logo
18
Sep

Opera Mini 5 Beta 1 Kini Sedia Digunakan!

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Beberapa hari lepas, pada 16 September 2009, satu aplikasi mudah alih yang paling terkenal seantero dunia telah menjalani pembaharuan.

2. Itulah dia Opera Mini versi yang terbaru iaitu versi 5 beta 1. Dan kali ini, ia masih di peringkat awal pembangunannya (beta untuk pengguna).

3. Walaupun begitu, ciri-ciri yang terdapat dalam Opera Mini 5 beta 1 ini amat mengkagumkan sehingga susah nak percaya yang Opera Mini 5 ni dibangunkan menggunakan Java, bukan native C++.

4. Sekali pandang, memang orang tak akan tau yang Opera Mini 5 ini bukan aplikasi untuk smartphone. Opera Mini 5 boleh dipasang (install) dalam semua telefon pintar dan juga telefon bodoh yang menyokong J2ME.

5. Kewujudan Opera Mini telah membuka lembaran baru dalam dunia internet kerana ia membolehkan sesiapa sahaja yang memasangnya dalam telefon bimbit, meneroka dunia internet seakan-akan menggunakan desktop.

6. Antara ciri-ciri baru Opera Mini 5 berbanding Opera Mini 4 ialah :

- Antaramuka (interface) yang lebih segar dan menarik. Nampak moden dan jauh kehadapan berbanding mobile browser yang lain seperti Skyfire.

- Menyokong “multiple tab” iaitu anda boleh membuka beberapa website sekaligus tanpa masalah

- “Visual speed dia”l iaitu anda boleh mengakses 9 lamanweb yang paling anda gemari, dengan cepat kerana ia dipersembahkan dengan bentuk yang menarik.

- Copy and Paste. Salin dan Tampal. Satu ciri baru yang tidak ada pada mana-mana mobile browser sebelum ini.

- Ia memiliki antaramuka (UI) yang innovatif dan berubah mengikut jenis telefon. Sekiranya anda menggunakan telefon tanpa skrin sentuh, UI-nya seperti yang anda tengok di  atas  tapi sekiranya anda menggunakan Opera Mini 5 dalam telefon berskrin sentuh, UI-nya berbeza.

- Banyak ciri-ciri baru Opera Mini 5 ini diambil dari Opera Desktop. Seperti visual speed dial, tabbed browsing, password management dsb.

- Opera Mini 5 beta 1 amat laju (sekiranya pakai wifi), dan kalau tak pakai wifi pun, ia lebih laju jika dibandingkan dengan mobile browser yang lain.

- Opera Mini 5 beta 1 menggunakan teknologi font-renderingnya sendiri untuk memaparan font pada lamanweb dengan lebih jelas.

- Semua proses rendering dijalankan di server. Menggunakan teknologi Opera Turbo.

om5b1a om5b1b

om5b1c om5b1d

om5b1e om5b1f

om5b1g om5b1h

7. Opera Mini 5 beta 1, boleh digunakan secara percuma tanpa bayar 1 sen pun.

8. Ada banyak ciri-ciri menarik yang akan diperkenalkan, tetapi masih diperingkat pembangunan. Nama dia pun beta 1 kan, jadi tunggu….

9. Anda ingin menggunakannya? Pergi ke http://m.opera.com/next menggunakan browser telefon bimbit anda.  Atau http://www.operamini.com.

Related posts:

Tags: , , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • Khairul

    Sudah Gunakannya… Memang menarik.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Khairul,

    1. Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

    2. Memang Opera Mini versi terbaru ni boleh membuatkan rahang jatuh (jaw-dropping)

    3. Ramai yang memberikan pendapat tidak baik mengenai Opera Mini 5 di internet. Tetapi mereka lupa bahawa ia masih diperingkat pembangunan. Nama pun beta 1.

    4. Saya yakin, ciri-ciri Opera yg hebat seperti Opera Link, rss reader dan Youtube streaming seperti Opera Mini 4 akan ditambahkan dalam Opera Mini 5 satu hari nanti.

    5. Sebagai seorang peminat Opera kipas susah mati (die hard fan), saya memang menantikan segala yg berkaitan dgn Opera.

    cheers!

