Opera Mobile 10 Beta 3 Sedia Digunakan
1. Pada 12 Februari 2010, syarikat pembuat pelayar internet, Opera Software AB, telah mengumumkan versi terbaru untuk perisian Opera Mobile 10 Beta 3 untuk platform Symbian dan Windows Mobile.
2. Mengikut mereka, perkara-perkara yang dipertingkatkan adalah seperti :
- Opera Link kini menyamaratakan data dengan lebih sempurna beserta folder
- Peningkatan dalam sistem keyboard Opera dan memasukkan teks
- “Text selection” dipertingkatkan
- Dan banyak lagi
3. Saya telah mengunakan versi terbaru ini dan ada beberapa perkara yang saya perasan :
- Ia lebih laju sedikit
- “Rendering” agak lebih cantik berbanding versi sebelum ini
- UI yang lebih mudah digunakan, contohnya, icon “tabs” kini mempunyai nombor yang berubah-ubah mengikut jumlah “tabs” yang dibuka
- Opera Link masih belum menyokong “Notes” tetapi segala folder bookmarks berjaya disamaratakan.
- Penggunaan “RAM” masih lagi tinggi tetapi tidak setinggi dahulu.
- Lebih stabil
4. Pendekata, saya berpuas hati dengan versi terbaru ini.
5. Dapatkannya secara percuma dari http://www.opera.com/mobile/download/
*** Saya sudah menggunakan Opera Mobile 10 Beta 3 (build 448) sebelum ia diumumkan lagi. Sambil kena kopi kat kedai I-One Kopitiam, Senawang, bersama Adli
Related Posts :
-
1. Kepada para pengguna pelayar internet Opera Mobile dan Opera Mini sekalian, Syarikat Opera telah mengumumkan versi penuh Opera Mobile 10 dan …
-
1. Dalam tulisan saya kali ini, saya ingin membicarakan berkenaan Opera Mobile 10 Beta 1 dan Opera Mini 5 Beta 1.
2. Saya akan cuba menghur …
-
1. Hal ini baru sahaja diumumkan oleh pasukan pembangun Opera Mobile di Blog Rasmi Opera Mobile 2. Versi terbaru ini juga telah diperting …
-
1. Inilah yang dikatakan produktif agaknya.
2. Opera Software baru sahaja mengumumkan bahawa 2 produknya yang paling popular dalam dunia mobile …
-
1. Sekiranya anda peminat dan pembaca setia Blog Symbian Malaysia, anda tentu dapat melihat perubahan yang berlaku semenjak seminggu yang lepas.
…
-
shinpeng
-
amier
-
Asri al-Baker







