dibandingkan dengan sistem operasi pintar mudah alih yang lain, seperti Android dan BlackBerry, Symbian agak ketinggalan dalam hal ini. Ini kerana, Homescreen Symbian^1 agak ringkas. Tetapi kelihatannya, ini akan berubah apabila Nokia N8 memasuki pasaran kelak kerana ia memiliki 3 Homescreen yang masing-masing boleh dikonfigurasikan mengikut kehendak pengguna. Terima kasih kepada Symbian^3 yang membolehkan semua ini.
14. Bagaimana? Sudahkah anda menggunakan Orange Homscreen Tsunami? Apa pendapat anda?
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, S60-5th, Samsung, Sony Ericsson, Symbian-Foundation, Symbian^1
Trackback from your site.
-
http://www.facebook.com/people/Azeem-Sarip/100000114763273 Azeem Sarip
-
kerazee_hisham
-
Nazmi
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
adliayob
-
Nazmi
-
kerazee_hisham
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
adliayob
-
kerazee_hisham
-
Anatomi











November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!