  • kobra

    memang menarik opera 5 ni.tq

  • kobra

    Asalamualaikum.Saya dah cuba opera 5 ni.Tapi bagaimana cara nak hilangkan adress web history daripada adress bar?dah setting tapi tak boleh.tq

  • Mohd Shahrul

    Fuh! Multiple tab dan boleh copy paste!! Menarik gak ni…

  • http://www.uiqblog.com asri

    @kobra

    1. Opera Mini 5 memang tersangat menarik.

    2. Ada 2 cara untuk memadam “sejarah” lamanweb yang dilawati menggunakan Opera Mini 5 iaitu :
    - Menu -> History -> Clear all, dan juga
    - Menu -> Settings -> Privacy -> Delete History

    3. Saya dah cuba kedua-dua cara diatas, takde masalah, boleh berjalan dengan baik

    4. Untuk kami membantu anda menyelesaikan masalah tersebut, sekiranya masih gagal membuang “sejarah” laman web yang dilawati, sila berikan jenis telefon yang anda gunakan.

    @Mohd Shahrul

    1. Fuh!!! Cayalah… Memang betul, multiple tabs dan salin tampal. Hebat kan?

    2. Ntah apa lagi gamaknya yang diorang tengah bangunkan dalam makmal Opera tu ye? ;-)

    Cheers!

    - SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI!

  • lan

    Mmg menarik berbanding dgn versi 4. UI nampak mcm dioptimisasikan utk touchscreen dgn icon yang lbh besar. dua masaalah sy hadapi, xtau mcmana nak buka saved pages dpd opera mini 4 & setiap kali sy cuba organize bookmarks kedalam folder tertentu dia akan crash.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @lan

    1. Belum ada cara utk Opera Mini 5 beta 1 membaca file .obml dr Opera Mini 4. Buat masa ni, OM5b1 masih memiliki byk kekurangan.

    2. Saya juga mengalami masalah yg sama iaitu tidak boleh menguruskan bookmarks ke dalam folder. Selalu akan crash.

    3. Masih terlalu awal utk OM5b1. Ia masih beta. Baqi saya, Opera Link sgt penting dan saya amat berharap agar ia akan dimasukkan dlm OM5 versi yg akan dtg.

    Asri al-Baker

  • http://arib2020.blogspot.com Arib

    Assalamualaikum,

    “Copy and Paste. Salin dan Tampal. Satu ciri baru yang tidak ada pada mana-mana mobile browser sebelum ini.”

    Opera Mini 5 beta bukanlah browser mobile J2ME yang pertama ada fungsi Copy and Paste ni. Fungsi ini telah diperkenalkan dahulu pada Bolt Browser yang dibangunkan oleh Bitstream sebelum Opera Mini 5 Beta dikeluarkan.

    Laman Web Rasmi Bolt Browser di sini: http://boltbrowser.com
    Dari GetJar: http://www.getjar.com/products/25910/BitstreamBOLT
    Review yang positif daripada pengguna: http://wapreview.com/blog/?p=2598

  • Lan

    Mm..sy install di Motorola ZN5 n xde masalah utk sort bookmarks dlm folder msg2..kat symbian dia crash..hai..2lah dia symbian kesayanganku..

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Arib

    1. Terima kasih kerana komen anda.

    2. Memang betul Bolt-Browser sudah memperkenalkan copy-paste sebelum ini. Terima kasih atas maklumat ini 8-)

    3. Apa yang saya maksudkan ialah “mana-mana mobile browser native Symbian S60 sebelum ini”. Dari semenjak Nokia 7650 sehingga Nokia E52, anda tidak boleh copy dan paste teks dari browser.

    4. Pada pendapat saya, Bolt-Browser memang bagus tetapi bukan untuk saya. Saya lebih selesa menggunakan Opera Mini (terutamanya Opera Mini 4) kerana ia lebih pantas dan memiliki ciri-ciri yang tidak ada pada Bolt-Browser seperti Opera Link.

    5. Bolt-Browser boleh memaparkan laman web yang hampir seakan-akan laman web asal seperti di komputer kerana ia menggunakan enjin Webkit, tetapi, hakikatnya, anda perlu menekan ke kiri dan kanan kerana sebahagian teksnya tidak dimuatkan dalam skrin seperti Opera Mini (tidak semua, tetapi ada).

    6. Satu lagi, saya memang seorang peminat teknologi yang dibangunkan oleh Opera 8-) dan saya menggunakan produk-produk Opera seperti Opera Desktop, Opera Mini, Opera Link, Opera Unite dan banyak data saya yang sudah diintegrasikan dalam Opera. Jadi, sekiranya ada teknologi lain yang dikatakan lebih baik dari Opera, saya perlu menyiasat! 8-)

    Cheers!

  • Rezz

    Salam En Asri.

    Saya telah menggunakan Opera Mini 5 Beta 1 ini. Setiap kali saya online, lambang 3g akan keluar. Di atas En Asri mengatakan bahawa ia adalah percuma? Adakah cara untuk formatkan ia supaya menggunakan Wifi? Maaf atas kedunguan saya ini. (Nokia E52)

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Rezz

    1. Pergi Control Panel – Application Manager

    [img]http://lh3.ggpht.com/_sEsRZtNM2hk/StNT_XuSJxI/AAAAAAAAMKM/ffwup8S_8Ew/Mobile%20Upload.jpg[/img]

    2. Klik kat “Installed Apps”, akan ada list software yang telah dipasang dalam telefon anda

    [img]http://lh3.ggpht.com/_sEsRZtNM2hk/StNT-13gkuI/AAAAAAAAMKI/5gQdIVg3uGg/Mobile%20Upload.jpg[/img]

    3. Scroll bawah sampai jumpa “Opera Mini 5 beta” pastu klik “Settings”.

    [img]http://lh6.ggpht.com/_sEsRZtNM2hk/StNT-nzkyWI/AAAAAAAAMKE/VqVVECLgeh0/Mobile%20Upload.jpg[/img]

    3. Akan ada setting untuk pilih “Access Point” dan beberapa bende lain.

    4. Ko setkan kat situ

    5. Aku menggunakan data tanpa had. So, tak memerlukan WiFi 8-)

    ;-)

  • Rezz

    Terima kasih daun keladi En Asri. Siap ScreenShot lagi. ;)

  • http://rahmansallehin.blogspot.com rahman

    boleh tanya?
    macam mana encik asri buat screenshot dari telefon dengan cantik skali?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @rahman,

    1. Ada banyak perisian yang boleh digunakan untuk mengambil “screenshot” telefon pintar Symbian.

    2. Saya menggunakan 2 perisian ini :

    - Best ScreenSnap, PERCUMA dari Smartphoneware.com

    http://www.smartphoneware.com/screen_snap-for-s60-3rd-edition-product.php

    - Screenshot, PERCUMA dari Antony Pranata

    http://www.antonypranata.com/screenshot/download-screenshot-symbian-os-s60

    Harap maklum

    - Asri al-Baker

  • Ron

    Er, mcm mana kalau kite nak stting OM pada nokia e63 supaya percuma un digunakan tanpa penggunaan kredit?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Ron,

    GUNAKAN WIFI!!! :-P

    - Harap maklum

    Asri al-Baker

  • nra123

    macam mane nk gune opera mini tanpa menguna kredit ?

  • Anonymous

    @Pidot Deus,

    Bang, Nokia 6288 tu telefon Symbian ker?
    Cuba semak sikit kat ‘Telefon-Telefon Symbian’ kat ATAS tu.. ada tak model 6288?

    Dah 2 tahun dah blog ni bang wujud. Dan blog ni bukannya blog Nokia.

  • Anonymous

    @Pidot Deus,

    Bang, Nokia 6288 tu telefon Symbian ker?
    Cuba semak sikit kat ‘Telefon-Telefon Symbian’ kat ATAS tu.. ada tak model 6288?

    Dah 2 tahun dah blog ni bang wujud. Dan blog ni bukannya blog Nokia.

  • Anonymous

    @Pidot Deus,

    Bang, Nokia 6288 tu telefon Symbian ker?
    Cuba semak sikit kat ‘Telefon-Telefon Symbian’ kat ATAS tu.. ada tak model 6288?

    Dah 2 tahun dah blog ni bang wujud. Dan blog ni bukannya blog Nokia.

  • Anonymous

    @Pidot Deus,

    Bang, Nokia 6288 tu telefon Symbian ker?
    Cuba semak sikit kat ‘Telefon-Telefon Symbian’ kat ATAS tu.. ada tak model 6288?

    Dah 2 tahun dah blog ni bang wujud. Dan blog ni bukannya blog Nokia.

  • http://www.facebook.com/people/Pidot-Deus/100000191692709 Pidot Deus

    nokia 6288 bleh guna jg kew opera mini ni???
    sy try install tp xbleh..
    bleh x bgtau bgaimna???
    hanya maxis ke yg bleh gna???

  • adliayob

    @Pidot Deus,

    Bang, Nokia 6288 tu telefon Symbian ker?
    Cuba semak sikit kat 'Telefon-Telefon Symbian' kat ATAS tu.. ada tak model 6288?

    Dah 2 tahun dah blog ni bang wujud. Dan blog ni bukannya blog Nokia.

  • Zam

    salam

  • Zam

    salam,sy ad gn hp nokia 5230.kwn sy ad bg info ttg internet free,maxis.sy dh try tp xblh pun,sy dh ad opera moblie 10.ttap xblh

  • Sya

    kenapa opera mini tak boleh digunakan ea ??

  • ct

    knp skrng opera mini xleh digunakan?????

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site